Usai solat isya’ aku terus menelentangkan badanku atas katil. Penatnya hari ini. Urat sarafku terasa seperti kembali ke tempat asal semula. Aku terpandangkan beg tanganku, lantas aku teringatkan sesuatu.
Aku menapak ke arah beg tersebut, dan mengeluarkan sampul. Aku membawanya bersamaku ke arah katil. Aku mengeluarkan semuanya, dan bertaburan gambar tersebut di atas katil.
Aku mengambil sekeping demi sekeping gambar tersebut. Banyak gambar candid yang di ambil. Gambarku tersenyum, ketawa, memuncung, merajuk, pelbagai mimic muka ada. Aku tersenyum melihat gambar-gambar tersebut.
Satu gambar yang menarik perhatianku. Fokusnya pada wajahku yang tersenyum. Aku takjub melihat gambarku sendiri. Hehe. Senyumanku begitu indah. Aku perasan yang gambar itu sedikit ada kesan timbul di permukaannya.
Aku memusingkan gambar tersebut. Ada lirik lagu bertajuk You yang di popularkan oleh Nur Jannah Alia.
You were there to light my day
You were there to guide me through
From my days down and on
I’ll never stop thinking of you
How can I forget all that
When you’re the one who make me smile
You’ll always be apart of me
How I wish you were still mine
Never will forget the day
How we’ve met and came this far
We all know we got this feeling
But somehow it has to end up here
I know it’s me who said goodbye
That’s the hardest thing to do
Cause you mean so much to me
And guide the truth from me to you
For all the things I’ve done and said
For all the hurt that I’ve cause you
I hope you will forgive me
Cause that was’t what I mean to do
Air mataku jatuh ketika itu. Aku cuba memahami apa yang dia ingin sampaikan dengan lirik lagu ini. Adakah dengan lirik lagu ini menceritakan keseluruhan perasaan dia selama dia meninggalkan ku?
Kalau bukan niatnya membuat aku begini, jadi apa sebabnya? Mengapa? Air mataku mencurah-curah jatuh ketika itu. Serabut otakku ketika ini.
Sungguh, selama ini aku tidak kuat. Tetapi oleh kerana aku ingin kelihatan gagah di matanya, tidak lemah dengan ketiadaannya selama ini, aku bertahan dengan kesakitan yang selindungi di dalam hati.
Pintu bilikku di ketuk pelahan. “Masuk” Aku sekadar memberi arahan. Terjengul wajah mama apabila pintu di kuak. “Mama” Aku sedikit terperanjat. Aku mengelap air mataku. Aku memandang jam dinding. Sudah pukul 10.30 malam. Mama tak tidur lagi?
Mama menapak ke arahku. Keningnya bertaut. “Kenapa Zuyyin menangis ni?” Soal mama. Matanya memandang ke arah katilku.
“Bila Zuyyin print gambar ni semua?” Soal mama dan duduk di birai katil. Aku terdiam.
“Bukan Zuyyin yang print.” Mama mengambil salah satu gambar yang aku taburkan di atas katil.
“Eh. Cantik gambarnya. Nampak real. Anak mama nampak cantik sangat waktu ni” Puji mama. Aku tersenyum hambar.
“Asyraff yang ambil.” Mama terpana. Dia memandang ke arahku seperti mahu aku mengulang semula kenyataanku.
“Yer. Asyraff ambil. Dia yang printkan dan bagi pada Zuyyin kat pejabat tadi.” Aku mengeluh. Aku tidak pernah memberi tahu mama yang aku di bawah seliaan Asyraff di Firma Guaman tersebut.
Mama sekadar tersenyum. Eh. Mama ni. Lain macam je senyumannya. “Kenapa mama senyum?” Soalku.
“Tak apa. Baru mama sedar anak mama dah besar. Tak lama lagi, ada orang akan ‘ambil’ Zuyyin pula. Mengambil tanggungjawab mama dan papa untuk menjaga dan membimbing Zuyyin” Aku sedikit pelik dengan luahan rasa mama.
“Kenapa mama cakap macam tu. Zuyyinkan tetap anak mama dan papa.” Mama sekadar tersenyum mendengar kata-kataku.
“Macam mana Zuyyin dengan Asyraff sekarang ni?” Soal mama. Entahlah. Susah aku nak terangkan. Aku tidak pernah sedikit pun cerita kepada mama apa yang telah terjadi antara aku dan Asyraff.
“Huhh!” Aku mengeluh.
“Kenapa mengeluh?” Mama membuat wajah pelik.
“Zuyyin nak berhenti ambil chambering.” Aku ingin bangun ketika itu, tapi di tahan oleh mama dengan memegang lenganku.
“Kenapa Zuyyin nak berhenti pula. Lagi beberapa bulankan dah nak habis. Duduk, bincang dengan mama. Jangan buat keputusan terburu-buru” Arah mama. Mama juga seorang peguam sewaktu umurnya sebayaku.
Tapi setelah mendapat aku pada umur 28 tahun, dia sanggup meninggalkan kerjayanya, demi untuk menjaga, mendidik dan membesarkan aku, dan adik-adikku yang lain.
“Are you out of mind Zuyyin Insyirah?” Soal mama. Fuh! Kalau dah pernah jadi lawyer, takkan hilang ketegasannya dalam berbicara. Papa pun sebenarnya takut dengan mama. Selalu kalah. Hehehe.
Malam itu hampir pukul 12 mama menutup majlis ilmunya. Itu pun kerana papa mencari mama, yang masih tidak muncul di bilik tidur.
Waktu itu aku memberi flying kiss kepada papa tanda terima kasih menyelamatkan aku dari mendengar majlis ilmu sampai larut pagi. Hehehe.
“Owh yer Zuyyin. Lusa kawan Papa dari Firma Guaman Zuyyin datang makan malam kat sini tau. Zuyyin tolong mama sediakan apa yang patut.” Belum sempat aku bertanya apa-apa, papa sudah menutup pintu bilikku. Aku mengeluh.
*****
Usai solat maghrib aku turun ke bawah. Papa kata kawan papa datang lepas maghrib. Ketika aku turun, di bawah sudah riuh rendah dengan hilai tawa. Aku terkesima memandang susuk tubuh yang aku kenali walaupun dia membelakangi aku.
“Turun dah tuan puteri..” Tegur papa.
Semua mata di kalihkan ke arahku. Waktu itu mahu sahaja jantungku terjojol keluar. Apa semua ni?? Aku memandang wajah-wajah yang berada di hadapanku ketika ini. Bingung.
“Insyirah, mari duduk..” Ajak seorang wanita yang hampir sebaya dengan mama. Aku seperti di pukau sekadar melangkah dan duduk di sebelahnya. Dia menyentuh tanganku ketika itu.
“Ummi teringin nak jumpa Insyirah sejak dulu. Akhirnya, dapat juga berjumpa dengan wanita yang mencuri hati anak ummi.” Aku terdiam. Blur, blank, bingung, semua bercampur dalam otakku.
Aku memandang ke arah Asyraff. Dia sepertinya buat tidak tahu dengan pandanganku. Aku sedikit geram. Apa semua ni. Kenapa semua bergelak ketawa? Kenapa semua nampak rapat dan bahagia? Aku tidak berpuas hati.
“Dahlah. Jom makan semua. Zuyyin pergi siap-siapkan makanan kat meja makan” Aku sekadar mengangguk lemah. Aku seperti menghidu sesuatu. Ada benda yang mereka rahsiakan.
Mereka makan dengan gembira dan bahagia. Tapi tidak bagi aku. Aku seperti begitu asing ketika ini. Walaupun mereka mengusikku bersama Asyraff, tidak sedikit pun tercuit hatiku untuk tersenyum bahkan untuk ketawa.
Usai makan, aku terus meninggalkan mereka. Aku duduk di luar rumah. Rasa angin malam lebih menenangkan jiwaku, berbanding duduk di dalam rumah. Aku cuba menenangkan fikiranku.
Aku mendengar bunyi derapan kaki di atas rumput. Aku memalingkan wajah. Asyraff dan Zubir jalan beriringan. Mungkin Asyaraff yang ajak Zubir bersama, agar menemaninya berjumpa denganku.
“Aira.. Kalau malam ni Asy terangkan segalanya apa yang terjadi dahulu, Aira mahu dengar?” Aku sekadar diam seperti biasa. Kalau dia ingin bercerita, aku akan dengar.
Aku tidak ingin berat sebelah, dan meletakkan semua kesalahan atas bahunya. Mungkin benar kata Kifayah, dia tinggalkan aku bersebab.
Mungkin dengan penerangannya nanti akan melapangkan hatiku, dan melepaskannya dengan seikhlas hati. Mungkin…
Dia sekadar menyandar di belakang kerusi panjang dengan membelakangiku. Aku sedikit selesa jika itu posisi yang dia pilih. Sekurang-kurangnya aku tidak perlu berhadapan dengannya.
“Pertamanya Asy ingin memohon maaf kepada Aira dengan tindakan Asy.” Sepi…
“Asy tak pernah berhenti menanti Zuyyin Insyirah Asy. Yang Asy berjanji akan menunggunya hingga dia pulang semula ke pangkuan Asy” Dia menoleh ke arahku. Mungkin meminta respon dariku. Dan aku pula… Diam.
“Asy tak pernah mungkiri janji, untuk menikahi Aira selepas Aira pulang ke Malaysia. Asy masih pegang dengan janji tu.” Bicaranya dengan lebih lanjut.
1 titis, 2 titis, 3 titis air mataku gugur. Jadi kenapa buat aku begini? Selama ini aku bertarung dengan rasa lukaku seorang diri tanpa yang memahami. Ditinggalkan begitu sahaja tanpa ada penjelasan.
“Asy tak mampu teruskan hubungan kita waktu tu. Asy tertekan” Aku terdiam. Mengapa perlu tertekan. Aku bukan mintanya apa-apa dalam hubungan kami.
“Sejujurnya Asy ingin menjaga hati Asy dan maruah Aira sebagai muslimah” Aku diam.
“Pada Asy, biarlah Aira dengan dunia Aira dulu, sebab Aira ada Kifayah untuk jaga dan bimbing Aira di sana. Asy waktu tu cuma ingin melengkapkan diri, sebelum Aira pulang ke Malaysia. Dan Asy rasa dalam masa dua tahun, Asy sudah bersedia untuk pikul tanggungjawab.” Jelasnya panjang lebar.
Aku semakin jelas dengan sangkaanku selama ini. Yer, dia lelaki masih yang setia, yang mempunyai sebab meninggalkanku dahulu. Tak salah selama ini aku menutup pintu hatiku dari diketuk oleh mana-mana lelaki.
Kerana aku yakin, Asy akan kembali dan menjelaskan apa yang terjadi. Mungkin waktu tu akan melukakanku, dan mungkin juga akan membahagiakanku.
“Asy. Kalau Asy mengatakan yang Asy tak pernah mungkiri janji dan masih setia seperti dulu, buktikan! Aira tidak mahukan penjelasan, tapi tindakan!” Aku berlalu pergi meninggalkannya.
“Zuyyin Insyirah” Panggilnya. Aku masih meneruskan langkahku.
“Insyirah” Kali ini namaku dipanggil dengan lembut. Aku berhenti melangkah.
“Segalanya dah di uruskan. Tinggal persetujuan Aira.” Dia bersuara. Aku kaget. Apa maksud dengan ‘dah diuruskan’ dan juga ‘persetujuan’ dari aku?
Aku memandangnya. Mukanya ketika itu agak serba salah. Tapi dia seperti ingin berkata sesuatu. Aku masih menanti kata seterus darinya.
“Asy dah risik Aira waktu Aira kat Jepun. Mama dan Papa okay je.” Kali ini aku bertambah terkejut.
“Tak lama lepas kita berpisah, Asy datang jumpa mama dan papa. Asy terangkan apa yang terjadi antara kita, dan Asy terangkan apa yang Asy sudah rangkakan untuk dua tahun kemudian, bila Aira kembali ke Malaysia. Dan semuanya adalah rancangan Asy” Aku terduduk ketika itu. Terasa seperti aku diperbodohkan selama ini.
“Aira, maafkan Asy. Jangan fikir Asy menipu Aira. Asy cuma mencari peluang, untuk dekat dengan Aira dan betulkan semula keadaan. Kalau Aira jauh dari Asy, Asy yakin Aira takkan terima Asy, kalau Asy tiba-tiba muncul melamar Aira” Aku menangis di situ.
Aku tak tahu apa yang aku rasa. Aku bertambah bingung. Semuanya sudah di rancang selama ini. Kenapa tiada siapa pernah memberi tahu kepadaku? Kenapa semua orang membiarkan aku bersedih dan hidup dalam lukaku selama hampir tiga tahun ini?
“Asy kembali semula dalam hidup Aira, untuk melamar Aira dengan cara terhormat, bukan untuk melalaikan Aira jauh sekali untuk membawa Aira ke jalan yang salah. Sudi tak Aira jadi isteri Asy?” Jatuh air mataku mendengar kata-katanya itu.
Waktu itu seluruh perasaanku bersatu. Benci kerana di tinggalkan, luka kerana di tipu, dan bahagia kerana di lamar dengan insan yang aku cintai. Aku sendiri tidak tahu ingin memberi jawapan.
Aku diam membatu di situ.. 1 minit, 2 minit, 3 minit. Aku bangun setelah mendapat kekuatan. Aku memandang ke arahnya. Dari riak wajahnya aku pasti dia sedang menagih jawapan dariku.
“Terpulang pada papa dan mama. Aira takkan bantah” Aku berlalu menapak masuk ke dalam rumah, dan terus memanjat tangga, membiarkan mata-mata yang memandang dengan seribu persoalan.
Aku tidak terus masuk ke dalam bilik, tetapi aku mengendap dari atas. Hehehe. Memang aku sedih ketika itu. Tapi aku berfikir rasional. Aku sudah matang, bertindak mengikut akal fikiran yang waras, bukan mengikut nafsu dan perasaan.
Boleh saja aku menolaknya, untuk membalas dendam kembali. Tapi, adakah aku bahagia? Cukup aku menderita selama ini. Kalau kebahagian sudah ada di depan mata, buat apa aku perlu menolaknya lagi.
“Aizat, macam mana?” Tanya abi. Ngee~
“Dia cakap terpulang pada mama dan papa” Jawab Asyraff.
“Alhamdulillah..” Jawab ibu bapa kami serentak.
Aku rasa lega. Perasaanku rasa lapang. Sejujurnya beberapa hari ini aku banyak muhasabah diri, membuatkan aku mudah memahami penjelasan Asy, walaupun tidak secara keseluruhan.
Aku teringat post Asyraff yang terakhir di Fac sebelum dia deactivatekan Facnya.
Share this novel