BAB 15

Romance Completed 17888

“Jika kita mencintai seseorang, kita ingin membawanya bersama ke syurga, jika kita melemparkan orang yang kita cinta neraka, itu bukan cinta”

Sedikit sebanyak aku memahami tindakannya satu ketika dahulu. Menghindarkan zina hati, dan menghindarkan kami dari terus lalai. Dia ingin menjaga maruahku sebagai seorang wanita.

*****

“Aku terima nikahnya Zuyyin Insyirah Bin Zul Izuddin dengan mas kahwinnya RM200.00 tunai.”

“Sah?”

“Sah..”

“Sah”

“Alhamdulillah..”

Serentak itu juga air mataku jatuh.

Akhirnya, setelah dua tahun berkawan, dua tahun bercinta, dan hampir tiga tahun di tinggalkan, aku sah menjadi milik Aizat Asyraff Bin Haris dengan sekali lafaz.

Papa sendiri yang menjadi wali di hari bahagiaku. Bertapa indahnya perasaanku kini. Lebih indah berbanding dahulu. Setelah kami berusaha mencari redha Ilahi.

Kini bacaan lafaz takliq dari suamiku. Aku mendengarnya penuh tekun bacaan takliq tersebut, di tambah pula aku sudah menambah pada bacaan lafaz takliq tersebut.

Sungguh, bukan niatku untuk meragui cinta Asyraff, tapi aku perlu melakukan sesuatu untuk menjaga hakku di masa hadapan. Sediakan payung sebelum hujan.

Sebagai seorang wanita, aku tidak rela di madu. Aku tahu poligami di haruskan di dalam Islam, tetapi bukan aku salah seorangnya. Sungguh aku tidak mampu berkongsi kasih.

Jadi aku meletakkan tambahan takliq, jika Asyraff bernikah lagi satu di luar atau di dalam pengetahuanku, maka terjatuhlah talaq satu. Mula-mula dia kaget dengan permintaanku.

Tetapi bila aku menjelaskan dengan penuh teliti, dan aku tetap dengan pendirianku tanpa boleh di runding, maka akhirnya dia bersetuju.

Biarlah aku dipandang serong masyarakat sekeliling dengan permintaanku, yang penting aku tahu, aku ada hak untuk menjaga diriku, maruahku, hartaku dan mungkin juga untuk anak-anakku.

Selesai solat sunat selepas akad nikah, aku menyalaminya buat kali pertama. Tangannya ku rasakan sejuk. Aku ketawa kecil. Dia hanya tersengih-sengih ketika itu. Malu mungkin terlebih gugup dari aku.

Keluarga kami mula mengerumuni kami untuk mengambil gambar. Pelbagai usikan yang aku terima, membuatku mukaku membahang menahan malu. Kifayah apatah lagi.

Aku mencubit pinggang Kifayah. Dia tersengih sambil memelukku. Bengang aku dengan sikapnya. Segalanya sudah diterangkan kepadaku.

Tamat peperiksaan akhir semester empat, Kifayah pulang ke Malaysia untuk cuti semester. Asyraff bertemu dengannya dan memperjelaskan dan menerangkan segalanya kepada Kifayah.

Kifayah bertindak sebagai pembimbing sehingga aku berjaya menutup auratku dengan sempurna dan membawaku kembali kepangkal jalan. Dia tidak putus-putus menasihatiku sepanjang aku berada di Jepun.

“Pengantin tak elok marah-marah. Karang malam tak lekat baby.” Sambil dia mengusap perutku. Membulat mata aku ketika itu. Senget. Otak kuning. Aku menunjal kepalanya tanda bengang. Jauh betul fikirnya.

“Tak sangka kau kahwin dulu. Ingat aku dulu. Lega aku. Jenuh aku membebel dengan si Asy tu suruh dia berterus-terang. Lembab betul” Kifayah membebel. Aku tergelak.

“Sekurang-kurangnya hati aku lapang, kau ingat senang nak jadi pelakon yang berjaya ni. Naik gila aku sebab terpaksa menipu kau.” Kifayah meluahkan rasa hatinya.

“Terima kasih Kifayah, untuk semua yang kau lakukan kepada selama ini.” Akhirnya terlafaz juga kata-kataku terhadap Kifayah.

“Most welcome my dear. Kira aku boleh jadi pelakonlah kan?” Selorohnya. Haha. Kalau di ingatkan semula, memang mantap lakonannya. Hampeh!

“Ha’ah. Aku bagi kau anugerah pelakon tambahan tak berapa popular” Aku menjelirkan lidah.

“Hish. Apa jelir-jelir ni. Malu sikit dengan orang sekeliling” Cuit mamaku. Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal. Akhirnya kami bergambar dengan pelbagai aksi bersama keluarga dengan gembira.

*****

Aku menghenyakkan diri ke katil. Sungguh, apabila aku masuk ke bilik dan ternampak katil aku seperti nampak syurga. Hari ini seharian aku melayan tetamu. Penat tak terhingga. Badan pula di rasakan melekit.

Aku terus menapak ke bilik air. Badanku terasa bertenaga semula apabila berada dibawah pacuran air. Sungguh nyaman ketika ini. Rasa hendak tidur di bawah pacuran air malam ini. Eh?? Tak boleh! Hehe.

Aku keluar dari bilik. Tiba-tiba aku nampak susuk tubuh yang sedang berbaring di atas katil sedang lena. Aku tersenyum. Penat sangat agaknya.

“Asy.. Asy..” Aku mengejutkannya lembut. “Asy.. Bangunlah. Pergi mandi dulu.” Asyraff masih di posisi seperti tadi tidak bergerak. Aku bergerak dan duduk di hadapannya sambil melutut.

“Awak.. Bangunlah. Mandi. Lepas ni kita boleh solat Isya’ sama.” Dia membuka matanya. Dia memandangku dengan muka tidak puas hati. Aik. Baru hari pertama kahwin dah buat muka. Dah kenapa?

Dia bangun dan duduk di birai katil. “Siapa Asy??” Soalnya. Keningku bertaut. Pelik. Nada suaranya seperti merajuk.

“Awaklah Asy. Takkan saya pulak. Bila pula kita bertukar jasad?” Soalku separa bergurau.

“Mana boleh Asy. Kena panggil abang. Nak lagi sweet baby. Nak lebih-lebih-lebih sweet habibi. Hehehe” Sambil menayangkan senyuman nakal. Aku membuat muka. Eww. Baby?? Habibi?? Memang taklah kan. Meremang bulu romaku ketika itu.

“Err. Esok lusa je lah Aira panggil Asy abang..” Dia memuncungkan bibir. Eee. Nak manja-manja pulak. Selamat suami aku. Kalau Kifayah ni, dah lama aku cepuk. Hehehe.

“Dahlah. Pergi mandi. Lepastu solat..” Aku mengarah.

“Lepas solat??” Dia tersengih-sengih. Eee. Mengada.

“Lepas solat, tidur. Penat..” Aku saja mengenakannya. Lelaki, mana nak lupa benda yang pertama tu. Grrr.

Dia memuncungkan bibirnya semula. Aku menarik tangannya agar bangun.. “Awakk. Pergilah mandi. Busuklah. Awak tak bau ke?” Aku sengaja menarik perhatiannya dengan mengatakan dia busuk.

Dia mengangkat lengannya, dan menghidu akan ketiaknya. Eee. Tak senonoh. Sajalah tu kan. “Okay je.. Fresh lagi tau. Nak bau?” Dia tersengih. Aku membuat muka. Senget betul.

“Panggil baby dulu” Dia memberi syarat. Membulat mataku. Baby?? Erghh!!

“Janganlah mengada. Lambat mandi, lambat solat, lambat Aira layan Asy..” Aku sengaja memancingnya. Terus dia melompat dari katil dan berlalu ke bilik air. Hampeh! Miang juga dia ni. Tak apa suami sendiri ^_^

Kami solat berjemaah. Tenang hatiku ketika ini. Tidakku sangka dia adalah jodohku. Harap percintaan kami kekal hingga ke syurga. Sungguh tiada lafaz yang mampu ku ucapkan. Terlalu bahagia.

Aku menyalaminya dan dia mencium dahiku. Mata kami bertaut. 1 saat, 2 saat, 3 saat. Aku tersenyum. Tidak seperti dulu. Bila mata kami bertaut aku berpaling. Dia suamiku kini. Dapat kurasakan pandangannya begitu redup.

Aku menanggalkan telekungku, dan duduk di sisinya semula. Malam ini adalah malam membuka segala rahsia. Rahsia dari hati, tanpa perlu di simpan. Bagi aku, habis sahaja malam ini, aku ingin membuka buku baru bersamanya.

Dia menarikku ke dalam pelukannya. Aku mendengar rentak jantungnya yang sedikit laju. Aku ketawa halus. Gemuruh juga rupanya.

“Abang janji dengan Aira, abang takkan sia-siakan Aira lagi. Abang takkan biarkan Aira terluka, abang takkan biarkan Aira bersedih lagi. Abang minta maaf kerana tinggalkan Aira dulu. Sebab abang terlalu cinta, abang bimbang abang tak mampu menjaga hati abang dan Aira.” Asy menerangkan dengan panjang lebar.

“Abang baru berjinak-jinak mempelajari agama lebih mendalam. Aira tahukan abang ambil undang-undang di UIA. Jadi masa abang yang lapang, abang ikut kawan-kawan abang habiskan masa abang pergi usrah dan mendengar ceramah dari Ustaz di sana. Waktu tu abang sedar abang rasa berdosa sangat bercinta dengan Aira dan membelakangi mama dan papa. Abang hanya menambahkan dosa pada Aira, sebab tu abang buat keputusan sampai melukai hati Aira” Aku sekadar tersenyum. Semuanya sudah di jelaskan mama dan papa.

“Macam mana abang boleh yakin, dalam masa tu Aira takkan jatuh cinta pada siapa-siapa?” Aku sengaja menduganya.

Dia memandangku tepat. “Wahhh. Bestnya. Ada orang tu dah panggil kita abang” Grrr. Aku terlepas cakap. Okaylah tu. Tak payah tunggu lusa. Hehe.

“Abang serahkan Aira pada Allah, untuk Dia menjaga hati Aira dan diri Aira. Lagipun Kifayahkan ada.. hehehe” Hampeh. Sempat lagi.

“Dan abang syukur sangat, bila Kifayah bagitahu, yang Aira dah mula menjaga aurat, menjaga solat, dan mula belajar agama. Even lambat, tapi abang syukur sangat” Pandangan kami bertaut. Kali ini rentak jantungku pula yang bertambah laju. Aku tertunduk.

“Abang gembira sangat, hati Aira taklah sekeras mana untuk di pujuk. Even dekat pejabat, abang tanya berpatah-patah, Aira jawab sepatah. Kalau tanya sepatah, lagilah tak berjawab. Tak bertanya, langsung sepi” Dia tergelak kecil. Hish. Sempat lagi tu menyakat aku.

“Abang nak minta maaf waktu kat airport hari tu. Abang terperanjat sangat waktu tu nampak Aira. Abang datang bersama family Aira. Tapi abang keluar dulu waktu tu, sebab abang nak menyorok, nak ambil gambar Aira bila berjumpa family. Tak sangka jumpa Aira dulu. Abang tak tahu nak buat reaksi macam mana, waktu Aira nampak abang” Dia tergelak kecil.

“Memang abang datang semata-mata nak ada bersama untuk meraikan kegembiraan Aira, even dari jauh.. Tahu tak, Kifayah marah abang kaw-kaw, sebab muncul tiba-tiba depan Aira waktu kat Airport. Sedih…” Dia memuncungkan bibir. Aku tergelak.

“Banyak betul penerangan abang yer. Ada lagi tak, yang nak di kongsikan?” Aku sengaja menyakatnya.

“Banyak Aira. Banyak sangat abang nak ceritakan sepanjang dua tahun Aira tak ada. Cuma satu je abang nak ingatkan, kenapa abang buat semua ni. Sebab abang perlukan persediaan fizikal dan mental, pengetahuan tentang agama, ilmu rumah tangga, sebelum abang menjemput bidadari abang” Dia mencuit hidungku. Aku terhibur kerana dipanggilnya bidadari.

“Dan abang buat ni juga, supaya abang dapat pastikan abang mampu menjadi suami yang baik untuk membimbing Aira. Abang nak, bila Aira pulang ke Malaysia, abang sudah bersedia sepenuhnya, luar dan dalam, untuk memikul tanggungjawab” Aku tersenyum..

Cup! Dia mencium pipiku. Aku terperanjat dengan tindakannya secara mendadak. Muka aku membahang.

‘’Jadi, dah bersedia untuk hidup dengan abang? Muktamad? No turning back?’’ Soalnya membuatkan mukaku merah padam. Aduh masa-masa macam ni pula kau nak tanya soalan ni.

‘’Talian hayat ada tak?’’ tanyaku berseloroh.

‘’Dah kenapa perlu talian hayat?’’ tanyanya lagi sedikit kebingungan.

‘’In case abang gatal nak menikah satu lagi!’’ jawabku.

‘’Amboi belum apa-apa lagi dah fikir sampai ke situ, sumpah Lillah tak sayang, yang sorang ni pun boleh tahan gangsternya!.’’balasnya lagi membuatkan aku tersenyum sambil membuat mimic muka gangster dan disambut dengan hilai tawa darinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience