2 bulan selepas pulang ke Malaysia.
Sebelum aku di terima menjadi peguam ataupun untuk melayakkan diri di dalam undang-undang sebagai seorang peguam, pertama sekali aku perlu menjalani kursus dan latihan kelayakan selama sembilan bulan di mana-mana firma guaman yang di iktiraf, atau nama popular bagi pengamal undang-undang adalah Chambering.
Hari ini adalah hari pertamaku. Aku memarkingkan keretaku di tempat parking yang di sediakan. Aku melangkah keluar dari kereta dengan semangat berkobar-kobar.
Aku akan jadi peguam yang berjaya, dan mempunyai firma guaman sendiri satu hari nanti. Aku menanam azam ketika itu. Mataku memandang bangunan yang tersergam indah di hadapanku.
Tetuan Haris Farihin & Partners menjadi pilihanku. Sejujurnya papaku yang memilih Firma ini. Firma ini tidaklah terlalu baru bertapak, dan tidak juga terlalu lama.
Baru 15 tahun, dan bagiku Firma inilah yang paling sesuai dengan kehendakku. Aku tidak perlu menyewa dan duduk berjauhan dari mama dan papa. Cukuplah sejak sekolah aku hidup berdikari.
Aku melangkah masuk ke dalam Firma tersebut. Beberapa mata memandang ke arahku. Aku menjadi segan. Aku memandang penampilanku dari cermin bilik yang berada di hadapanku. Kemas dan elegen. Hehe.
“Cik Zuyyin Insyirah.” Tegur satu suara dengan menyebut nama penuhku.
Aku mengkalihkan mukaku ke kiri. Kelihatan seorang jejaka yang tinggi lampai, dengan berpakaian kemas berdiri di tepiku. Ya Ampun, kenapa hensem sangat makhluk depan aku ni. Dan mukanya ada irap Asyraff?? Aku membebel dalam hati.
“Err.. Yer. Sayalah tu. Zuyyin Insyirah.” Aku sedikit gugup. “Tuan Haris sudah lama tunggu di biliknya” Katanya.
Erkk. Bukan suruh datang pukul 9.30 pagi ke? Aku sampai 9.25 pagi. Kenapa cakap dah lama tunggu. Salah time ke? Aku mula blur ketika itu. Aku mengikutnya dari belakang.
Pintu bilik Tuan Haris di ketuk, sebelum jejaka itu merenggangkan sedikit daun pintu. Biliknya yang besar, dan di penuhi dengan rak. Pelbagai jenis file dan buku tersusun cantik di rak tersebut. Aku mengangguk-angguk.
“Abi, Cik Zuyyin sudah sampai” Kelihatan lelaki yang sebaya papa, sekadar mengangguk ketika itu. Matanya lebih tertumpu kepada file yang berada di tangannya. 1 saat, 2 saat, 3 saat. Matanya memandang ke arah kami.
“You can go now. Thank you Fahmi.” Lelaki itu berlalu pergi meninggalkan aku di dalam bilik Tuan Haris.
“Duduk Insyirah” Aku tersentak. Sejujurnya, tiada siapa yang memanggilku dengan nama keduaku melainkan Asyraff. Dan sewaktu ini juga perasaan sebak bertamu di dalam hati.
“Terima kasih..” Balasku pendek. Aku duduk di hadapan Tuan Haris. Dia menjelaskan selok belok Firma ini. Begitu juga visi dan misi Firma ini. Aku menjadi kagum mendengar penjelasannya tentang Firma ini.
Baru 15 tahun, Firma ini sudah bertapak kukuh di Malaysia, dan mempunyai ramai pelanggan dari golongan VVIP. Sungguh aku kagum. Aku tersenyum. Pandai papa pilih firma guaman untuk aku timba pengalaman.
“Untuk tempoh latihan Insyirah, Insyirah diletakkan bawah penyeliaan Encik Aizat Asyraff” Zapp!! Aku rasa ketika itu kepalaku berputar-putar. Aizat Asyraff yang mana? Yang sama atau yang lain.
Ya. Mesti yang sama, kerana Asyaraff dahulu mengambil undang-undang di UIA. Tak syak lagi. Aku ketika itu mahu saja berlari dari situ. Aku tidak mahu ada kaitan dengannya hatta dalam bidang pekerjaan sekalipun.
Butang hijau di tekan di telefon yang berada di atas meja Tuan Haris. “Aizat, datang ke bilik abi. Abi nak kenalkan anak buah Aizat.” Kalau tadi aku terperanjat tahap gajah, kali ini aku terperanjat tahap dinasor!
Gila!! Anak-beranak? Owh. Betullah. Aizat Asyraff bin Haris. Farihin itu mungkin nama ayah Tuan Haris. Aku cuba menganalisa sendiri. Pada mulanya aku sangkakan Haris Farihin merupakan nama penuh bagi pemilik Firma ini.
Bilik yang sejuk dengan penghawa dingin, tidak dapat menyejukkan perasaanku yang gelisah. Tok tok tok. Pintu bilik Tuan Haris dikuak. Muncul satu susuk yang amatku kenali.
Asyraff memandangku dengan riak wajah yang cukup tenang. Aku pula, terasa hatiku bagai di siat-siat apabila melihat wajahnya yang begitu tenang ketika melihatku. Tidak berkocak langsungkah perasaannya ketika ini?
“Aizat, abi nak kamu pantau Insyirah dalam tempoh latihannya.” Terang Tuan Haris. Asyraff sekadar mengangguk faham.
“Mari ikut saya” Ajak Asyraff dengan tenang.
Sebelum melangkah, aku sempat mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haris dan berlalu meninggalnya.
Share this novel