Semakin dekat lelaki itu semakin Senrose dapat rasakan nafasnya semakin berat untuk dihirup.Dengan senyuman lelaki itu makin lama makin hampir dengan Lily. Jakfeer yang aneh dengan tingkah Lily yang serta-merta berwajah pucat apabila melihat lelaki itu menghampirinya ,lekas dia menolak sedikit bahu Lily.Sekadar menyedarkan Senrose dengan situasi ini.
"Lily?kau dah kenapa? kau kenal ke?"tanya Jakfeer yang masih memandang lelaki yang masih menuju ke arah mereka itu.Sekejap dia memandang pula ke arah Senrose yang masih berdiri tegak seperti patung.
"Entah!"jawab sepatah Lily sambil matanya masih memandang kehadiran lelaki itu.
'Apa.Aku.Nak.Buat.Niiii?!!'terjerit-jerit hati Senrose berkata.Otaknya ligat berputar sedaya-upaya berfikir apa yang harus dia lakukan ,sekarang.
"jom!!"kata Lily sambil membalas genggaman erat tangan Jakfeer dan menarik tangan Jakfeer mengikut langkahnya.Senrose melarikan dirinya sambil membawa Jakfeer sekali.
Jakfeer yang tidak tahu apa-apa hanya mengikutkan saja.Kakinya entah kenapa hanya mengikut larian Lily itu.
Berkerut dahi Jakfeer,cuba untuk memahami apa yang berlaku.Sehingga Lily tertiba berhenti disatu tempat,agak jauh dengan tempat yang mereka duduk tadi.
"Lily! kau ni dah kenapa?"soal Jakfeer yang termengah-mengah kepenatan berlari tadi.
'boleh tahan juga dia ni berlari.Laju betul.' bisik hati Jakfeer sambil mencuri-curi nafasnya.Dia rasa ingin muntah, apabila perutnya yang kosong itu tertiba berlari laju dengan jarak sikit tak jauh dengan tempatnya tadi.
"Eh! awak patut bersyukur tau saya bawa awak berlari ni.Kita kenalah amalkan gaya hidup sihat macam ni ,barulah tubuh badan kita ni sihat"balas Lily.
'Nasib baik,sempat. Amal gaya sihatlah sangat.Padahal aku nak lari dari si Roy tu'sempat harinya berbisik. Senrose juga termengah-mengah jadinya,sempat matanya tercari-cari lelaki tadi.Nasib sudah tiada.
"Kepala otak ,kau!.Tengah-tengah malam ni ,ada masa pula aku nak bergaya sihat pun!"balas Jakfeer sambil tangannya dinaikkan dan dilikunya kepala Lily.
"Yang kau larikan diri tadi dah kenapa?eh kau kenalkan lelaki tadi.Dia siapa?"Soal Jakfeer.Ada nada cemburu disitu.
'Ex dia ke yang berlari sampai tak cukup tanah ni..'bisik hati Jakfeer.Entah kenapa dia terasa hatinya seperti pedih apabila mengenangkan lelaki tadi jika pernah bertahta di hati Senrose.
"Aduhh!! awak ni dah kenapa?eh! awak tahu tak ,awak kena berterima kasih pada saya. yelah! kalau tak disebabkan saya bawa awak larikan diri tadi,entah-entah mata awak tu dah biru sebab awak kena belasah dengan ex saya tu,tau. Dia tu kalau belasah orang,mana ingat dunia."kata Lily sambil berwajahkan muka comfident,cuba yakinkan Jakfeer ,jangan main-main dengan lelaki tadi. Roy,lelaki yang menyukainya tetapi secebis hama pun dia tak pernah mempunyai perasaan cinta terhadap mana-mana lelaki .Kerana dirinya telah terlatih mennjadi hati batu,hati kental yang tidak mempunyai perasaan yang boleh memusnahkan dirinya sebagai seorang mafia.Tapi kalau dia tegur sekali pun Roy ,tak ke masak dia nanti.Yelah dia masih dalam identiti apa sebenarnya dan ya! Roy tidak tahu akan misinya kali ni.Kalau nak ikutkan tiada siapa yang tahu.Hanya orang tertentu sahaja.
"Muka macam kau ada ex ke?patutlah jadi ex"kata Jakfeer sambil tersengih-sengih.
Tergamam Lily dibuatnya,seketika sesaat nafasnya sepeti terhenti sekejap mendengar kata Jakfeer itu. Tambah membara hatinya pada si Jakfeer itu.
"Apa awak cakap?! eh ,muka saya ni lebih heloklah nak dibandingkan muka awak yang tak siap tu.Kalau nak bezakan dengan longkang,longkang lebih elok!" sergah Lily sambil membuatkan muka serius dan bengang pada Jakfeer.
"Apa-apa? nak gaduh? eh! pendek . sekurang-kurangnya aku ada cik tunang tau.Tunang aku tu bukan sebarang orang tau,dia anak dato tau.Dah lah tu model paling hot dan cantik .Kalau betul apa kau cakap yang longkang lebih elok,kenapa dia gilakan aku ,ha?"balas soal Jakfeer pada Lily Sempat kakinya maju ke hadapan sikit,berhadapan dengan Lily.
Lily sudah menjengkekkan kakinya ke atas,sekadar memberi ketinggiannya itu sama paras dengan Jakfeer.Senang nak bertentangan mata lebih dekat.
"Sebab,tunang awak tu buta!!"balas Lily sambil ,terbeliakkan biji matanya tepat ke mata Jakfeer.
"Kalau dia buta sekali pun dia tetap cantik.Tak macam kau ,selekeh! pendek! tak pandai bergaya! segak,cantik jauh sekalilah jawabnya" kata Jakfeer.Lagi mendekatkan matanya dengan mata Lily.Kedudukan mereka tiada tinggal satu inci pun , mata mereka berdua itu menjadi bertembung .
Mereka berlawan merenung sesama mata antara mereka.Kalau boleh sampai tertembus biji mata pun boleh.Akhirnya Lily mengangkat bendera putih.Tanda mengalah,lekas dia melarikan renungnya berpindah ke langit malam itu.
"Saya nak balik!" kata Lily sambil melangkah meninggalkan Jakfeer di belakang.
Entah mengapa ketika Jakfeer memberitahu yang dirinya sudah mempunyai tunang,hatinya menjadi remuk teramat sangat dan akhirnya berkecai sehingga berterbangan menjadi serpihan yang turun seperti hujan. Nafasnya menjadi tersekat-sekat.
Tiba-tiba sewaktu Lily melangkah itu,ada satu tangan yang menarik tangan Lily kebelakang.Tangan itu menahan langkah Lily,tertoleh tubuh Lily menghadap ke belakang.Rupanya Jakfeer yang menahan dirinya.
"Takpayah nak merajuk! buruk betul" kata Jakfeer sambil menjelingkan matanya ke atas.
Tapi melihat sahaja Lily yang masih berwajah marah itu ,Jakfeer menghembus nafas berat dan akhirnya dia tersenyum sambil berkata.
"Sudahlah tu,janganlah merajuk.Mari! temankan aku. Jom!! aku dah bawa kau keluar jadi aku kenalah bawa kau balik semula.Bukannya kau balik sendiri.Jomlah sayang"kata Jakfeer tersenyum manis itu,tangannya semula menggenggam tangan Lily.Lily sudah melarikan pandangannya ke tepi,meluat dia ingin memandang Jakfeer itu.Tetapi dia tidak dapat menipu hatinya yang sudah bergetar laju apabila mendengar perkataan 'sayang'tadi.
"Aku nak kau temankan aku ,okey.Kau lepaklah dengan aku"kata Jakfeer lagi. Genggaman Jakfeer itu sungguh menarikkan perhatian orang lain disana.
"Sweetnya ,boyfriend dia.."
"Tengok tu,boyfriend dia romantik sangat"
"Awww... sweetnya tak macam boyfriend i ni.Dahlah,jomlah balik!"
Ha,kan dah merajuk dah.
bisikan-bisikan orang itu cukup jelas sampai ke telinga Lily,hatinya menjadi bunga-bunga apabil dia melihat ,benar tangan Jakfeer yang menggenggam tanganya dengan cukup erat.Akhirnya bibirnya mengukir sebuah senyuman.
"Kita dah sampai!" kata Jakfeer sambil mengangkat kedua-dua belah tanganya,sekali gus tangan Lily yang digenggam oleh Jakfeer turut terangkat.Mata Lily hampir terbeliak jadinya.
'Dia nak buat picnic ke apa ni.Dengan karpet bulu-bulunya dengan bakul makanan lagi dengan jajannya bagai ni 'bisik hati Lily.
"yang kau berdiri lagi tu dah kenapa?duduk lah.Ke nak aku tolong dudukan engkau tu pula"kata Jakfeer.
Lekas Lily merebahkan punggungnya diatas karpet itu.Selesanya dan lembut.
"Awak ni ,kalau nak picnic sekali pun janganlah ajak saya ,ajaklah tunang awak tu,kan baru sweet tu.Barulah nampak orang nak berkahwin"kata Lily sambil tangannnya lincah membelik satu persatu makanan yang ada dalam bakul tu.
"Memang nak ajak pun tapi last minit pula dia cakap dia ada hal. So nak tak nak terpaksalah aku cari kambing hitam lain."balas Jakfeer dengan muka slumbernya itu.
'KAMBING HITAM!' terjerit hati Lily.
"Kenapa pula saya jadi kambing hitam?"soal pula Lily ,pada Jakfeer yng tiba-tiba termenung menghadap ke hadapan.
Lily memidahkan pula pandangannya ke hadpan,Rupa-rupanya,dihadapan mereka adalah sebuah tasik! .Siap ada lampu-lampu bercahaya bertemakan romantik dipasangkan disekeliling tasik itu ramai pasangan bercinta yang melepak disini. Ada yang sekadar berbual,ada yang sekadar makan sudah seperti candlelight dinner. Ada pula yang sedang melamar!! wahhh!!! sungguh bahagia dan akhirnya ada yang seperti mereka bedua iaitu picnic tengah malam-malam buta ni.
Tapi,the problems now,mereka berdua bukannya pasangan bercinta!!.
"Lily,kau tahu kenapa aku jadikan kau kambing hitam aku untuk picnic ni?"soal tertiba Jakfeer pada Lily.Yang mengeluarkan makanan dari bakul lalu diletakkan diatas karpet itu.
Tertoleh pandangan Lily pada Jakfeer yang disebelahnya.
"Kenapa?"
Pandangan Lily,berpindah ke satu tempat.Hampir terkeluar biji mata Senrose. Terkejut dia apaila melihat gelaran yang disebalik pohon itu.
BERSAMBUNG.
Share this novel