Hari ini hari sabtu. Aku berjanji untuk berjumpa Kifayah di Mid Valley. Sekarang Kifayah merupakan seorang jurutera di salah sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur. Berbaloi abah dan ibunya melaburkan duit untuk pelajarannya ke luar negara.
Akhirnya dia sudah mampu menyenangkan keluarganya kini, dan menanggung adik-adiknya yang masih belajar.
Sementara menunggu Kifayah sampai, aku masuk ke kedai Body Shop. Ingin mencari minyak wangi White Gardenia kegemaranku yang hampir habis.
Walaupun aku tahu, aku mampu membeli minyak wangi lebih mahal dan berjenama, tetapi sungguh hanya bau ini telah menawan hatiku sejak zaman university.
Aku sudah berjanji dengan Kifayah untuk berjumpa di Restoran makanan Jepun Sushi King. Aku memilih meja terlebih dahulu. Sambil membelek menu yang inginku order,.
Selesai membuat order, mataku memandang ke luar, untuk mencari kelibat Kifayah.
“Lamanya..” Rungutku.
Secara tidak sengaja, aku melihat susuk tubuh lelaki yang amat ku kenali beriringan dengan seorang wanita. Mereka agak mesra pada penglihatanku walaupun jalan dalam jarak yang sedikit jauh.
Tiba-tiba pandanganku di hadang oleh susuk tubuh wanita. “Dah jangan pandang kalau itu melukakan hati kau” Aku memandang Kifayah kini yang berada di hadapanku.
Aku sekadar menampal senyuman palsu. Sungguh, siapa mampu tersenyum bila melalui saat-sat begini.
Kata-katanya tempoh hari pada hari pertama aku berkerja ibarat janji palsu, seperti dia pernah berjanji satu ketika dahulu. Mujur sahaja aku tidak bodoh dan mempercayainya. Begitulah lelaki.
Tanganku di sentuh “In sha Allah, kau akan temui kebahagiaan kau tak lama lagi” Aku tersenyum kelat.
“Kenapa lambat sangat?” aku cuba membuka topic baru.
“Owh. Sorry beb. Aku ada hal tadi kat UKM. Adik aku nak buku aku waktu belajar dulu. Dia cakap nak buat rujukan. Kau tahukan, kalau pasal adik aku kalau ke hujung dunia aku sanggup hantar” Aku tersenyum. Yer. Kifayah seperti aku.
Anak sulung, dan amat menyayangi adik-adik. Kalau boleh, segala keinginan mereka aku ingin turuti walaupun papa dan mama tidak benarkan. Entahlah. Pada siapa lagi duit aku ingin habiskan kalau bukan pada mereka. Selagi aku mampu.
“So, macam mana chambering?” Aku melepaskan keluhan yang berat. Aku belum lagi bercerita kepada Kifayah apa yang terjadi padaku kini.
“Macam tulah.” Jawabku acuh tak acuh. Membuntang mata Kifayah mendengar jawapanku.
“Hey. Hey.. First time aku dengan kau mengeluh dengan kerja kau. What’s up?” Dia menyoalku.
“Aku… Aku… Huh..” Berat sangat aku ingin membuka ceritaku ketika ini, di tambahkan apa yang lihat sebentar tadi. Sungguh menyakitkan hatiku. Terluka.
“Tell me dear.” Pujuknya.
“Aku kerja di syarikat ayah Asyraff dan aku di bawah pemantauan dia” Muka yang di tongkatkan oleh Kifayah ketika mendengar ceritaku, tersembam ke meja. Agak-agaklah. Semua mata memandang ke arah kami. Aku tersengih-sengih ketika itu menahan malu.
“Kau ni pun. Kalau terperanjat, tak payahlah nak over.” Aku menegur.
“Kau pun kalau nak buat lawak, janganlah buat lawak yang tak logic.” Tak logic apanya. Ingat aku boleh buat lawak bodoh ke waktu tengah serius macam ni. Grrr.
“Muka aku ni tengah masuk pertandingan Maharaja Lawak ke?” Soalku sedikit bengang.
Kifayah tersengih-sengih macam kerang busuk apabila diperli olehku. “So, kau tak bergurau ataupun melawak”
“Aigoo” Aku menunjal kepalanya. Keluar bahasa Korea secara spontan dari mulutku.
“Alaa. Tak payah ar main kepala. Kau tahu harga otak aku ni berjuta. Tak pasal je turun harga.” Aku mencebikkan muka. Ada aku kisah? Huh.
“Eh. Kau dah order?” Tanya Kifayah. Aku tahu dia tidak mahu melanjutkan perbualanku tentang Asyraff. Dah nak habis air liur bercerita dengan dia, baru nak tanya.
“Dah. Untuk kau sekali. Jangan risau, aku hafal lagi makanan kegemaran kau.” Kifayah tersenyum.
Share this novel