bab 3

Action Series 8025

Sewaktu malam itu Senrose lekas menyiapkan dirinya ,dia ingin pergi membeli bajunya yang baru ketika dia berkerja sebagai maid nanti .Tetapi bagaimana dia ingin beli baju? .Bukan, maksud dia pakaian yang bagaimana dia hendak beli? .

"HA! aku ada idea" kata Senrose pada dirinya sendiri sambil dia memetikkan jarinya dengan menggunakan jari hantu disatukan pada ibu jari dan ditolaknya sehingga menghasilkan bunyi. Tik!

"Apa gunanya ada kawan betul tak? "kata Senrose sambil tersenyum bangga.Lekas kakinya berlari menuju ke ruang tamu.

"WEI!" Jerit Senrose,sehingga terkejut Salwa dan Tiara.

"OH, POCOT!!" latah Salwa dan Tiara serentak.Sebelum kedua-dua mreka menjeling ke arah Senrose.

"Ish! engkau dah kenapa?"geram Tiara dibuatnya.

"entah!"sokong Salwa sambil menjelingkan matanya tanda melulat dengan apa yang Senrose buat tadi.Muka dia macam nak tendang si Senrose je.

Senrose hanya tersengih sambil kakinya menuju melangkah ke arah rakanya itu.

"beb! korang kawan aku kan?" soal Senrose sambil memeluk tangan kiri Salwa.Sempat kepalanya direbahkan ke bahu Salwa itu.

"apa ke bodoh soalan kau ni!"geram Tiara sambil berkerut dahinya.

"entah!" sokong Salwa sambil menjongketkan bahunya kirinya ke atas, automatik kepala Senrose terangkat sekali.

" taklah,aku tanya aje.Kalau betul korang kawan aku,mesti korang akan tolong aku kan?" kata Senrose sambil memuncungkan bibirnya kedepan.

'
"Soalan kau macam sebelum ni aku dengan Sal,tak tolong kau kan?" balas Tiara.Kalau tak dikenangkan siapa Senrose ,mesti Tiara dah tampar pipi Senrose sampai bengkak agaknya.

" engkau ,orang nak tengok movie time nilah kau nak bertanya soalan merepek kau tukan? macam tak ada hari lain" kata Salwa.

" ish!! jawablah..korang akan tolong aku kan?"kata Senrose.Dirinya seperti budak kecil tidak dapat apa yang dia nak .Tapi memang pun.Cuma Senrose versi dewasa.

" iyelah!! Senrose oi!! kalau tak ,tak adanya kami ni nak tolong kau yang tak terbilang pertolongan kami ni dekat kau tu ,ha!!" balas Tiara.

" cantik! kalau macam tu jom!! Teman aku pergi shopping"kata Senrose sambil menarik tangan salwa ,sesekali dia manarik tangan Tiara pula.

:ha?! sekarang?"kata Tiara sambil merengek .

"why sekarang?!" merengek Salwa juga,mereka sudah seperti kucing yang sudah malas ingin berdiri sahaja.

"eh! tadi kata kawan? kawan kenalah teman kawan" kata Senrose sambil menarik tangan Salwa.

Tiara dan salwa ,nak tak nak kena turuti juga.Kehendak kawan katakan.

Mereka bertiga sudah siap sedia ingin berangkat.Mereka menuju ke Mall berdekatan sahaja ,melihat jam pun sudah lewat.Lagi beberapa jam sahaja Mall akan tutup dan akan dibuka keesokkan hari pula.

Malam ni Senrose tidur dirumah rakannya sengaja dia meninggalkan rumahnya setelah dia pasang pelbagai perangkap dirumahnya ,esok-esok jika orang itu datang lagi memang cari nahas dengan perangkap yang dipasang oleh Senrose itu lah jawabnya.

____________________________________

"Amacam baju ni okey tak?" soal Senrose sambil memandankan baju T-shirt hitam bercorakkan gambar tengkorak itu. Sempat dia berpusing-pusingkan badannya,viar nampak dirinya bergaya dengan baku itu dan menunjukkan badannya itu sesuai sungguh baju itu dengan tubuhnya.

Tiara dan salwa sudah bertepuk dahi, sempat Tiara mengeleng-gelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan.

"SENROSE!" sergah Salwa ,dari duduk terus dia berdiri sambil mencekak pinggang.Berkerut dahi Senrosee.

'Aku ada buat salah ke? ke baju ni yang tak sesuai?' bisik hati Senrose.Sempat membelek-belek baju itu dengan tubuhnya.

" Engkau nak berkerja maid ke kau nak pergi konsert rock? yang warna hitam dengan tengkorak ni "kata salwa.Mukanya seperti ingin menumbuk sahaja si Senrose ni.

" Entah!" sokong Tiara,kali ni dia pula yang berdiri sambil mengcekak pinggang.

"Apa korang ni? cantik apa, kan elok ni.Nampak hot hot, nampak ganas ganas gituww rawrr HAAHAHAH" kata Senrose sambil tangannya mengayakan harimau yang mahu mengap orang.

"TENGKORAK,KAU!!" jerkah Tiara,mata sudah dibesarkan dia.

