“I don’t know. He didn’t tell me why.” Balasku. Aku sendiri buntu ketika itu.
“What? Putuskan hubungan tanpa sebab. Stupid guy!” Marah Kifayah ketika itu sambil menghentak-hentakkan kakinya. Lebih sudu dari kuah pula dia ni. Melihatkan gelagat Kifayah yang sedemikian, aku tergelak kecil.
Kifayah memandang pelik. “Zuyyin kau okay tak? Kenapa kau gelak tiba-tiba ni?” Soalnya bimbang.
Bertambah besar gelakku ketika ini. Aku dapat bayangkan Kifayah sudah berfikiran jauh sampai ke planet Pluto.
“Zuyyin. Kau jangan buat aku takut.” Muka yang marah tadi, sudah bertukar cuak. Hilang kesedihanku ketika itu.
“Kifayah, kau ke aku yang putus cinta waktu ni?” Aku menyoal.
Kifayah tersengih-sengih ketika itu, dan duduk semula di sebelah ku. “Errr… ehehehe. Aku.. Aku… Aku benganglah. Aku tak sukalah orang buat kawan aku macam ni. Kalau orang buat kau 1, aku rasa 2 tau!”
Aku tersenyum mendengar kata-kata Kifayah. Sekurang-kurangnya waktu kesedihan begini, masih ada insan yang setia menemaniku dan meminjamkan bahu untuk aku menangis.
“Kau tahu tak, aku sayang sangat kau.” Tiba-tiba mood aku berubah. Air muka Kifayah ketika itu berubah mendadak.
Ini tak lain, tak bukan, dia fikir aku dah bertukar jadi?? Hish! Sengal betul minah ni.
“Err. Zuyyin.. Aku tahulah kau putus cinta, tapi takkan sampai nak…” Belum sempat Kifayah menghabiskan ayatnya, aku menunjal kepalanya.
“Nak kata bongok tak, belajar sampai luar negara. Tapi otak tu, sokmo fikir benda bukan-bukan” Aku membebel.
“Maksud aku, aku sayangkan kau, sebab kau sahabat aku. Ada bersama aku susah senang. Even aku putus cinta 10 kali pun, kau sentiasa di sisi aku takkan tinggalkan aku macam mangkuk-mangkuk tu tinggalkan aku. Huh!” Kifayah tergelak mendengar jawapanku.
“Aku tahu. Aku saja je kenakan kau. Nak tengok kau berubah mood. Hahaha” Kifayah gelak. Senget! Sempat lagi mengenakan aku.
“Aku pun sayangkan kau juga. Tapi aku sayangkan kau kerana Allah.” Balas Kifayah. Melebar senyumanku ketika itu.
Share this novel