Bab 20

Action Series 8015

Senrose mengambil angin malam dihalaman rumah majikannya itu.Sambil merebahkan tubuhnya bersebelahan dengan kolam itu.Nyaman sungguh dia rasakan.Senrose terasa hatinya seperti lapang dan tenang.Fikirannya kosong tiada apa yang dia fikirkan sekarang. Senrose menarik nafas dan menghembusnya perlahan-lahan.Mengnikmati setiap sedutan oksigen itu.Senrose dapat rasakan ,baru sekarang dia dapat merasakan nafasnya disedut dengan baik dalam keadaan tenang dan segar fikirannya.Tidak kelang kabut ,tidak tergesa-gesa dan tidak tercuri-curi nafas.

"Amboi..tenangnya orang tu.Hello,aimer "Singgah satu suara itu .

Dari matanya terpejam lekas terbuka laju sehingga luas biji matanya.Senrose melepaskan nafas berat.

"Siapa pula dah,aimer. Nama saya Lily lah. Aihhh..saya baru nak rasa nafas ni betul-betul ,tahu.Awak tahu apa? ni awak ni dah kenapa datang sini? "kata Senrose sambil tersenyum basi.Matanya dipejam semula,Baik pejam mata dari tengok wajah cicak ni.

"Ermm.. untunglah boleh berfas dengan seronok.Aku ni dah lah esok nak kahwin.aihh boleh sesak nafas aku dibuatnya sekarang.."balas Jakfeer sambil bercukanya wajah Jakfeer.Pelik  Senrose melihat wajahnya dari baring kini dia sudah terduduk bersila.

"Aik.Nak sedih-sedih ni dah kenapa? esok awak kahwin kan? bukan ke orang nak kahwin ni muka macam nak masuk syurga? senyum sampai ke telinga,sengih je memanjang.Orang kata apa? mandi tak basah,makan tak lalu tidur tak nyenyak kan? betul tak? buat serba-serbi hati tak duduk diamlah..Sebab tak sabar-sabar.."kata Senrose sambil tersengih-sengih.Sempat matanya terlari memandang wajah Jakfeer.

Jakfeer yang mendengar sudah terjeling-jeling matanya memandang Senrose.Jakfeer duduk bersebelahan dengan Senrose.Kini dia juga turut merendamkan kakinya kedalam kolam itu hanya sehingga paras bawah kepala lutut sahaja.

Senrose sudah berkerut dahinya melihat wajah Jakfeer yang tiba-tiba bermasam muka dan melari-larikan matanya menjeling-jeling sekejap mulutnya menjadi muncung kedepan dah macam mulut itik Senrose lihat.

"Awak ni dah kenapa? mulut macam tu ,mata macam tu ,muka macam tu.Bukan ke orang kalau berbual soal kahwin ni hati berbunga-bunga ,duduk tak betul .Sekejap alih sini sekejap alih sana.Lepas tu mulalah merah muka tu jadinya.Tapi awak ni ,muka dah macam nak bagi kaki,dah kenapa?"Kata Senrose,tersengih dia .Mahu sahaja dia tertawa kalau bukan disebabkan situasi tegang sekarang.

"Aku tak bersedialah nak kahwin.Aku kahwin dengan Jessica pun sebab Mummy.Mummy beria-ria nak aku kahwin dengan dia sedangkan Mummy tahu apa yang Jessica dah buat pada aku dulu.Mummy hanya cakap,lupakan kisah dulu berikan dia peluang kedua.But You know what,Jessica tak pernah berubah.Walaupun nak kahwin ,kawan aku selalu nampak dia keluar dengan lelaki lain siap berpelukkan ,dah lah tu .Ada sekali tu siap bercium-cium sebelum diaorang masuk satu bilik dalam hotel.Apa yang kau akan fikir bila dapat tahu kelakuan dia masa tu?apa yang  diaorang sedang buat masa tu?. Of course lah benda terkutuk tu,kan?.Takkanlah diaorang nak main tepuk amai-amai dalam bilik hotel?."

Senrose cuba menahan tawa.Mata dipejamkan sekejap sambil digigitnya lidah kuat-kuat agar tidak tersembur tawa itu.'Dalam serius ada kelakarnya' bisik hati Senrose.Mendengar Jakfeer kembali bercerita,Senrose membuka matanya semula dan memberi tumpuan sepenuhnya ada penceritaan Jakfeer.

"Bila aku cerita pada Mummy .Mummy tak percaya.Benda tu buat aku terkilan sampai sekarang.Aku jadi macam,really,Mummy?. I'm your son,kut.Makin lama makin aku tawar hati dan mati hati.Aku dapat rasakan yang aku dah tak ada perasaan lagi pada Jessica dan aku mula sukakan orang lain"Kata Jakfeer ,dihujung katanya sempat dia bercakap sambil menoleh memandang ke arah Senrose sambil tersenyum manis tetapi itu hanya sekejap sebelum dia memandang semula pada air kolam itu.

"Ohh...i see. So awak ada sukakan seseorang .Dah tu ,luahkan jelah dan kahwin dengan dia"kata Senrose dengan wajah slumber.Kata-katanya tidak tumpah kata rakan pada rakan karib.

"Kalaulah semudah tu kan tapi orang tu,suka ke pada saya? .Entah-entah dia benci pada saya .Yelah dia kan tak suka saya."kata Jakfeer. Sayu sahaja mukanya. Sedih.Wajah ditundukkan.

"Awak tak cuba mana awak tahu"Difikiran Senrose ,Jakfeer sedang bercakap tentang wanita lain.Hatinya terasa dihiris halus-halus.Kenapa?.

"Tapi tak sempat.Esok saya dah nak kahwin. Nak tak nak ,untuk menjaga maruah keluarga saya.Saya terpaksa lalui."kata Jakfeer.Pasrah.

"Walaupun hati tak ingin? sanggup awak korban hidup awak semata-mata benda yang bermakna ni.Sesekali kena fikir tentang keinginan hati.Nanti hidup merana .Tiada beza dengan orang yang berkorban tapi hati merana.Seolah-olah hidup tanpa jiwa"balas Senrose.

"Sebenarnya saya ,sukakan .."

"Alamak!.Puan suruh saya setrika baju untuk esok.Aduhhh..dahlah kena setrika sampai 10 kain .Arhhh!!!..baik buat sekarang.badan ni dah mula rasa malas ni"kata Senrose sambil meninggalkan Jakfeer dengan tergesa-gesa.

"sukakan awak..ermm..melepas lagi"Kata Jakfeer seorang diri.Kini dia membiarkan kakinya tergelam dalam air dan badannya direbahkan ke lantai .Tubuhnya separuh terbaring diluar kolam dan kakinya tergelam didalam kolam.

Matanya merenung bintang dilangit .Angin malam sungguh membawa ketengan .Sesuai untuk orang yang suka melayan perasaan dan ingin berfikiran tenang dan lapang.

'Kalaulah dia sedar yang aku ni macam nak gilakan dia.Aihhh!!'bisik hati Jakfeer.

____________________________________________________________________________

Jessica masuk ke bilik tidurnya,penat seharian pergi ke spa dan pusat kecantikkan.Esok ialah hari bahagianya.Mestilah kena cantik-cantik.Tubuhnya direbahkan keatas katil.Sempat nafas berat dilepaskan.Wajahnya tersenyum kerana keselesaan dapat baring diatas katil itu.

"ARHH!!!leganya.Tak sabarnya esok.Jakfeer you belong with me,sayang"sempat bibir diukir senyum yang berbunga-bunga.Gembira dihati tidak dapat  diungkapkakan.Teruja yang membuak-buak.Matanya dipindahkan pada syiling bilik itu.Rupanya Jessicca berada didalam satu bilik hotel.Jelas bilik itu dari setiap sudut dikonsepkan dengan penuh mewah.bilik air yang luas mempunyai tab mandi yang cukup besar.Mempunyai balkoni yang besar dan bilik tidur  yang luas. 

KNOCK! KNOCK!!

"Who's that?"soal Jessica,kakinya melangkah laju.Dalam hatinya berbunga-bunga.Dalam fikirannya itu mungkin Jakfeer yang datang sambil senyuman manis dicurahkan dengan bunga ditangan.Hatinya ceria,firasatnya berasa mungkin Jakfeer sudah terima mesej yang dihantar untuk datang ke bilik hotelnya.sekadar untuk makan malam bersama sempena hari terakhir bujang.

Buka sahaja pintu itu,terpampar satu tubuh dihadapannya.Tubuhnya sasa , memakai topi hitam yang menutupi separuh dan satu senyuman sinis dilemparkan.Sempat kepalanya dinaikkan.Mata lelaki itu bertembung dengan mata Jessica.

"Hallo,aimer. Cela fait longtemps qu'on ne s'est pas vu" Kata lelaki itu sambil melangkah kaki masuk melepasi pintu utama itu.Kini dia berada didalam bilik itu bersama Jessica.Jessica sudah berwajah cuak.Dia seolah-olah mengenali lelaki itu atau dia seperti faham kata lelaki itu.

Ya,bahasa French.Jessica membalas dengan mata terlari-lari dari bertetmbung mata dengan lelaki itu.Lelaki itu terus menyerbu ke arah Jessica lalu menutup wajah Jessica dengan satu kain guni.Jessica merongta-ronta untuk dilepaskan.Mulutnya ditutupkan dengan telapak tangan lelaki itu.

_______________________________________________________________

"Kak Suzan! kenapa kita kena ada dulang bagai ni?"soal Senrose dengan wajah yang berkerut pelik.

"Laaa.Mestilah kena ada dulang hantaran.Kan adat"balas Kak Suzan sambil tersenyum dan berlalu pergi meninggalkan Senrose yang masih tercengang.

"Adat? sekejap jangan cakap yang keluarga mereka ni orang melayu"teka Senrose dengan yakin.

"Kak Suzan!!"Jerit Senrose sambil berlari mendapatkan Kak Suzan.

"Apa lagi Lily.Akak sibuk ni"balas Kak Suzan tergesa-gesa.

"Sekejap,jawab satu soalan ni je"

"Apa?"

"Keluarga .Tuan. Johari .Zain.beragama .islam .ke?"Kata Senrose dengan sepatah-sepatah perkataan.

"Ya allah! Lily,dalam rumah ni semua beraga islam.Keluarga Tuan Johari Zain diaorang beraga islam ,nampak je diaorang tu macam muka mat saleh tapi agam diaorang agam islam.Ada apa-apa lagi ke?"soal Kak Suzan ,melihat sahaja gelenggan kepala Senrose kakinya lekas berlari anak meninggalkan Senrose yang masih tergamam.

"APA?!!"separuh terjerit Senrose ditangga rumah itu.

BERSAMBUNG.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience