“Jinja?? Gamsahabnida. Sarang hae yo” Sambil dua tangannya di letakkan ke atas kepala untuk membentuk love yang biasa artis Korea buat. Ceh. Lebih-lebih pulak.
“Tak payah over boleh tak?” Aku menegur Kifayah. Dia pula sekadar ketawa apabila aku buat muka bengang.
Tidak lama selepas itu makanan pun sampai. Teruja aku memandang menu-menu yang aku pilih sudah sampai di meja. Sudah lama aku tidak dapat makan makanan Jepun, sejak pulang ke Malaysia.
Bukan tak boleh buat, boleh je. Tapi tak sempat. Dan… Malas. Hehehe. “Itadakimasu” Ucapku serentak bersama Kifayah.
Kami makan dengan penuh berselera. Hilang rinduku terhadap makanan Jepun.
“So, lepas ni nak lepak mana?” Soalku apabila menapak keluar dari Sushi King.
“Kau nak lepak sekitar ni je ke, or nak jalan-jalan luar?” Soal Kifayah.
“Dalam ni jelah. Kitakan naik kereta masing-masing. Tak naklah aku” Bebelku. “Jom ar shopping. Alang-alang boleh cari baju tun..” Kifayah menekup mulutnya. Aku mengangkat sebelah keningku. Ada rahsia minah ni rupanya.
“Apa?? Baju apa??” Soalku. Kifayah tersengih-sengih ketika itu.
“Baik kau cerita sebelum aku merajuk selama setahun dengan kau.” Ugutku.. Bukan dia tidak tahu setiap kali aku bercakap, bermakna aku akan memaknakannya.
“Alaaaa.. Hurmm..” Kifayah serba salah ketika itu.
“Cakap jelah. Nak sorok dari aku buat apa?” Soalku.
“Aku nak bertunang. Hujung tahun ni..” Luahnya. Mataku membulat. Gembira mendengar khabar gembira itu. Aku terus memegang tangannya. “Betul?” Dia mengangguk lemah.
Lah, kenapa minah ni. Nak bertunang pun buat muka sedih. “Kau kenapa? Sedih. Kena tunang paksa ke apa?” Soalku.
“Hish. Bukanlah.” Bidasnya laju.
“Dah tu?” Dia serba salah..
“Aku takut kau kecil hati kalau aku kahwin dulu dari kau.” Aku mencepuk kepalanya. Nilah. Terlebih fikirkan perasaan orang, sampai kebahagiaan sendiri pun sanggup di abaikan.
“Kau ni kenapa? Kenapa aku nak kecil hati. Aku bahagia lagi adalah, kalau kau bertunang. Lainlah kau bertunang dengan Asyraff” Kali ini kepalaku di cepuk oleh Kifayah.
“Kau dah kenapa? Lelaki banyak lagi kat dunia ni. Tak kebulur aku dengan si Asyraff tu” Aku tergelak ketika itu. Sayangnya Kifayah kepada aku.
Ah! Sekalipun kalau betul Asyraff bersama dengannya, aku redha. Dah bukan jodohku. Takkan kerana seorang lelaki aku ingin bermusuhan. Tapi entahlah. Mulut cakap je redha. Tapi siapa tak terlukakan??
“Kau bercinta dengan siapa hah? Aku tak pernah tahu pun.” Aku menyoalnya. Tiada angin tiada ribut, terus bagitahu nak bertunang. Dia menggaru-garukan kepalanya.
“Dengan manusialah..” Aku membulatkan mataku. Eee. Saja je nak mengenakan aku.
“Yer tak yer juga. Aku ingat dengan mahluk asing. Sebab kau kan dari planet Pluto. Aku ingat kau kahwin dengan bangsa kau.” Aku menayangkan senyuman nakal ketika itu apabila dapat mengenakan Kifayah.
Memuncung bibirnya apabila aku berkata begitu. “Kau saja je kan kenakan aku semula?” Aku mengekek ketawa ketika itu. Hilang bayangan Asyraff yang telah membuatkan hari ku mendung sebentar tadi.
Share this novel