Terlari-lari mata Senrose memandang persekitaran rumahnya setelah dia baru menjejakkan kaki setelah turun tangga.Matanya terhenti pada satu tempat iaitu diluar slinding door.Mempunyai sebuah kolam diluar itu.aKakinya menuju ke kolam itu .Terhenti di dipinggir kolam itu.
"Bosannya apa aku nak buat "kata Senrose seorang diri di tepi kolam itu.Jelas diwajahnya dia sungguh bosan.
'Nak buat kerja ,esok baru boleh buat kerja'bisik hatinya yang menolong dalaman itu.Sempat dia menghembus nafas berat.
Sempat dia mencelup separuh kakinya sehingga ke paras betis dimasukkan ke dalam kolah itu,sesekali dia mengoncangkan kakinya dan membuai-buaikan kakinya.
Tanpa dia sedar ada satu arus berjalan ke arahnya,tertiba..
"BOOMM!!!"Satu suara dengan perecik air kolam itu ,sehingga basah di sekeliling kolam itu.Hampir terkena Senrose nasib dia sempat elak.
"AAARRRHHHH....!! jerit Senrose sambil mengeluarkan kakinya dari dalam kolam itu dan dia berlari menuju ke satu pondok yang menghadap kolam itu.Tidak jauh kedudukan pondok itu dengan kolam.
Senrose cuba menenangkan dirinya dari terkejut tadi,sempat dia membelek pakaiannya risau dia jika basah dek terkena air kolam tadi.Senrose memandang pula dipersekitaran kolam itu ,meneliti penyebab dirinya sepperti sekarang.Berkerut dahinya apabila terdapang sesuatu.
"HAHAHAHAH....." tawa seseorang ,kedengaran dari arah kolam itu.
Berlapis dahi Senrose mendengar tawa itu.Sambil matanya mencari siapa yang ketawa itu.
" oi!" sergah Senrose pada seorang lelaki yang berada dalam kolam itu.
'muka dia macam aku pernah nampak,sekejap!. Dialah JOHAN! Anak bongsu Tuan Johari Zain.'bisik hati Senrose tatkala dia teringat pada satu gambar didalam fail yang Ryan bagi ,iaitu maklumat keluarga Tuan Johari Zain itu.
"HAHAHA... terkejut betul you ni,hey! maid baru ke ,you ni?" soal Johan sambil menuju ke tangga dan mendaki keluar dari kolam itu.Tatkala dia menjejak kaki didarat terserlah tubuhnya itu.Sungguh seksi dipandangan Senrose,dengan sasanya dan berbentuk.Senrose hampir tidak dapat kawal.Nasib ini bukan kali pertama dia melihat lelaki separuh bogel .Johari walaupun berusia 18 tahun tetapi tubuhnya sungguh bersasa dan menjaga tubuhnya.Dapat dilihat Senrose tubuhnya itu mempunyai six pack .Dengan memakai seluar pendek itu memberkan Senrose menelan air liur berkali-kali.
Nasib Senrose sempat tersedar.
"You? amboi..panggil akak,.Akak Sen.. eh! Akak Lily ,okey" kata Senrose,lupa sekejap nama samarannya itu.
"oh,Lily.Eh! Akak Lily.Bila Akak datang?" soalnya sambil menggosok kepalanya dengan tuala.
Senrose pula sudah terduduk bersila di atas pondok itu.
"Pagi tadi.." balas Senrose ,sambil merenung pada Johan.Dia cuba meneliti akan perangai Johan itu bagaimana.
"Amboi mata tu ,tengok macam nak terkeluar bijji mata, I tahu lah I ni ,hot,seksi,handsome ,bergaya dan sweet tapi janganlah tengok sampai macam itu.Malulah" kata Johan sambil menuju ke arah Senrose dan menolak kecil bahu Senrose. Sempat lagi dia tertawa kecil sambil tangannya dirapatkan ke mulutnya,seolah-olah gadis ayu sedang tertawa,Tapi kalau dia buat, bukan nampak ayu tapi nampak macam nak kena baling tendang!.
"Pe. Ra.San!!" Kata Senrose sebitir-sebutir suku kata itu,sambil dibuat muka meluat.
"eeee..,tak baik!"balas Johan.Baru dia ingin menolak bahu Senrose lagi,datang satu suara lagi.
"Johan!.."
Tertoleh muka mereka berdua pada satu suara itu,rupanya Jelita.Itu apa yang Senrose tahu berdasar kan gambar yang pernah dia teliti.
" ye,kak Jelita ku"kata Johan dengan suara yang menggoda.
"eyy..sotong basi ni"balas kakaknya Jelita, sambil berwajah geli-geliman pada panggilan si adik tadi.
Senrose yang melihat hanya tertawa basi-basi,sekadar menonjolkan dirinya.
" hahahah"tawa Johan,sambil berlalu masuk kedalam.
"oi!..Akak ada benda nak cakap lah"kata Jelita sambil cuba menarik perhatian adiknya untuk mendengar apa yang dia cuba sampaikan tetapi Johan tidak hiraukan dan terus berjalan .
" next time,okey!!"jerit Johan dari dalam rumah itu.
"hayla,budak ni"mengeluh Jelita dengan sikap adiknya itu. Kakinya melangkah menuju ke arah Senrose.
" Hey awak maid baru ,kan? nama apa?" tanya Julia sambil tersenyum manis pada Senrose,saling tidak tumpah senyumannya dengan emaknya,Puan Hany Wulan.
"sen..Lily! ya ! Lily!!" kata Senrose. Mukanya sudah cuak kerana hampir terkantoi nanti.
'ENGKAU DAH KENAPA,SENROSE?!!. TOLONGLAH INGAT NAMA KAU TU,LILY! LI. LIY!'jerit hati Senrose,bengang dia dengan dirinya.
" Lily?" tanya semula Julia sekadar ingin kepastian. Melihat anggukkan dari Senrose dia turut angguk dengan kepastian dirinya.
"Awak berasal dari mana? ceritalah sikit tentang awak, saya pun nak tahu"kata Julia sambil tersimpul-simpul ceria, ingin korek cerita katakan.
"oh! Nama saya Lily Johansson , umur saya 24tahun dan saya berasal dari rumah anak yatim dekat Selangor. saya sebatang kara dekat dunia ni." terang Lily sambil berwajah mencuka. Umur,nama keluarga dan berasal dirinya itu ialah benar ,namanya sahaja yang palsu.
Julia yang mendengar terasa hiba.
"i'm so sorry. Well ,kami dalam rumah ni layan maid macam family sendiri .Tapi kan,kira kita kembarlahkan ,yelah sebaya." kata Julia sambil tersengih-sengih.
"really? wahhh!!" kata Lily pura-pura terkejut .Entah mengapa dia berasa selesa bersama mereka didalam rumah ini.
" okeylah saya masuk dulu kalau apa-apa awak tak tahu ke minta tolong dengan kak Suzan okey,goodluck " kata Julia sambil berlalu pergi.
Lily hanya memandang Julia sehingga tiada bayang lagi.
__________
Penat badan Lily apabila membuat kerja rumah , lepas itu dia ditugaskan membantu pula Kak Suzan untuk masak di dapur kerana petang nanti Jakfeer akan pulang ,entah kenapa Lily tidak sabar akan kedatangan Jakfeer.
"Lily!! nanti cepat siap,teman kami pergi airport okey" singgah satu suara dari arah depan sempadan dapur.
"okey!"balas Lily sambil menyambung kerjanya dengan memotong lobak merah ditangannya itu.
'APASAL PULA AKU KENA IKUT!!!!' menjerit hati Lily.
' Aku tengah penat lelah ni ,nak kena ikut diaorang pula dah kenapa?!!!' geram sunguh hatinya,dia baru bercadang didalam kepala otak ingin rehatkan badan selepas kerjanya semua selesai tertiba ditambahkan lagi kerja diluar kerjanya pula.
______
"Dah siap?"soal Julia dihadapan pintu bilik Lily itu.
"dah!"balas Lily sepatah kata.
Mereka menuju ke sebuah kereta di khas untuk penghuni rumah itu, iaitu sebuahkereta Toyota Alphard.
Rupanya hanya mereka bertiga iaitu, Johan,Julia dan Lily sahaja.
Didalam kereta hanya ditemani dengan suara radio sahaja.Julia ialah pemandu manakala Johan sebuk dengan bermain games di telefonnya, sekali pandang games yang dimainnya itu ialah games yang paling hangat diserata dunia iaitu PUBG PlayerUnknown's Battlegrounds ("Medan Perang Pemain Awanama" disingkatkan PUBG). Manakalanya Lily pula sebuk membalas mesej daripada konco-konconya ,mereka cuba menyelesaikan kerja yang tertangguh yang diberikan oleh Ryan itu.
Melihat sahaja luar tingkap,Lily sudah tahu lambat lagi destinasi mereka ingin sampai.
Sempat dia terlelap sehingga dia tidak sedar mereka sudah sampai ke destinasi.
Sampai sahaja ke airport ,Julia cuba kejut Lily tapi Lily seperti separuh mati Senrose tidur membuatkan Julia berasa bersalah ingin kejutkan Senrose dari tidur.
" Lily! bangun .Kita dah sampai ni" kejut Julia dengan perlahan,tapi Lily masih dibuai mimpi.
Terkalih mata Julia pada adiknya pula,Johan. Sempat dia memberikan isyarat mata pada Johan yang Lily tidak sedarkan diri walaupun di kejutnya beberapa kali.
Johan menganggukkan kepalanya tanda faham akan isyarat mata itu.Perlahan-lahan mukanya didekatkan dengan Senrose dan mulutnya dirapatkan ke telinga Senrose,sebelum..
" KAK ! LILYYY!!! BANGUN!! " jerit Johan.
Terkejut Lily dari tidur sehingga dia hampir menaikkan tangannya ingin meliku kepala Johan.Tetapi nasib dia teringat akan lakonannya jika tidak,nahas kepala Johan dibuatnya.
"Akak,kita dah sampai" kata Johan dengan perlahan.Dia hampir terkejut apabila dia sempat melihat Senrose mengangkat tangan untuk meliku kepalanya.Sempat dia mengelak.
Mereka keluar dari kenderaan dan berjalan menuju masuk ke dalam airport itu. Julia ketika masuk sahaja terus dia mencari orang yang dia nantikan.
"KAK JULIAA!!" jerit satu suara dari arah hadapan mereka,jauh juga dari mereka bertiga .
Lily yang ternampak sosok manusia yang jerit tadi memanggil nama Julia terus tergamam Lily dibuatnya.
Lelaki dihadapan mereka itu berlari mendapatkan Julia dan Johan,manakala Lily sudah terkaku dibelakang mereka.
Tertoleh wajah lelaki itu pada Lily,dia juga turut terkejut sehingga tergamam juga.
pandangan mereka bersatu dengan satu tergamam,melihat masing-masing berdiri tegak dengan tubuh yang seperti patung kecana sudah. Julia dan Johan sudah terdiam melihat mereka berdua.
Sebelum kedua-dua mereka itu memberi pandangaan mata. Lily dan lelaki itu memberi isyarat mata atas bawah atas bawah dan terbuntangkan mata mereka ,menandakan bisikan didalam hati mereka sudah menjerit dengan satu perkataan.
'KAU!!!' bisik hati mereka berdua,Lily dan lelaki itu .
BERSAMBUNG.
Share this novel