"ish lah kau ni ,buat malu puak maid lah .Sudah! kau pergi cubapakai baju ni sekarang" kata Salwa sambil mencapai satu baju T-shirt yang dipilihnya tadi dan menghulur pada Senrose.

senrose malas ingin membantah lekas dia mencapai baju itu dan pergi ke fitting room.

Senrose berlari ke fitting room tanpa melihat kedepan,sebuk betul dia membelek baju yang dipilih Salwa itu.Kalau nak ikutkan hampir kesemua bajunya, Salwa dan Tiara yang pilihkan untuknya.Jadi itu sebablah mengapa dia tidak bantah memilih baju yang dipilih oleh Tiara dan Salwa.

BUKKKK!!!

"Aduhhhh!!" kata seorang lelaki dihadapan Senrose,sambil menggosok bahunya yang dilanggar oleh kepala Senrose.

"Adoi" Senrose juga turut menggosok dahinya yang terlanggar bahu lelaki itu.

"Cik ,are you okey?" soal lelaki itu ,sambil menundukkan kepalanya sedikit untuk memandang wajah gadis yang melanggarnya.

" ISH!! kau ni buta ke?" bengang Senrose,sakit dahinya .

'Aku ni terlanggar tiang ke dinding sebenarnya ni.Sakit betullah.Entah-entah dahi aku ni dah benjol pe.Arhh!!!.Mamat ni orang ke batu bata?'Menjerit hati Senrose,sakit ya amat dahi dia .

" Eh! Kau yang langgar aku,aku pula yang kena marah. Amboi amboi budak ni.Ini boleh mendatangkan marah " balas lelaki itu,yang sudah menjelingkan matanya pada Senrose.Bengang dia apabila bukan salahnya tetapi di tuduh dan dimarah pula seperti dia yang salah.

" EH!! kau yang "

" Wei ! asal ni? aku suruh kau pergi fitting room bukan 'open room' " datang Salwa dari belakang Senrose.

" Kepala otak kau!! ni! dinding batu bata bergerak ni cari gaduh dengan aku" balas Senrose sambil menjeling mata ke arah lelaki dihadapannya itu.

" HA?!! dinding batu bata bergerak? siapa pula ni?" kata Salwa ,sambil mencari-cari orang yang digelar Senrose itu.Tanpa dia sedar lelaki dihadapan Senrose itulah yang Senrose maksudkan .

" kau cari apa?" soal Senrose sambil menoleh kebelakang .Menghadapan Salwa dan Tiara .Dari wajah Senrose jelas yang dia sedang pelik melihat tingkah Salwa yang tercari-cari tu.

" aku cari dinding batu bata bergerak tulah,tapi dekat mana dia?" kata Salwa yang masih tercari-cari.

"Apa ke bengap sangat kau ni? mamat depan aku nilah aku maksudkan,eh mana dia?" tanya Senrose,dia juga tercari-cari lelaki yang baru dihadapan nya tadi. Baru je dia toleh memandang Salwa,dah hilang dah lelaki itu.

" Aik!! mamat mana pula ni?engkau ni hayal ke? Senrose!. Aku tahu kau kerja apa tapi takkan kau ambil benda tu juga Senrose!!! kau jangan main-main benda tu tak elok kau tahu tak? silap-silap kau jadi orang tak betul kang. Aku tak nak lag eng..."

" Apa kau merepek ni ,Salwa?! .Sejak bila pula aku ambil barang tu. Tak, tadi aku terlanggar sorang mamat ni tapi dia dah hilang." kata Senrose sambil berkeruk dahinya .Dia faham sangat apa yang dimaksudkan oleh Salwa itu dengan maksud 'benda' tu,mestilah benda yang dimaksudkan oleh Salwa tu ialah dadah,ganja,shabu dan adik-beradik spesis tu.

" oh,means tadilah kan? sekarang dah tak tadi lahkan? dia hilang dahlah kan? so tadi,tadilah kan, sekarang sekaranglah kan.So now,kau pergi fitting room sekarang!.Ada pula masa kau nak cari siapa lelaki tu pula. kau tengok jam sekarang pukul berapa? aku esok kerja tau " bebel Salwa sambil menolak tubuh Senrose menuju ke fitting room.

___________________________________________
"boss! aku rasa dia dah nak mulalah kerja dia tu.Apa patut kita lakukan?"soal lelaki itu,yang sering mengekori Senrose itu.

Terangguk-angguk kepalanya membalas setiap kata-kata dari boss nya itu.

' baik!!" balas dia ,sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Senrose,Salwa dan Tiara yang baru keluar dari sebuah kedai itu.

___________________________

Senrose menggantungkan baju yang baru dibelinya untuk dipakai esok hari.

Selepas itu ,dia merebahkan badannya di atas katil , matanya yang merenung syiling bumbungnya itu telah menghayunkan dirinya dari termenung.

" ermmm... esok semuanya akan berubahkan rutin harian aku,kacau betul.Dah tak pasal-pasal aku nak kena jadi maid.MAID!! ARHH!!!" merengek-rengek senrose sambil menguling-gulingkan badannya sehingga.

KEDEBUKK!!

"ADUHHHH!!" mahu patah sahaja belakang badan Senrose dia rasakan.Gulingannya membuatkan dia sehingga jatuh katil.

Matanya dipejamkan untuk menenangkan diri dan menahan sakitnya itu.

BERSAMBUNG....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience