BAB 6

Romance Completed 17888

Dua tahun sudah pun berlalu, dan aku bakal di tauliahkan dalam majlis istiadat konvokesyen yang akan berlangsung beberapa hari lagi. Bertapa gembiranya aku ketika itu. Ku kira, aku sudah kuat untuk kembali ke tanah air.

Dua tahun aku tidak pulang ke Malaysia sejak aku putus dengan Asyraff. Sedangkan papa dan mama mampu untuk membeli tiket flight buatku untuk pulang setiap tahun. Hanya Kifayah sahaja yang pulang ke Malaysia sepanjang dua tahun ini.

Aku bimbang jika aku pulang ke Malaysia, pertama sekali apa yang aku akan buat adalah mencari Asyraff dan meminta penjelasan dengan apa yang berlaku. Itu yang paling aku bimbang. Menjatuhkan maruahku sebagai seorang wanita. Aku tidak mahu.

Sudahnya sepanjang dua tahun ini, keluargaku yang berulang alik dari Malaysia ke negara matahari terbit ini, iaitu Jepun.

Mama dan papa pula bising kerana aku, mereka terpaksa menggandakan lagi wang, dengan membawa dua adikku yang lain tiap kali datang melawatku. Aku pula hanya tersengih-sengih sahaja mendengar bebelan mama dan papa.

Aku banyak berubah sejak di tinggalkan Asyraff. Aku mula mencari siapa diriku yang sebenar di depan mata Ilahi. Kata Kifayah, kalau kita nak tahu di mana tempat kita di sisi Allah, tanya diri kita di mana kedudukan Allah dalam hati kita.

Sungguh aku rasa tertampar dengan kata-katanya. Aku rasa diriku sangat hina ketika itu, manusia yang sangat kotor dengan dosa-dosa.

Kalau di tanya soal perasaan pula, secara jujurnya dua tahun ini tidak mampu aku membuang nama Asyraff dalam hidupku. Cuma aku menjadi seorang yang tabah dan tidak mudah melatah. Mungkin aku patut berterima kasih kepada Asyraff kerana meninggalkanku.

Dalam dua tahun ini, sudah beberapa orang mencuba nasib. Malangnya aku tolak dengan mentah-mentah tanpa memberi mereka peluang.

Kifayah yang berada di sebelahku mencuit bahuku. Sudah setengah jam berlalu. Bayang keluargaku, mahupun keluarganya tidak juga muncul.

Mukanya menampakkan sedikit resah. Mungkin kerana ini pertama kali ibu dan abahnya sendiri yang datang ke Jepun. Aku sekadar tersenyum melihat raut wajahnya ketika ini.

Kami kini di Narita Airport sedang menunggu papa dan mama ku, dan juga ibu dan abah Kifayah. Masing-masing datang ke sini, bagi meraikan bersama hari graduasi kami.

Orang menderu-deru keluar ketika itu. Aku dan Kifayah sabar menunggu. Mataku membuntang.. 1 saat, 2 saat, 3 saat. Aku rasa kini aku di awangan. Susuk tubuh itu makin hampir denganku, tapi tidak menegurku. Sekadar berlalu begitu sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience