Bab 12

Action Series 8015

Setelah Senrose menghantarkan sebuah gambar surat cuti yang ditangkap olehnya Senrose menghantar gambar itu pada Puan Hany.Setelah itu,dia telah mendapat keizinan dari majikannya untuk cuti sakit. Walaupun dia ditanya pelbagai soalan Senrose hanya membalas,nanti saya cerita pada Puan.Itu sahaja yang dibalasnya.Nasiblah Puannya itu seorang yang memahami,tidak memaksanya dan hanya memberi balasan. Baiklah,awak rehatlah secukupnya apa-apa beritahu pada saya.Nasib baiklah Senrose mendapat majikan yang memahami.

Puan Hany Wulan sangat mengambil berat tentang pekerjanya dan sangat prihatin.Lagipun,kesemua hal tentang pekerja didalam rumah itu Puan Hany Wulan lah yang uruskan.Jadi apa-apa hal berkaitan dengan sakit atau sebarang cuti ,mereka haruslah berurusan dengan Puan Hany Wulan.

Senrose yang baru merebahkan tubuhnya ke atas tilamnya,mula tersedar kembali apabila telefonnya berdering-dering tanpa henti.Melihat sahaja nama yang tertera di skrin telefonnya itu,ialah Jakfeer dia hanya membiarkan telefonnya itu berdering tanpa diangkat.Ada sebab ke dia perlu menjawab panggilan itu?.Sekian lama dia baring sambil memejamkan matanya ,dia pun terlelap dalam ketiduran .

__________

"Gua nak minta maaf, itu kes semalam.Memang patut Lu ,kasi mampus itu budak"kata Aaron itu sambil menghembus beberapa kali asap kabus syisya dari mulutnya itu.

Shisha adalah kaedah lama untuk menghisap tembakau yang telah wujud sejak 400 tahun, Ia dipanggil dengan istilah yang berbeza seperti Narghile, Hookah, Hubble Bubble, Goza, Boori. dan Arghile di pelbagai negara di seluruh dunia.

Shisha direka dalam bentuk, warna dan saiz yang berbeza-beza. Struktur asas shisha terdiri daripada hos, gromet, badan dan mangkuk. Apa yang menjadi daya tarikannya adalah terdapat pelbagai jenis perisa tembakau shisha.

Sambung

Aaron ialah seorang gangster besar didalam kawasannya itu.Dia sungguh mengenali Ryan,kerana Ryan ialah salah seorang yang cuba membunuhnya.Jika bukan kerana Senrose yang menyelamatkan dia sudah tentu Ryan akan terus dengan niatnya untuk melibas pedang samurai ke heler dahulu.

Walaupun level dia sama paras dengan level Ryan.Dia tetap menghormati Ryan seperti level atasnya kerana walaupun level dia lebih tinggi dan konconya lebih ramai dari Ryan.Tetapi budak Ryan mempunyai kekuatan lebih dari 10 orang walaupun budaknya hanya seorang .Itu belum kira budak Ryan yang lebih 20 orang,sudah tentu mereka mati apabila bertarung dengan kumpulan Ryan itu.Pendek kata untuk Aaron menang jika berperang dengan Ryan sangatlah nipis.

Ryan,mempunyai lebih 20 orang konconya,tetapi hanya lima orang yang terbaik dan orang itu ialah Senrose,Sarah,Danish ,Daniel dan Kyra. Mengapa lebih wanita dari lelaki?kerana kerja mereka perlukan penggoda hawa nafsu untuk melalaikan pihak musuh dan sudah tentu wanita yang perlu menggoda untuk memasuki perangkap.Kerja mereka harus,diam .Bagaikan gunting didalam selimut kerja mereka itu.Untuk hilangkan jejak dan syak wangsangka mereka harus menyeluk masuk untuk mengenali mangsanya dan situasi itu seperti situasi Senrose yang cuba siap-siap membuat kerjanya.Selain itu,mereka tidak mahu ada kaitan dengan pihak polis atau pihak dari dunia luar.Oleh itu,mereka bersembunyikan identiti dan membuatkan musuh mereka mati kerana bunuh diri atau kesilapan diri sendiri,bukan penyebab dari mereka walaupun mereka yang membunuh.Ryan yang dari tadi hanya berdiam diri terus bersuara.

"Kalau Lu terima itu nasib budak Lu.Gua boleh senang ma.Tak perlu ,turun budak untuk fight"balas Ryan sempat dia mengangkat gelas yang diisi arak itu ,ke arah Aaron dihadapannya itu sambil matanya memandang ke arah Aaron itu dan keningnya diangkat sebelah.

"Betul! buat penat saja,sedangkan gua sudah tau.Siapa yang akan menang nanti"kata Aaron itu,dia juga turut mengangkat gelas araknya.Menunjukkan dia menyahut sapaan Ryan itu,untuk minum bersama.

"Sudahlah,gua mau balik.Sudah penat maa"kata Ryan sambil mengangkat punggungnya dan berlalu pergi.Dari belakang konco Aaron melangkah ke depan menuju ke arah Aaron.Lalu dia pun berkata pada Aaron.

"Yakuza dan Jackson ,budak paling Lu sayang.Takkan Lu diam saja? itu diaorang mati"kata dia dengan cukup sinis ,dari riak wajahnya cukup jelas ada yang dia belum puas hati atas kematian rakannya itu.

" T? hái bù zh?dào w? shì shéi " kata Aaron didalam bahasa Cina sambil bibirnya tersenyum sinis.Maksudnya ialah dia belum lagi,kenal siapa aku.

Konconya yang memang faham dengan bahasa itu, turut tersenyum sinis sambil tertawa kecil .
______

"Ish!!! Kenapa dia tak angkat-angkat ni"geram Jakfeer dibuatnya.

William dihadapannya sudah berkerut dahinya memandang tingkah sepupunya dihadapan dia itu.

"Kau dah kenapa?"soal William.

"Aku tengah call Lily lah!.Mama cakap dia sakit , sampai ambil cuti seminggu dua.Teruk betul sakit dia tu sampai nak kena ambil seminggu dua ,itu yang aku call nak tanya khabar "Kata Jakfeer ,dia masih cuba menelefon lagi.Buat yang entah keberapa.

"Sejak bila kau dengan maid kau pula ni.Jes kau nak letak mana?Jangan nak buat lupa pula,kau tu tunang orang"kata William,masih berasa aneh dengan Jakfeer. Sempat dia menghirup air didalam cawannya yang diisi air white coffee kegemarannya itu.

"Kau tahukan apa yang dah jadi pada aku sejak Jessica tu buat perangai?.Aku mula tutup hati aku pada semua perempuan ,termasuk Jessica juga.Selama beberapa tahun.Lepas tu ,Jessica datang balik dalam hidup aku dan dia masih buat lagi perangai dia tu!.Kau rasa aku masih ada hati lagi ke dengan dia?.Memang taklah!!.Tapi ,bila Lily datang dalam hidup aku,aku dapatkan hati aku berbunga-bunga,macam aku dah mula jatuh cinta semula."Cerita Jakfeer dengan terukir senyuman dibibirnya itu.Matanya merenung disatu sudut,sedang membayangkan setiap wajah Senrose,kadang sedang senyum kadang sedang berbual dengan dia.

Melihat senyuman sepupunya itu ,dia tahu apa yang dikatakan oleh Jakfeer itu benar.Dia cukup kenal siapa sepupu nya itu,baik atau jahat dia tahu bagaimana tingkah Jakfeer yang sebenar.Tapi kalau dah sampai sedang berbual dengan dia bukan dilamun cinta dah ni,ini dah macam gila bayang.Betullah yang dikatakan kekasihnya yang Jakfeer sudah dilamun cinta.

Mana taknya,sudah kecoh satu pejabat yang CEO City Setia sudah jatuh cinta ,yang menjadi teka teki adalah dengan siapakah boss mereka jatuh cinta?. Itulah menjadi perbualan topik terhangat mereka.

"Tapi Untie Hany sukakan dengan dia ke?"Soal William.

"Sebab dia tak tahu lagi perangai sebenar si Jessica tu.Sekarang memang mama sukakan Jes.Tunggulah nanti tembelang dah pecah,apa jadi pula"balas Jakfeer dengan terjelinng-jeling biji matanya ke atas.

"Kenapa ?dalam kepala otak kau sekarang sedang fikir yang kalu tembelang Jessica tu pecah,Untie Hany akan suka pada Lily?. Untie Hany sukakan Jes tau.Entah-entah dia maafkan je apa, yang kau pun satu kenapa tak cerita perangai si Jessica tu dekat Untie Hany?"kata Wiliam.

"Dah!.Tapi mama tak percaya.Percaya sungguh dia dekat Jessica tu walaupun perempuan tu dah banyak kali curang dengan anak dia ni pun dia tetap suka dekat perempuan tu,pening kepala aku"ngeluh Jakfeer,memikirkan nasib dia.Kadang-kadang dia terfikir yang mamanya dia kena bomoh ke apa?.Sampai cakap anak pun satu pun dia tidak percaya.

"Tapi ,kau tetap akan berkahwin dengan dia kan?.Eh!! bila aik majlis perkahwinan kau akan langsung?"soal Wiliam badannya ditegakkan semangat dia ingin mendengar balasan kawan dia tu.

"Lagi sebulan tak silap"balas Jakfeer ,endah tak endah sahaja.Malas dia ingin mengambil tahu hal itu,kesemua persiapan dia serahkan pada orang tuanya yang uruskan,dari awal-awal dia menolak cadangan keluarga mereka ingin satukan dia dengan Jessica ,tapi disebabkan ingin mengembangkan syarikat mereka orang tuanya terima tanpa jawapan dari dia.Cukup dia bengang dengan orang tuanya apabila dia dapat tahu orang tuanya membuat keputusan tanpa berbincang dengannya,tapi benda pun sudah hampir siap kelengkapan tidak mahu malu sekeluarga dia terimakan sahaja walaupun hati tidak rela.Orang tuanya juga memberitahu padanya sewaktu lagi tinggal dua bulan sahaja ,majlis ini dilangsungkan dan persiapan sudah siap 80% .Nak tak nak dia terpaksa,TERPAKSA!!.

Kadang-kadang serabut kepala Jakfeer,dia sudah besar tapi mengapa orang tua dia yang sering akan menguruskan kehidupannya?.Sampaikan hal perkahwinan dia pun dimasuk campur.

"Really?! wah cepat betul cousin aku nak jadi suami orang. HAHAHAHA... "kata Wiliam sambil tertawa,tapi tidak pada Jakfeer .Wajah Jakfeer bermasam sahaja .Seperti tiada perasaan.

Seketika kemudian ,keadaan menjadi sunyi Jakfeer dilamun renungan .Tiba-tiba hatinya menjadi keraguan apabila teringat yang majlis kahwinnya memang benar tinggal sebulan.Manakala ,Wiliam pula teringat perbualan dia dengan kekasihnya,dia teringat akan cerita yang diceritakan oleh kekasihnya itu.

Dipejabat

"Kau tahu siapa yang dia jatuh hati tu?"soal makcik bawang no.1,sambil tangannya ditutup sisi mulutnya apabila di telinga kawannya itu.

Supaya tiada siapa yang agak apa yang dikatakan melalui bisikannya dan rakannya dengan melihat pergerakkan bibirnya.Sedangkan orang pun tahu apa yang dia katakan dengan suara yang cukup kuat itu,entah apalah gunanya dia menutup sisi mulutnya itu kalau suara kalah speaker.Rakan disebelah sudah menayang wajah teruja dan semangat.Semangat demi membawang,katakan.

"Tak! kau tahu ke?"soal rakannya itu a.k.a makcik bawang no.2.Suara hampir deras didengar,teruja katakan.

"Entah-entah ,Perempuan baru tu tak"balas makcik bawang no.1 itu. Dengan riak muka yang seronok betul,menceritakan hal peribadi orang.Sedangkan dia hanyalah seorang pekerja makan gaji sahaja,buat kerja sendiri sudahlah.Ini hal segala mak nenek orang ingin dia selidik dengan teliti dan menyebarkan berita yang dia kumpulkan itu alih-alih ceritanya semua itu ialah bukan betul sangat pun.

"Kalau itu aku pun tahu ,ish!. Aku rasalah ,perempuan tu mesti orang yang selalu berada dengan boss.Selain ,Jessica tu."balasnya,muka nya nampak sangat penuh keyakinan dengan tekaannya itu.

"Entah-entah,perempuan baru masuk tu!"Kata makcik bawang no.1 itu dengan penuh teruja dengan tekaannya itu.

"perempuan baru mana pula ni? Bukan Cik Betty je ke yang pekerja baru tu.Yang kau cakap ni siapa pula.Asal aku tak tahu pun?"soal rakannya itu,makcik bawang no.2.Wajahnya berkerut dahi,memikirkan dalam ingatanya .Siapa perempuan baru masuk itu?.Wajahnya ada sedikit kecewa.Satu,kecewa kerana bukan dia terlebih tahu dari rakannya.Kedua,dia betul-betul tidak ingst siapa yang dikatakan oleh rakannya itu.

"Memanglah kau tak tahu,sebab kau tak masuk kerja hari itu.Dia perempuan baru, bahagian bawahan Cik Dayang.Dia hot gila ,kau tahu?. Body tiptop! dan walaupun baru masuk tapi sudah menjadi kesayangan Cik Dayang,kau tahu? pergi ke mana mana berdua,luch together kau tahu?. Balik pun kadang-kadang bersama-sama"kata makcik bawang no.1 itu dengan penuh keyakinan diwajahnya apabila dia bercerita ,sambil tangannya dikipas-kipasnya angin di bahu rakannya itu apabila bercerita ,seperti menampar pun ada.Tampar anginlah kut.

"Wah!!! sensasi sungguh ni!!.Then?" soal rakannya itu,makcik bawang no.2,mukanya sungguh teruja mendengar cerita kawannya itu,biasalah berita baru didengarnya. Kerusinya dirapatkan sedikit ke sebelah dekat dengan rakannya itu,makcik bawang no.1.

"iye.Kalau kau nak tahu..."

PANG!!

Satu hempasan fail di hadapan meja ,makcik bawang no.1 itu.Terkejut mereka berdua.Terkalih wajah mereka berdua memandang gelaran dihadapan mereka itu,tambah terkejut mereka apabila melihat gelaran dihadapan mereka itu.Sehingga tidak tersedar sahaja roh mereka,seolah-olah ingin merebah jatuh kebumi,nasib mereka berdua duduk dikerusi sahaja.Adalah yang menyokong badan mereka dari rebah.Serta-merta jantung seperti terhenti dan berdegup laju.Badan mereka serta merta duduk tegak.

'MAMPUS!!' jerit kata itu didalam hati mereka berdua.

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience