Bab 16

Action Series 8015

"Kenapa kau ,syak wangsaka macam tu?"Soal Senrose.Keningnya bercantum dan kening sebelah diangkatnya.

"Kalau bukan dari cerita budak kita pun,aku dah syak lama dah”balas Steven dengan wajah tiada perasaaan.

“Cerita apa?”

“Budak kita cakap diaorang tahu segala pergerakan kita.Diaorang tahu Rose,yang kau ialah maid yang bekerja di rumah vila itu dan diaorang tahu juga segalanya tentang kumpulan kita.Kau cuba bayangkan ,macam mana diaorang tahu tentang Rio dan Jo yang menjadi mata-mata sedangkan diaorang bukan selalu tunjuk muka dengan kita.Boleh kira pakai jarilah kalau diaorang ada waktu meeting besar kita.Hanya orang tertentu tahu kewujudan mereka dalam group kita,kan?.Kau tak pelik ke?"cerita Steven dengn penuh keyakinan,dia kelihatan memang tidak puas hati tentang hal ini.Seolah-olah dia memang geram dengan si dalang itu.

"Macam mana kau tahu semua ni? siapa budak kita yang cerita tu?"soal Senrose .

"Raja,budak bawah Jijiy .Jijiy iaitu budak kanan Kyra. Dia beritahu aku kesemuanya.Aku mula-mula memang tak percaya,tapi bila Boy cakap yang dia ada terdengar juga berita ni,aku rasa ini bukan benda yang sepentas lalu punya berita.Ini adalah benar dan seperti sudah lama dirancang.Nampaknya diaorang dah lama target kita,tetapi hanya tunggu masa"balas Steven wajahnya dibawa keluar balkoni.Cuba meredakan kemarahan didalam hatinya.

Boy ialah rakan sekerja Steven.Mereka seperti belangkas ,meskipun mereka berdua tidak sama taraf kerana Boy hanya budak bawahannya tetapi disebabkan mereka terlalu rapat mereka seperti setaraf. Jijiy ,iaitu konco kanan Kyra.

"Kalau betul sekalipun semua ni,takkan aku nak tinggalkan undercover aku ?.Korang pun tahu,job ni paling besar dalam kumpulan kita. Aku esok dahlah nak kena masuk kerja penyamaran aku tu balik"kata Senrose,sambil otaknya masih memikir siapa yang boleh dia berikan tugasan ini.Konconya juga sedang jalankan tugas mencari maklumat tentang kenalan-kenalan Tuan Johari ini sambil itu mereka ada tugasan tersendiri.Tiba-tiba ,otak Senrose mendapat idea seperti ada sebuah mentol yang muncul tiba-tiba menyala di otaknya itu.

"Haaa!! aku ada idea.Apa kata setiap kumpulan perlu hantar wakil untuk cari siapa pembelot itu.Pasal orang yang perang dengan kita itu kemudian,Sebab tanpa pembelot ni mereka takkan tahu apa-apa lagi tentang kita.Faham?!"kata Senrose,dengan penuh yakin tentang idea nya ini.

"Baiklah! Kalau kau dah cakap macam tu.Macam semua orang tahu strategi kau memang menjadi.Jadi tak ada sebab untuk kami bantah.Nanti aku akakn sampaikan idea kau pada diaorang" balas Steven.

"Aku akan hantar Robert,memang dia tengah free sekarang.Maklumlah orang baru balik honeymoon. Kau tolong beritahu pada semua level 1, yang aku nak jumpa petang ni ,tak kira apa diaorang punya hal.Petang ni muka diaorang kena ada dekat sini,dah kau boleh berambus"arah Senrose,sambil memberi isyarat tangannya dengan gaya menghalu lalat sudah.

"Baiklah"Kata Steven dan berlalu pergi .Senrose hanya memandang bayangan Steven berlalu pergi sahaja.

Level 1,iaitu Senrose,Danish,Daniel,Sarah dan Kyra.Setiap mereka mempunyai konconya tersendiri,mereka haruslah ada pembantu kiri dan kanan ,a.k.a budak kiri kanan dan setiap budak kiri dan kanan harus miliki empat konco sahaja.

Memperkenalkan ,Kumpulan Senrose iaitu dibahagian budak kiri diketua oleh Robert.Robert mempunyai empat orang konco iaitu Tiger,Joker,Matdan dan Queen.Dibahagian budak kanan Senrose pula diketuai oleh Rudy dan konconya ialah Joker,Harley,Black dan Petter.

Mereka semua mempunyai misi tersendiri ,kebanyakkan mereka sedang menyelesaikan misi yang Senrose tertonggakkan kerana Ryan menyuruhnya menumpukan perhatian 100% pada misi Tuan Johari Zain ni.

Disebabkan Robert baru pulang dari cuti semalam ,dia telah memberikan kerja baharu kerana yang lain sibuk untuk menyelesaikan misi mereka.Ada yang menjadi mata-mata polis ada yang sedang menyamar untuk membunuh ketua kumpulan lain ada yang sedang menjatuhkan perniagaan dadah dan ganja kumpulan lain dan ada yang sedang berlakon untuk misi pembunuh upahan.

____

Jakfeer sudah mengurut beberapa kali batang hidungnya.Pening dia memikirkan hal perkahwinannya.Semakin hari semakin dekat ,walaupun hatinya tidak dekat pada Jessica lagi.

"You!.Cantik tak?!"Kata Jessica yang sudah meninggikan suaranya.Sempat dia menghempas kain baju pengantin dipakainya.

Wajah Jessica sudah menjadi singa betina jika marah kerana dia cuba memangil Jakfeer beberapa kali tetapi lelaki itu tetap dengan lelap matanya tanpa sedar Jessica sudah bengang dan geram kerana tidak hiraukan dia.Jessica dan Jakfeer berada di butik pengantin. Kalau ikutkan ,Puan Hany Wulan yang mengikut Jessica untuk mencuba baju pengantin tetapi Jakfeer pula yang menjadi penganti kerana Puan Hany Wulan last minit ada mesyuarat.

"Ha?! cantik!"kata Jakfeer,sedangkan dimatanya baju itu biasa-biasa sahaja. Dia seperti tiada perasaan apabila melihat Jessica yang sudah beria-ria memusingkan dirinya agar kain baju pengantin itu mengembang supaya lebih terserlah kecantikkan baju itu lalu dapat menunjukkan kecantikkan dan keserasiannya dengan baju itu.

"Really?! well ,you kena pilih okey.Yang mana lebih cantik.Yang ni ke atau yang ni yang cantik?"soal Jessica,ditangannya dipegangkan dua baju pengantin yang berlainan design.

Jakfeer ,memandang kedua-dua jenis baju pengantin itu yang disebelah kanan baju pengantin itu lebih seksi kerana ia lebih mendedahkan dibahagian dada lebih luas dan tiada kain di bahagian tangan dan kainnya lebih jarang manakala baju pengantin ditangan kiri Jessica lebih tertutup. Dibahagian dada ditutup sepenuhnya dan ada kain tali diatas bahu untuk menyokong baju pengantin itu. Tetapi didalam fikirannya ,dia tidak memikirkan yang mana-mana lebih sesuai dengan Jessica kerana otaknya seperti memikirkan sesuatu yang pasti bukan tentang Jessica atau perkahwinan ini.

"Ikut you lah "balas Jakfeer , dengan berwajah slumber bosan itu.Seperti tiada perasaan apa pun apabila memandang Jessica dan baju pengantin itu.Hatinya kosong.

"You ni kenapa?! dari awal kita keluar you layan i macam ni dah kenapa? dah macam tak ada perasaan je. I ada buat salah ke? kalau i ada buat salah ,beritahu i jelah "kata Jessica sambil merebahkan punggungnya disebelah Jakfeer itu.

"No ,i just..just...emm "

"What?!"

"I pening je,banyak yang i fikir sekarang"balas Jakfeer dengan lembut.Dia cuba menyembunyikan kata-kata jujurnya itu.sempat dia memejam matanya dan merebahkan kepalanya di kepala sofa itu.Jessica yang melihat,wajahnya sudah kesian melihat tunangnya.Wajah yang sungguh kepenatan ,tiba-tiba rasa bersalah dihati kerana mendesak Jakfeer menemaninya untuk membeli barang pengantin.

"Sayang, are ,okey?.What are you thinking?"Soal Jessica sambil mencapai tangan kiri Jakfeer yang dekat dengan tangannya.Setelah tangannya sudah diatas tangan Jakfeer,lalu dia menggenggam tangan Jakfeer itu sempat dia mengusap-usap tangan Jakfeer beberapa kali.Wajahnya penuh kasihan pada Jakfeer.Jakfeer sudah menarikkan tanganya kembali dari genggaman Jessica dengan perlahan-lahan.

"You dah selesai ke belum? i nak balik.Kepala i pening sangat ni"Kata Jakfeer,yang masih memejamkan matanya.

"okey,okey.You tunggu sini,i pergi tukat baju.Then i hantar you balik ,okey"Kata Jessica ,lalu dia pun bangun dari duduknya dan bergegas berlari ke fitting room dan menukar bajunya.Jakfeer sudah mengurut kepalanya beberapa kali sudah.Badannya terasa lemah sekali.Dia cuba bangun tetapi sekejap sahaja lepastu,badannya akan terasa lembik.

Akhirnya,Jessica terpaksa memapah Jakfeer sehingga ke kereta kerana Jakfeer hampir pitam dibutik tadi sewaktu mereka baru keluar dari butik itu. Jakfeer dan Jessica yang memandu kereta itu .Buat kali pertama dia yang memandu kereta kekasihnya itu. Walaupun berasa janggal dan kekok nak tak nak dia kena hantar Jakfeer pulang.

_________

"Boleh jadi orang yang khianat kita itu ialah orang yang dekat dengan kita maksud aku orang yang tahu semua benda dalam kumpulan kita."

Kata-kata Steven itu bagaikan suara bisikan di telinganya,suara itu kerap berulang apabila dia teringatkan tentang topik itu di kepalanya. Seakan-akan itulah petunjuk yang utama. Agak sukar Senrose ingin mengsyaki siapa dalang itu tetapi dia pasti dia akan dapat juga jawapan kesemua soalan yang belegar dikepalanya.

Kepalanya tiba-tiba menoleh pada tingkap apabila mendengar tangisan seorang budak dihadapan rumahnya itu,lekas kakinya melangkah menuju ke tingkap.Terhenti langkah Senrose apabila melihat anak jirannya yang sedang menangis apabila kucing kesayangnya mati dihapadannya.Senrose meneliti bangkai kucing yang sudah mula mengeras itu.Dari pandangan Senrose pada kucing itu ,dia dapat meneka tentang kucing itu dari memandang bulu kucing itu yang kusut mata kucing itu yang sudah dihurung lalat dan keadaan mulut kucing itu.

matanya seperti terkeluar sedikit,cecair darah yang keluar dari mulut sudah berbau dan tidak segar lagi.Itu pasal dihurung lalat .Senrose dapat agak kucing itu seperti baru mati dalam beberapa jam yang lepas dan dari kesan tubuh kucing itu seperti dialihkan selepas dilanggar.

Baru dia teringat akan gelaran nama kucing itu yang diberikan oleh jirannya iaitu,Jingga.Kerana bulu yang bewarna jingga dan berbulu lebat seperti kucing parsi yang mahal .Mereka sekeluarga sangat sayangi kucing itu .Setahu Senrose kucing itu sudah bertahun keluarga itu menjaganya ,kira-kira hampir 5 tahun .

"kesian"hanya itu yang terkeluar dari mulut Senrose,seketika kemudian ingatannya seperti berpusing dikepalanya.Melihat anak kecil itu menangis dia teringat akan dirinya yang bernasib seperti anak kecil itu.Tetapi berbeza jalan cerita.

Ingatannya mula bermain dikepalanya.

"Tengok!"jerit seorang budak perempuan sambil mengangkat seekor anak kucing didalam pelukkan tangannya itu.

"Wahhhh!. kita berjaya!!"jerit pula satu suara seorang budak perempun yang baru bangun dari bongkok tubuhnya itu.Mereka berdua seperti berusia lingkaungan kanak-kanak dalam usia sembilan atau mungkin sepuluh.

"Kau jaga dia tau,jaga dia baik-baik"kata seorang perempuan yang dari bongkok tubuhnya itu.

"Em!"balas budak perempuan itu sambil terangguk-angguk kepalanya yang memegang anak kucing itu .Sampai sahaja dia dipintu gerebang rumah banglo itu Dia cepat-cepat menyembunyikan anak kucing itu kedalam beg sekolahnya,sempat dia berkata pada kucing itu dengan meletakkan jari telunjuk dibibirnya.

"Shuhh!! diam.Nanti mama,papa ,abang tahu "katanya sambil memasukkan anak kucing itu kedalam begnya,lalu di zipkan beg itu tetapi tidak sepenuhnya.Hanya separuh .Sekadar memberikan anak kucing itu sedikit udara.Kakinya melangkah perlahan-lahan memasuki ruang rumah itu.Tiba-tiba.

"Oi.."

Satu suara dibelakangnya, tiba-tiba hatinya tidak tentu arah berdegup, orang itu dapat tahu ke yang dia menyembunyikan anak kucing itu?.Perlahan-lahan dia menoleh kebelakang.Mahu terhenti jantungnya melihat gelaran itu,separuh terkejut dibuatnya.

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience