“Ini meja Aira, dan kalau apa-apa hal Aira boleh tanya Asy sendiri, atau kawan-kawan yang lain” Lembut sekali setiap patah perkataan yang keluar dari bibirnya. Wajahnya tidak sedikit berubah riak. Ketika itu aku rasa hendak menangis.
“Maaf Encik Aizat, saya nak pergi ke toilet sebentar.” Aku berlalu meninggalkannya. Aku menjadi sebak. Aira, Asy.. Nama yang kami gunakan satu ketika dahulu dalam membahasakan diri masing-masing.
Aku menangis. Sungguh aku rasa lebih terluka ketika ini. Lebih terluka dari di tinggalkan 2 tahun yang lalu. Aku benci Asyraff, benci!! Kenapa mesti takdir menemukan aku semula dengannya, sedangkan aku sudah redha dengan apa yang terjadi.
Aku keluar dari bilik air. Sempat mataku memandang cermin. Mataku sedikit bengkak. Aku membetulkan sedikit tudungku yang sudah kelepek. Aku membasahkan mukaku agar nampak segar sedikit.
Aku keluar dari toilet, dan terus kembali ke mejaku. Untuk permulaan aku diberikan beberapa buah file oleh setiausaha Asyraff untuk aku ‘study’ terlebih dahulu sebelum aku di bawa latihan dalam kamar iaitu chambering.
“Dah pukul 1, Aira tak pergi lunch ke?” Tegur satu suara ketika aku sedang khusyuk menyemak file yang ada di tangan. Aku mendongakkan sedikit kepala. Melalui nama panggilan aku sudah boleh agak siapa yang menyapaku.
Aku sekadar menggelengkan kepala, dan menyambung semula kerjaku yang tergendala.
“Nak Asy bungkuskan tak?” Soalnya lagi. Aku sekadar menggeleng tanpa memandangnya. Mataku masih fokus ke arah file yang aku pegang.
“Betul ni?” Soalnya lagi. Aku sekadar mengangguk.
“Okaylah kalau macam tu.” Asyraff meninggalkanku. Aku menghantarnya dengan pandangan kosong. Aku memegang dadaku. Sakit sangat ketika itu. Tapi aku gagahi juga untuk teruskan semua ini.
Aku tidak mahu dipandang lemah oleh Asyraff. Bertahun aku membina kekuatan dalam jiwa, dan menjadi manusia yang tabah. Aku takkan murahkan maruahku di hadapannya.
15 minit berlalu..
Aku meneguk air. Terasa tekakku sedikit haus ketika itu. Aku membelek-belek file yang ada di hadapanku. Mana satu ea nak baca. Dahlah banyak. Belum lagi bila aku di suruh masuk court nanti. Pening-pening. Aku mengomel sendiri.
Tiba-tiba sebungkus plastic makanan mendarat di atas mejaku. Aku memandang pelik, dan aku mendongakkan sedikit kepala. Huh! Aku terus mencapai satu file, dan duduk di kerusiku.
“Jom makan.” Ajak Asyraff yang menarik kerusi dan duduk di hadapan mejaku. Aku terpempan. Kenapa dia ni??
“Encik Aizat makanlah. Saya puasa” Erkk. Bukan tadi aku ada minum air. Dia perasan tak ea? Ah! Lantaklah.
“Owh. Tak sangka ada orang puasa minum air yer?” Aduh. Terkena pula.
“Saya puasa makan je” Bela diriku, untuk menutup malu.
“Aira..” Aku memejamkan mataku bila suara yang sedikit romantic itu menyapa telingaku.
Aku memandangnya ke arahnya. Pandangan kami bertaut. 1 saat, 2 saat, 3 saat.. Aku terus memandang ke tempat lain. Zina mata, aku mengingatkan diriku.
“Call me Asy please. Kenapa nak berencik-encik?” Soalnya, dan aku masih diam. Malas nak melayan. Dia mengeluh.
“Did I really hurt you, Insyirah?” Aku membatu lidahku kelu walaupun teringin sekali aku menjawabnya.
Tidakku kalihkan pandanganku ke arahnya. Masih terus membelek-belek file yang berada di tanganku.
“Aira faham ke baca file terbalik macam tu?” Erkk. Aku baru tersedar ketika itu. Malunya aku ketika itu. Telingaku menangkap ketawa halus.
“Encik Aizat, boleh tak tinggalkan saya seorang. Saya nak buat kerja saya. Banyak lagi meja lain boleh jadi tempat makan. Tak pun Encik Aizat boleh pergi ke pantry untuk makan. Tak perlu buat baik dengan saya” Aku mengeraskan sedikit suaraku tanda aku sedang bertegas dengannya.
Riak wajahnya berubah ketika itu. Aku mendengar keluhan halus darinya. Kecewakah? Itu baru sedikit berbanding kekecewaanku selama ini.
“You look really nice now with hijab. I love that, sopan dan menunjukkan ciri-ciri seorang muslimah, you look more beautiful” Sekali lagi aku terpampan. Tapi aku sekadar mendiamkan diri. Malas untuk melayannya.
“Aira. Mungkin dulu saya pernah lepaskan awak sebagai seorang kekasih yang belum halal untuk saya, tapi di masa akan datang saya takkan pernah lepaskan cinta awak sebagai isteri saya. Mungkin awak pernah kecewa untuk beberapa tahun ini, tapi seumur hidup saya yang akan datang, saya akan memastikan tidak sedikit pun perasaan awak terguris lagi dan melupakan segala kekecewaan awak” Aku terkesima. Dia bangun dan berlalu pergi meninggalkanku.
Share this novel