"Kenapa aku call kau, satu pun kau tak jawab?!"sergah Jakfeer,tepat .Apabila Senrose baru sahaja mengangkat telefon itu.Senrose terkejut dengan sergahan itu,hampir sahaja telefon dicampaknya tadi.Nasiblah dia sempat tersedar yang dia ingin campak itu ialah telefonnya ,jika tidak mesti menyesal.
"Awak ni dah kenapa call saya tengah-tengah malam ni?" kata Senrose,ia baru habis mengemas rumahnya selepas parti sambutan hari lahirnya tadi,baru sahaja dia ingin merebahkan tubuhnya di atas katil.Telefonnya sudah berdering bergema satu ruang biliknya itu.Dia ingat itu panggilan dari Ryan rupanya dari Jakfeer. Silap besar dia tidak melihat nama di skrin telefonnya itu terlebih dahulu,kan dah bernasib sekarang.
"Aku call kau sebab aku nak tanyalah khabar kau,apa yang kau bengap sangat? kau ingat sebab apa?.Aku teringin sangat nak call kau?.Ke kau ingat aku rindu kau? Ke kau ingat aku suka kau ke?.Hem!! lambat lagi" kata Jakfeer ,nadanya masih kuat di pendengaran Senrose.Senrose sudah menjauhkan sedikit telinganya dari telefon itu.
"Awak ni dah kenapa?call orang ,lepas tu nak sergah -sergah ni!!. Ingat saya ni pekak sangat ke?.By the way ,sejak bila saya cakap saya ingat awak rindu saya? Bila pula saya kata yang awak tu suka saya? eee! memang taklah!!. Perasannya,laahaii"balas Senrose,dari baring tubuhnya sudah bersila kakinya dan duduk tegak . Geram dia apabila mendengar kata-kata Jakfeer itu.Sungguh tidak berlapit.
"Iyelah!. Dah tak pandai nak angkat call ni dah kenapa? aku mesej pun tak jawab! call pun tak jawab..buat orang risau ,kau tahu?!"balas Jakfeer suaranya masih dikuatkan sedikit .
"Kenapa pula ,awak nak risau lebih-lebih ni?!. Saya kan dah minta keizinan dari Puan Hany untuk cuti,kenapa nak risau?!"kata Senrose.Dahinya sudah berlapis.Pelik dengan tingkah Jakfeer.
"Erm,aku risaulah.Salah ke?!! aku kan boss kau juga!.Aku kan majikan kau juga"Kata Jakfeer.Suaranya bernada perlahan.
"Saya tak sihat kan?! . Awak ingat ada masa pula ke ,saya nak main fhone ni ?!!."Sergah Senrose .
"Kau sakit apa?teruk ke?" soal Jakfeer,suaranya tiba-tiba menjadi diperlahankan dan lembut.Senrose sudah berkerut dahinya,makin pelik dia dengan sikap Jakfeer itu.Sekejap sergah-sergah ,ini lembut pula.
"Awak ni dah kenapa nak berlembut ni? tadi bukan main naik hantu.Pandai pula awak bersuara lembut kan ,?saya ingat awak ni spesies makan tebuan!"balas Senrose ,meluat dia dengan Jakfeer.Sungguh hipokrit.
"Dah tu nak aku cakap macam mana?.Sayang…. Sayang,okey tak?.Sakit ke? makan dah? makan ubat dah? MACAM TU?!!!" kata Jakfeer,dihujung kata sempat dia sergahnya Senrose semula.
"Eeeeeeeeee.... Jakfeer!!. awak dah kenapa?. gila? dah lah bye!"
"Eh!.Lily"
Terdengar suara Jakfeer yang memanggil nama palsu Senrose itu sebelum dimatikan talian oleh Senrose.Senrose melepaskan nafas berat,badannya direbahkan semula ke atas katil,seketika kemudian terlelap dia dibuai mimpi.Otaknya menjadi tanda tanya memikirkan tentang tadi.
“Dia dah kenapa?kena sampuk ke?gila?”kata Senrose perlahan yang hanya boleh didengari oleh dia sahaja.Kepalanya digeleng-geleng sambil memejamkan mata,sedaya upaya membuangkan fikirannya yang memikirkan keanehan si Jakfeer tadi sebelum dia memejamkan mata dan tidur dengan nyenyak.
________
Di tempat Jakfeer pula.
"Nampaknya,lain yang dirancang lain pula yang jadi"kata seseorang dihadapannya,sekarang mereka berada didalam bilik Jakfeer,yang mempunyai ruang tidur ruang berehat santai yang mempunyai televisyen dan ruang pejabat kecil Jakfeer dan sekarang mereka di pejabat kecil itu.
"Apa maksud kau?"soal Jakfeer itu,sambil menjeling-jeling memandang lelaki itu.Lelaki itu ,turut tersenyum-senyum memandang jelingan Jakfeer itu.
"Aku kenal kau lebih kau kenal diri kau,kau dah jatuh cinta ni.Tak pernah tau nak tengok kau berbual macam tu,even kau bercinta dengan sorang entah mana perempuan itu pun kau takkan nak bersayang-sayang dan cakap macam tu bagailah" balas lelaki itu,sambil masih tersengih-sengih.
"Kau,kalau dah gila,beritahu jela.Senang aku nak hadle orang macam kau ni.Ini nak merapu dengan aku macam meminta aje kaki ni ,kan dah susah nanti..Kalau dah mendapat"kata Jakfeer.Tertawa-tawa lelaki itu mendengar kta Jakfeer itu.
"Jadi kau nak main-main je ke?"soal lelaki itu dengan wajah yang serius kembali.
"Kau gila. Plan is the plan,tak ada yang berubah.Bukan baru kita rancang ,benda ni dah lama kita rancang dengan Sam,bertahun lamanya kau tahu"balas Jakfeer.Wajah bertukar menjadi serius.
"Tapi,perasaan cinta ni kalau dia nak datang dia datang juga.Tanpa kau sedar cinta kau berputik.Hati-hati Jack,takut kau termakan diri nanti.Okeylah aku pergi dulu,dah lama aku duduk sini ni"kata lelaki itu,dia bangun dari duduknya dan berdiri menuju ke luar pintu masuk bilik Jakfeer itu.Jakfeer terdiam.Cuba memikir tentang kata-kata lelaki itu.Sebelum dia juga turut bangun .
"Baguslah kau nak pergi balik,tak elok tinggal lama-lama Emylia dekat rumah.Nanti risau”Kata Jakfeer mengekori lelaki itu.Sempat Jakfeer tersenyum-senyum.
"yelah kau"balas lelaki itu .Tersenyum dengan gurauan Jakfeer itu.
"Bye,Dien."kata Jakfeer sambil melambai-lambai lelaki itu pergi,atau nama sebenar dia ialah Dien.Dien pergi meninggalkan rumah itu.
______
"ARHHHH!!!! esok nak kena hadap kerja balik!!!"jerit Senrose diatas katil itu.Hari ini sudah hari terakhir dia akan berguling-guling atas katilnya sebelum dia masuk semula ke dalam rumah Tuan Johari Zain itu.
Awal-awal pagi lagi Salwa dan Tiara sudah merempuh masuk ke bilik Senrose,Dan memberitahunya yang ada konco Senrose ingin menjumpa dia diluar rumahnya,tetapi Senrose menyuruh mereka berdua untuk menjemput konconya itu masuk berjumpanya didalam rumah mereka dibalkoni yang bersebelahan dengan bilik Senrose itu.
Senrose yang masih lagi mamai ,dia bersiapkan dirinya dan keluar berjumpa dengan konconya itu.Keluar sahaja Senrose dari biliknya dia hampir terkejut melihat konconya yang datang itu,tidak disangka -sangka konco nan satu ini yang ingin berjumpa dengan dia.
"Kalau kau yang datang,mesti ada benda penting.So apahal ?"soal Senrose sambil duduk dikerusi dihadapan konconya itu ,sempat dia menyilang kedua-dua kakinya.
"memang"balas konconya itu ,iaitu seorang lelaki yang mempunyai paras wajah handsome dan bertubuh sasa.Dia ialah antara yang paling kacak dalam kumpulan mereka dan juga lelaki itu boleh bawahan Danish yang amat disayangi oleh Danish kerana sikapnya yang memang cekap,teliti dan profesional.Walaupun dia tu digilai oleh ramai wanita lagi-lagi disco malam , tetapi tiada sorang wanita pun dia membalas cinta jangan cakap cinta simpanan atau mainan pun dia tidak layan.
Sampaikan Senrose kadang-kadang mengelar lelaki itu ,suka sesama jenis,gay.Yelah! langsung tidak terdetik memandang wanita lain apatah lagi nak sentuh.
"Apa dia?" soal Senrose sambil mengeluh berat dilepaskan,wajah mennjadi ketat dan serius.Makin lama makin banyak pula masalah yang hadir selepas dia memegang tugasan Tuan Johari,naik serabut dia.
"Kalau ikutkan aku pun tak nak beritahu,sebab ini tidak melibatkan aku atau kerja aku tapi ini melibatkan kumpulan kitadan ya.Macam semua orang tahu ,jika Ryan 'tiada' kau orang yang sesuai untuk gantikan dia,kan?. Danish hantar aku untuk beritahu pada kau berita ni.Aku harap kau tidak teragak-agak dan tidak terburu-buru,benda ni pun kami baru tahu sedikit bukan sepenuhnya"kata lelaki itu.
"Steven,engkau kalau nak buat ayat jangan terlalu panjang.Kau tahu aku macam mana.aku bukan jenis nak dengar panjang-panjang ni baru the point ,kan?.Cerita terus jelah.Jangan buang masa aku"kata Senrose pada lelaki itu,iaitu Steven.
"fine!.Ada budak kita pergi undercover ,right?.Semasa dia berbual di dalam satu party,dia terdengar sebuah perbualan satu kelompok iaitu ada orang cuba untuk apa-apakan kumpulan kita"kata Steven.
"Bukan seorang dua yang nak jatuhkan kita kan? .Jadi? Apa yang nak di isukan?"soal Senrose ,pelik dengan apa yang diceritakan oleh Steven itu.
"Itu aku tak nafikan,salah. Tapi kali ini mereka bergabung untuk jatuhkan kita,nampak macam perang besarkali ni"kata Steven.
"Kalau dah macam,kita kena buat perjumpaan.Bukannya kau jumpa aku sorang"balas Senrose.Berkerut dahi Senrose.
"Itulah yang menjadi isu besarnya dan kali ni kita kena berhati-hati"kata Steven.Dengan penuh yakin dan serius.
"Apa maksud kau?"soal Senrose,pelbagai andaian dia terhadap kes kali ini.
"Ada budak kita yang macam tali barut "
Kata-kata Steven itu membawa kejutan pada Senrose dan pelbagai andaian.Hati Senrose makin tidak senang duduk.
BERSAMBUNG
Share this novel