Awal-awal pagi lagi Lily sudah bangun untuk menyiapkan kerjanya,kerana petang ini dia ingin keluar.Selepas mendapat keizinan majikannya itu.
Ketika dia sedang mengemas,tiba-tiba Jakfeer datang muncul dari tangga.
Perlahan-lahan dia turun dengan terjengkek-jengkek kakinya,menuju ke arah Lily.Hampir sampai sahaja dia kepada Lily.Tertiba ,Lily lebih pantas darinya.
"Tak payah awak nak sergah saya dari belakang kalau nak apa-apa cakap depan-depan,bukan belakang?"kata Lily yang masih menyapu sampah itu .Mukanya sudah bercuka apabila dia dapat rasakan kehadiran Jakfeer.
Teknik hendap adalah kepakarannya dari dahulu lagi dan kerana kelebihan nan satu inilah dia tercalon antara yang terbaik.Terkejut wajah Jakfeer pelik dia bagaimana Lily tahu yang itu ialah dia.
"Macam mana kau tahu ni aku?"soal Jakfeer sempat dia merebahkan punggungnya ke atas sofa yang berdekatan dengannya itu.
"Biarlah,rahsia"balas Lily sambil tersengih-sengih.
"Biarlah rahsia konon,eh!! kau pergi mana semalam? kau balik dengan siapa,semalam?" soal Jakfeer,sambil merenung sahaja Lily yang masih menyapu itu.
"kawan"balas sepatah Lily dengan wajah slumbernya itu.
"kawan?kau ada kawan ke?"soal Jakfeer,sambil matanya terlari-lari memandang ke atas lalu bibirnya diherot ke kiri.
"apa?ingat saya ni pendiam sangat ke ?sampai tak ada kawan?"soal Lily sempat dia menoleh memandang wajah Jakfeer yang sudah bengis itu.
"awak dah kenapa buat muka macam tu?"soal Lily ,sambil menjeling matanya sekejap pada Jakfer.
"Sebab suka"balas Jakfeer,matanya masih terlari-lari tidak memandang ke arah Lily.
"Dah selesai kerja saya.Bye"Kata Lily dengan wajah yang ceria,sempat mulutnya berkumat-kamit dengan nyanyian gembira sambil kakinya menari-nari kecil .Sambil tangannya itu masih memegang penyapu dan penyodok itu.
Jakeer yang melihat sudah mula tersenyum-senyum,sambil dia bangun dari baringnya.Sempat tangannya mencapai tangan Lily,tanpa dia sedar perbuatan dia itu telah membuat Lily semakin tidak seimbang dengan kakinya yang masih memijak ke tanah tidak betul itu.
Tiba-tiba Lily tersepak sesuatu di atas karpet itu, tubuhnya hampir jatuh tersungkur tetapi badannya seakan-akan tertarik semula sehingga dia tersembam ke sesuatu. Rupanya tangan Jakffer telah menyelamatkan Lily dari terus terjatuh,tersembam ke lantai.Tetapi lain tempat pula mukanya tersembam itu .
Apabila Lily membuka mata sahaja, dia sudah berada didalam pelukkan Jakfeer,mukanya tersembam ke dada bidang Jakfeer itu.Matanya serta-merta memandang ke atas,tepat ke mata Jakfeer.Dia dapat merasakan jantung Jakfeer yang berdegup laju itu.
Terdiam mereka berdua ,dalam keadaan begitu lagi.Mereka berdua sudah seperti patung tetapi bezanya mereka ini bernyawa sahaja. Sebelum.
"muka awak dari bawah,sejujurnya hodoh "kata Lily, sambil tersembur tawanya.Deras sekali sehingga bergema seluruh ruang itu.
"Kurang asam punya budak"kata Jakfeer,jari-jemarinya menggeletek perut Lily.Serta merta Lily bertukar menjadi ketawa terbahak-bahak.Mendengar sahaja Lily ketawa ,dia juga turut ketawa sehingga semakin kuat tawanya sehingga dia juga terbahak-bahak tawanya.
"erm! erm!" muncul satu suara di pintu utama rumah itu.
Terdengar suara itu Lily lekas membuka pelukkan Jakfeer dan terus berlari ke belakang,tanpa menoleh kebelakang untuk melihat siapa gelaran itu.
Jakfeer yang melihat Lily berlari itu sudah berkerut dahinya,tertoleh wajahnya ke arah belakang .
"patutlah"kata Jakfeer sambil mengusap wajahnya.
"ye" kata Jakfeer sambil merebahkan pungungnya ke sofa yang tadi dia duduk.
"Amboi you! siapa perempuan tu? who's she? I tak pernah tengok pun dia"kata perempuan itu dengan wajahnya menjadi serius.Kening terangkat sebelah,sesekali matanya berlari-lari mencari perempuan yang dia maksudkan itu iaitu Lily atau sebenarnya Senrose.
"ke dia mangsa you pula pelacur pula ke test you?"kata perempuan itu mukanya sangatlah bengis dan begitu marah ,apabila melihat tunangnya itu dengan perempuan lagi.
"she's my maid.BUKAN PELACUR!! watch your mooth!! Jessica"jerkah Jakfeer.
Untung tiada siapa dirumah jika tidak mesti sudah riuh ruang tamu itu ,dengan pelbagai pertanyaan sambil melihat aksi wayang ini.
"Habis kalau bukan dia tergedik-gedik dengan you,apa nama nya? dia tak tahu ke you tu tunang I? ke you yang bawa dia ke rumah you ni?.Nasib i datang awal, kalau tak dah habis dekat ruang tamu masuk bilik pula lepas tu" Kata Jessica .
Berdiri terus Jakfeer,dia sudah seperti tidak tahan lagi dengan kata-kata tunangnya itu.
"Jessica!!" Jerkah Jakfeer sambil berdiri dari duduknya.
"apa?!! hey! you dengar sini,bukan sekali dua I dengar mulut orang yang you dengan betina tu.Banyak kali, You ingat i tak reti malu ke?bila orang tanya siapa perempuan dengan Jakfeer itu YOU RASA I NAK JAWAB APA?!!!! you jangan malu kan I tau. Amboi bukan main you,kan.Test pelbagai rasa"kata Jessica yang sudah seperti naik hantu itu.
"Ada baiknya you balik sebelum terbalik rumah ni nanti,baik you balik BALIK!!!"jerkah Jakfeer,sempat dia manarik tangan Jassica sehingga ke pintu utama itu.
"eee, you ni dah kenapa?!.Disebabkan perempuan tu,you sanggup halau I ,kan?!"kata Jessica sambil menepis tangan Jakfeer.
"You lebih tahu,jawapannya apa!!"kata Jakfeer sambil menutup pintu utama itu.
Jessica sudah menghentak-hentak kakinya berkali-kali sebelum dia melepaskan nafas berat dan berlalu pergi dengan hati yang membara.
Lily yang menjadi penonton hanya berdiam diri apabila melihat 'wayang' dihadapan matanya itu sudah tamat.Lekas dia menuju ke biliknya itu untuk bersiap.Makin tergesa-gesa dia apabila melihat jam ternyata dia sudah lewat.
___________________________________
Jakfeer yang dibalkoni ,sudah berkerut dahinya.Pelik dengan sebuah kereta yang sedang parking di rumah jirannya yang kosong tiada penghuni itu.
'Setahu aku , mana ada orang dekat depan rumah ni datang mana kereta ni'bisik hati Jakfeer,dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena.
Mata yang tertumpu pula pada Lily yang baru sahaja keluar dari pagar itu.Lily belari anak menuju ke kereta itu.Semakin pelik Jakfeer yang melihat.Dari duduk berehat ,tubuhnya terus berdiri tegak.
'Kenapa dia pergi ke kereta tu?takkan tu kereta dia ,kut. Audi R8 tu kereta dia ke?!!' hati nya seakan-akan sudah terhenti seketika.Pelbagai soalan bermain dimindanya sekarang.
Tambah terkejut dia apabila ,Lily yang bawa kereta itu.
Muka Jakfeer sudah berkedut seribu ,apabila dia sudah aneh dengan identiti sebenar Lily itu.
________________________________________
"Jadi ,ada kau dapat barang yang aku nak?"soal Ryan sambil menjamah hidangannya itu.
Apabila disini dia bukanlah Lily,tetapi menggunakan namanya sendiri iaitu , Senrose.
"Aku masih lagi mencari jangan risau nanti aku pasti akan jumpa juga"kata Senrose dengan memberi seribu harapan agar Ryan dapat mempercayai kata-katanya.
"baik!.Aku bagi kau.seminggu lagi,itu pun dah cukup lewat dah kau faham?"kata Ryan.
"faham tapi takkan itu je sebab kau panggil aku ni?" kata Senrose,sambil berwajah curiga.
"Kau kenal,Jessica?takkan kau tak kenal dia pulakan?"kata Ryan,sempat dia memelingkan kepalanya ke arah Senrose.
Senrose sudah ,pelik dengan soalan Ryan itu.
"Kenapa dengan dia?"soal semula Senrose kepada boss nya itu.
"Kau kena tahu siapa dia sebenarnya"balas Ryan.
"Apa maksud kau?"Soal Senrose dengan wajah tertanya-tanya.
"Kalau kau cari dengan betul siapa Jessica,maybe kau akan tahu sendiri itukan kelebihan kau?"kata Ryan dengan bibirnya menjadi sinis.
Terlari-lari mata Senrose, iya.Dia dikenali cik serba tahu.Dia lebih tahu dahulu dari orang lain,tetapi kali ni dia terlebih ambil kerja pula sebagai maid sehingga dia lupa tentang kerjanya itu.Kakinya melangkah keluar dari ruang makan itu.
Otaknya semakin semak dengan semua benda ini,semakin dia memikirkan ia ,semakin dia pening kepala.Kepalanya seperti pusat menyimpan rak-rak sebuah cip ,yang disusuni oleh cip yang penuh dengan tugasan.Oleh sebab itu ,lebih baik dia merehatkan dirinya dengan sesuatu yang dia memang menghabiskan masa .Lekas dia membawa dirinya keluar dari itu.
Dia membawa keretanya meluncuri di atas jalan raya sehingga sampai ke sebuah club malam. Dia ingin menenangkan hatinya disana.
Tetapi lain pula yang terjadi.Sewaktu Senrose minuman alkohol nya itu,ada seorang lelaki dengan diikuti dua orang lelaki dibelakangnya. menuju ke arah Senrose.
"senrose! wah wah wahhh.Baru sekarang aku nampak kau"kata lelaki itu..
"oh kau"balas senrose,sambil mukanya sudah tidak larat lagi hendak meneguk air ditangannya itu.
"eh! senrose,kau okey ke tidak"tanya lelaki itu,dia sempat menepukkan bahu Senrose.Tetapi senrose tiba-tiba rebah kepalanya di atas meja itu,tubuh Senrose sudah lembik apabila dipereksa oleh lelaki itu rupanya Senrose sudah tidak sedarkan diri .
Konconya ,telah ingin mengangkat Senrose tetapi dihalang oleh lelaki itu.
"Kau nak buat apa?" soal lelaki itu pada kedua-dua konconya itu,wajahnya sudah curiga dengan konconya.Sempat tangannya menghalang konconya itu dari melangkah ke arah Senrose itu.
"Lah boss! bawa dia pergi 'tidur' dengan kita la.Boss ni ,macam tak biasa pula.Ini habuan elok ni boss"kata konconya itu sambil tersengih-sengih,nafsunya sudah ingin mencucut langit . Apatah lagi melihat tubuh seksi Senrose yang terdedah sana sini dan ketat itu ,sunggup nafsu mereka tercungap-cungap ke atas.
"betul,tu boss. Takkan boss nak tolak rezeki"kata seorang lagi konconya itu sambil tersenyum-senyum,nafsunya juga sudah tidak sabar takkan dia lepaskan rezeki didepannya itu.
Tiba-tiba lelaki itu ,berubah riak wajahnya .Mukanya sudah menjadi ketat dan serius apabila mendengar kata-kata konconya itu.
"SIAL!! Engkau kalau nak mati ,silakanlah.Otak bodoh!!! korang tak terfikir ke,kenapa aku baik dengan dia,hah bodoh?!!.Kau kenal Ryan,kan? sebelum nyawa kau hilang jasad kau dia siat-siat dulu.Silap-silap 'adik' kau dekat bawah tu dia potong hidup-hidup bagi kau merana baru nyawa kau mampus!! masa tu kau baru kenal siapa Ryan"kata lelaki boss mereka berdua itu,sebelum dia pergi meninggalkan konconya.
Mendengar sahaja kata bossnya itu,air liur mereka seakan-akan tersekat diterongkong mereka itu. Wajah mereka terus berubah menjadi pucat ,mereka memandang sesama sendiri.Jadi ,betullah apa yang mereka pernah dengar tentang Ryan.
"oiii!!!"jerit satu suara ke arah mereka ,tertoleh wajah mereka berdua pada arah itu.Alangkah terkejut nya mereka,orang yang baru disebut namanya sudah munculkan diri.
Wajah mereka bertambah cuak dan pucat ,apabila orang itu tiba dengan wajah yang bengis seakan-akan ingin membunuh orang ,tambah cuak mereka apabila terpandang belakang orang itu diikuti oleh konconya yang sudah memandang mereka .
BERSAMBUNG.
Wajah miang dia lemparkan.Langkah sungguh menggoda setapak demi setapak.Pinggang dipeluknya.bibir bawah digigitnya.Menaikkan nafsu pada kucing jantan.
Share this novel