Bab 11

Action Series 8015

Kau beritahu aku sekarang ,apa dah jadi ni"geram Tiara,inilah paling teruk luka Senrose yang dia pernah dia rawat sebelum ini.Sebelum ini hanya terseliuh dan luka cedera kecil sahaja seperti lebam dan terhiris sedikit.Kali ini dah macam highway dia punya tertoreh tu.

"Macam ni cerita dia.Aku sakit kepala sangat waktu aku belasahnya diaorang tu,tup-tup tak sedar diaorang dah rampas pisau aku dan terus nak tikam aku.Tapi nasib aku elak.Masa tengah elak tu lah,aku terkena tu.Itu yang jauh sangat penamatnya ni"cerita ringkas Senrose dengan pantas perceritaannya itu.Pendek,ringkas,terliti dan ringkas.

Lagipun Senrose terasa dirinya masih tidak larat hendak bercerita panjang lebar.Pada Tiara yang akan banyak soalan keluar dari mulut gadis itu.Tengoklh sekarang,dirinya baru sahaja sedar Tiara sudah menyerbu dia untuk membuka buku cerita kisah tadi.Nasib dia tidaklah terlalu penat,jadi bolehlah dia hendak layan perangai Tiara dan menceritakan kisah tadi.Kalau tidak alamaklum takkan dia buka cerita sekarang,baik dia tidur je.

"Kali ni ,kes apa pula?"soal Tiara yang sedang memotong buah pada Senrose.Senrose berada disatu bilik khas untuk Senrose sendiri.Disebabkan lukanya parah Tiara sudah memberitahunya yang dia akan ditahan dan akan dipantau oleh Kak Dian,pembantu Tiara.

"Semalam kepala aku serabut sangat,jadi aku pergilah clubbing.Waktu dekat clubbing aku minum banyak dan aku separuh tidak sedarkan diri dekat sana.Nak dipendekkan cerita ada dua orang mamat ni ,budak si Aaron diaorang cuba buat 'sesuatu' pada aku.Kebetulan pula kawan Soffya ada dekat situ jadi dia call Soffya dan dia beritahu Soffya yang aku kena kacau dekat clubbing tu .Jadi Soffya suruhlah Ryan datang selamatkan aku.Tapi lain pula jadi,dua orang lelaki tu dah nak sentuh aku Ryan mengamuklah.Bila aku sedar ,pagi tadi.Aku di villa Ryan dan keadaan aku sangat-sangatlah sakit kepala.Pening ni sampai aku lupa apa dah jadi pada aku.

Soffya yang ceritakan semuanya dekat aku apa yang dah jadi masa tu.Aku bila dengar ,apalagi, bengang dan baranlah.Aku hilang pertimbangan aku belasahlah diaorang.Ryan pula memang dah kurung diaorang memang menempah maut dengan aku so aku steal lah diaorang.Asalnya aku nak belasah aja.Masa pum pang pum pang tu lah aku terkena ni.Bila aku dah kena toreh teruk ni.Lagi sakitlah hati aku, tak fikir nak belasah ke apa memang nak bagi mati terus aje. Sampai dua orang mamat tu dah tak bernyawa dan kesan yang aku dapat,nilah.Highway sampai siku."cerita Senrose,padanya dia sudah ceritakan dengan seringkasnya,tanpa dialog dan tidak keseluran kelakuaan dalam penceritaannya itu.Sungguh tekun Tiara mendengar.

Masih segar di ingatan Senrose apa terjadi ketika dia berada di dalam bilik kurungan itu.Ulang tayang sedang bermain difikirannya sekarang.

Senrose melihat sahaja ukuran jarak dua orang lelaki itu hampir dekat dengan Senrose lekas Senrose mengerakkan tubuhnya sehingga Senrose sudah berdiri di belakang lelaki tinggi itu dan memeluk tubuh lelaki tinggi itu dari arah belakang.Senrose menggenggam kedua-dua tangannya dan dengan menggunakan seluruh tenaga, Senrose mengangkat tubuh lelaki tinggi itu dan melemparkan tubuh lelaki itu secara terpusing kebelakang .Sekali gus ,kepala lelaki itu terhentak pada lantai itu.Teknik ini Senrose pelajari semasa dia belajar gusti dahulu.Melihat lelaki tinggi itu sudah tidak terdaya hendak berdiri membuatkan Senrose sedikit lega dia cara berlawannya.

Lelaki pendek yang menyaksi sudah tercengang dengan apa yang berlaku didepannya itu, dalam ketakutan dia sudah bersedia untuk menyerang Senrose.Senrose yang melihat lelaki itu,bersedia dengan kedudukan kekuda.Senrose tahu lelaki pendek itu pula ingin menyerangnya.Senrose lekas membuka silat cekak harimaunya itu,dengan pelbagai gaya dia membuka melihat sahaja 'pembukaan' Senrose itu dia sudah tahu yang wanita dihadapannya bukan sebarangan wanita yang pernah dia main-mainkan seperti wanita yang lain.Membuatkan dia tertelan beberapa kali air liur.Dia tahu,jika dia selamat sekali pun mesti dia akan terluka juga.Tidak patah mesti tergeliat atau jika kalh hanya satu sahaja terjadi padanya iaitu mati!.

Kedua-duanya sudah sedia dengan serang dari serang masing-masing, melihat lelaki pendek itu lambat untuk memulakan serangan Senrose menuju ke hadapan untuk memberi serangnya dia cuba menyerang dengan sebuah tendangan tetapi lelaki pendek itu pantas mengelak dengan menggerakkan tubuhnya kebelakang sebelum tiba-tiba kaki Senrose yang dari arah depan muncul ke dari arah sisinya.Tendangan Senrose menyebabkan dia hampir terpelanting jika dia tidak sempat berdiri betul.

Senrose melihat lelaki itu kebelakang ,peluang yang ada Senrose berlari laju menuju ke arah lelki pendek itu lalu diberinya beberapa kali tendangan .Satu peluang pun Senrose tidak memberi padanya untuk membalas semula.

Serta-merta tubuh lelaki itu tertolak kebelakang dengan kekuatan kaki Senrose itu menendang pada bahagian dadanya membuatkan lelaki pendek itu terduduk melutut.Lelaki itu dapat rasakan kekuatan tendangan Senrose,dadanya terasa sesak,sempit dan ngilu nafasnya tersekat-sekat untuk menghembus keluar akhirnya dia terbatuk beberapa kali dengan hanya sebuah tendangan Senrose pada dadanya sahaja.

Melihat helahnya sudah terkena,Senrose mengukir senyuman sinis pada bibirnya dia tidak memberikan lelaki itu rehat sekejap pun,selagi ada peluang dia akan menyerang.Senrose melangkah laju pada lelaki pendek itu ,dengan pantas kakinya ingin terbang ke kepala lelaki pendek itu.

Tiba-tiba ada satu pukulan yang terkena kakinya itu,sekali gus kakinya tersasar tendangannya itu.Senrose melihat gelaran itu,rupanya lelaki tinggi itu sudah sedarkan diri,dia cuba menghalang tendangan Senrose dari terkena rakannya tadi.

"Oh!,cik abang sudah sedar .Bagus!,mari kita bermain malam pertama kita.Adik dapat menjadi pelayan terbaik atau abang yang dapat berjumpa tuhan"kata Senrose dengan tersenyum .

Senrose berlari pantas ke atas mereka,manakala mereka berdua sudah sedia dengan serangan Senrose.Senrose cuba menendang bahagian tubuh lelaki tinggi itu dalam masa yang sama lelaki tinggi itu bersedia mencuba menepis dan memberikan tumbukan ke arah peruk Senrose tetapi itu ialah helah Senrose semata-mata. Senrose menarik semula tendangannya itu dan menukar arah ke bahagian kepala lelaki tinggi itu dan Senrose sempat mengelak serangan tumbukan lelaki tinggi itu.Serta-merta dalam sekelip mata lelaki itu sudah terbaring ke lantai dengan serangan helah Senrose.

Dalam masa yang sama,lelaki pendek itu,memberikan serangannya dengan libasan tendangan sisi pada tubuh Senrose tetapi Senrose lebih pantas,dia menepis sebelum dia menangkap kaki lelaki itu dan ditarik kaki lelaki itu lalu Senrose memusing-pusingkan tubuhnya bersama tubuh lelaki itu juga turut terpusing .Beberapa kali pusingan dilakukan sebelum Senrose membuka gengaman tangannya pada kaki lelaki itu serta-merta tubuh lelaki itu terbang terlempar sehingga ke dinding dan akhirnya jatuh terbaring.

Kedua- dua mereka ,sudah tidak bermaya lagi. Senrose masih tidak puas hati walaupun dia tercungap-cungap kepenatan dan lelah,dia pergi ke lelaki pendek itu yang masih sedarkan diri itu. Senrose menendang beberapa kali perut lelaki pendek itu.

Tiba-tiba ada satu tangan yang mencapai pisau kerambit milik Senrose yang terselit dibelakang Senrose.Kepala Senrose tiba-tiba berdenyut-denyut dan terasa sakit teramat sangat sehingga berkerut wajah Senrose kerana cuba menahan sakitnya itu.

Senrose menoleh wajahnya ke arah belakang,rupanya lelaki tinggi itu masih sedarkan diri dan dialah yang menyeluk dan mengambil pisau kerambit milik Senrose itu.

Lelaki itu melibas-libas tangannya yang menggenggam pisau kerambit itu ke arah Senrose,Senrose yang masih keadaan pening tetapi dia masih cuba mengelak tanpa dia sedar pisau itu terlibas ke tangannya Senrose pula tidak sempat untuk mengelak akibat kepalanya yang sakit itu,membuatkan Senrose tidak dapat fokus dan akhirnya tangannya sudah menitis-nitiskan darah yang mengalir pekat itu.

Senrose semakin marah dia menyerang lelaki tinggi itu dengan licah gerakkannya menyelit serang lelaki itu dan Senrose menepis kedua-dua tangan lelaki itu lalu Senrose menumbuk beberapa kali pada bahagian tubuh lelaki itu dengan tiga tempat bahagian iaitu tengah-tengah dahi dan dibahagian heler dan di jantung .Banyak kali Senrose menumbuk dengan sekuat tenangnya dibahagian-bahangian itu,sehingga lelaki itu tertolak kebelakang pun Senrose masih menyerang dan akhirnya lelaki itu jatuh dan tidak sedarkan diri.Senrose masih tidak puas hati, dia memijak bahagian sulit lelaki itu beberapa kali.Selagi hatinya tidak puas selagi itu dia memijak.

Akhirnya ,Senrose kepenatan dan dia berhenti.Tetapi dia lakukan benda yang sama pada lelaki pendek itu,Senrose memijak bahagian sulit lelaki itu beberapa kali sehingga dia puas hati dan akhirnya dia berhenti .Dada Senrose turun naik turun naik akibat mengahnya kepenatan.Senrose mencapai Jaketnya dan dikoyakkan sedikit kain itu ,menjadi sehelai kain yang panjang Senrose melilit tangannya yang luka itu dengan kain yang dipotongnya tadi untuk memberhentikan darah yang masih mengalir dan Senrose menuju ke pintu lalu diketuknya dengan beberapa kali sehingga menghasilkan sebuah irama iaitu lima kali ketuk tunggu sebentar dalam tiga saat dan diketuknya semula selama lima ketukkan.

Dengan itu pengawal pintu itu akan membuka.Itu ialah 'key' pada mereka untuk membuka pintu itu. Senrose keluar tanpa hiraukan Ryan yang memerhatinya begitu juga konconya.Tiba-tiba lamunan Senrose terheti apabila Tiara memotong dengan suara terjahnya itu .

"Oi!!..kau dengar tak aku cakap ni?”soal Tiara.

Senrose memicit dahinya,teringatkan kejadian tadi sehingga tidak sedar apa yang dikatakan Tiara tadi.

“Apa kau cakap tadi? Sorry,ulang balik please”balas Senrose.

“Kau jangan nak merayau pergi mana-mana pula,nah.surat cuti (mc),kau bagi pada majikan kau nanti dan terus balik.Rehat! nanti aku call Salwa untuk tengokkan kau dekat rumah nanti"pesan Tiara,sebelum Tiara keluar bilik itu untuk merawat pesakit lain.Tugasnya sebagai doktor klinik ini.Melihat Tiara sudah pergi .Senrose keluar dari klinik dan menuju ke keretanya semula.

___________

Matanya,setiasa memerhati pergerakkan Senrose itu.Seperti biasa dia akan melaporkan pada bossnya. Dia membuat panggilan dan melaporkan tentang seharian Senrose ,sebelum dia berlalu pergi .

BERSAMBUNG

pisau kerambit ditangannya dipusing pusingkan.Menyerang sesiapa yang cuba masuk menyerangnnya.licah mereka berlawan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience