Bab 19

Action Series 8015

Satu meja yang diletakkan disudut dinding itu,Senrose membuka sebuat laci pada meja itu.Lalu dia mencapai ia dan membelek benda itu.

Sebilah pisau samurai pendek dikeluarkan dari sarungnya,sungguh tajam .Di mata pisau itu mempunyai ukiran yang bergambarkan seekor naga yang melingkari disekuntum bunga rose.Tersenyum Senrose melihat ukiran itu,sungguh cantik sekali dan kemas.Menarik hatinya.

Sewaktu Steven datang ke rumahnya, Steven memberikan Senrose pisau samurai itu yang berwarna merah semerah darah pekat hitam dan bersarung bewarna hitam .

"Nah,Beybeh baru kau"Kata Steven sambil menghulurkan  hadiah itu.

"For your birthday yang aku tak sempat datang tu ,yelah masa tu kan aku sedang pengsan seminggu"Kata Steven lagi sambil tersengih-sengih.

Soalan difikirannya sudah terjawab mengapa Steven ingin memberikan dia pisau samurai ini,rupanya sebagai hadiah lahirnya yang kemarin.

"Ohh"panjang Senrose membalas sambil tangannya mencapai huluran Steven itu.

Senrose membelek-belek pisau itu ,sungguh cantik.Setelah mengeluarkan pisau itu dari sarungnya. Senrose bertambah kagum dengan keunikan dan kecantikan pisau samurai itu ,kerana ukiran dipisau itu dan warna pisau itu.Sungguh menawan.

Tiba-tiba otaknya muncul satu soalan.

"Kenapa kau hadiahkan aku pisau samurai ? akukan memang dah banyak pisau samurai.Kalau kau hadiahkan aku Poisonous weapons takpelah juga.."kata Senrose, jari-jemarinya ligat bermain di mata tajam pisau itu sesekali dia cuba menghiris jarinya.sekali lalu sahaja jarinya sudah mengalir darah yang banyak.Terus dia meletakkan pisau itu dan mencapai kain sapu tangannya dan mengelap darahnya yang ligat mengalir itu .Tingkahnya sungguh tenang,tidak panik sungguh.Sedangkan darahnya sudah menitis sehingga ada titisan jatuh ke seluarnya tetapi wajah Senrose tetap tenang meletakkan pisau itu perlahan-lahan .

Steven yang melihat sudah terdiam terkaku,sungguh kagum dia melihat Senrose yang berhati kering.Luka macam mana pun dia tetap tenang dan terkawal ,tidak panik dan gelabah.

Benar apa yang dikatakan orang dalam kumpulan mereka yang Senrose dan darah memang sehati sejiwa,tidak seperti orang lain jika bermain pisau.Terluka sedikit pasti akan berhati-hati tetapi tidak pada Senrose,dia makin suka bermain pisau lagi-lagi yang tajam .

"erm,aku suka"kata Senrose sambil memasukan pisau itu kedalam sarungnya dan meletakkan pisau itu ke atas meja didepan mereka berdua itu .

Steven turut tersenyum.Dia sudah tahu yang Senrose akan menyukai pisau itu .Dia sudah bertanya kesemua konco Senrose pilihan bagaimana Senrose untuk menyukai sesuatu benda.

Kesemua konco Senrose menjawab,Senrose akan memilih sesuatu alat jika berwarna merah seakan merah darah bersama warna hitam .Selain itu , alat bercorak unik yang cantik atau bercorak bunga rose atau bercorak naga dan alat itu mestikan alat dia gemar mengguna bila melalukan 'kerja'.

Untuk Senrose menyukai hadiahnya Steven menempah sebilah pisau yang digabungan kesemua elemen itu.Berwarna merah darah bersama hitam dan bercorakkan naga bersama bunga rose.Walaupun mahal tetapi disebabkan dia pelanggan tetap oleh rakannya itu Steven mendapat diskaun yang lumayan.

Lamunan Senrose terhenti apabila pisau samurai ditangannya itu terhiris dijarinya sehingga jarinya terkeluar cecair darah pekat.

Cepat-cepat Senrose meletakkan pisau itu didalam laci semula dan dia memasukkan jari yang berdarah tadi ke dalam mulutnya,lalu jari itu dihisapnya bersama darah tadi.Itulah kesukakannya apabila jarinya terluka ,lagi-lagi jika baru sahaja terluka.Kerap juga dia akan menghisap sehingga tiada darah yang mengalir.Jika luka itu teruk ,tidak lah dia hisap .Dia akan mencari kain atau pembalut luka dan membalut luka itu,tetapi lain pada luka kecil seperti ini.Dia akan menjadi vampire jadinya.

PRAKKK!!!!

Tiba-tiba Senrose dapat menangkap sesuatu bunyi dari luar tingkapnya.Kepalanya terus menoeh memandang ke tingkapnya.Tanpa dia membuang masa kakinya mengatur ke pintu belakang yang berada disebelah biliknya sahaja.Maklumlah biliknya memang dibelakang dan berdekatan dengan dapur.

Tergesa-gesa Senrose membuka pintu dan tercari-cari gelaran yang membuat bunyi itu.Terhenti mata Senrose pada satu jendela iaitu tingkap biliknya.

Berkerut dahi Senrose apabila melihat dihadapan tingkapnya tergantung seekor ayam betina dengan perutnya dibelah dan ada sehelai kertas didalamnya.Dibawah ayam itu dipenuhi dengan titisan darah yang mengalir sehingga menghasilkan kebasahan darah dilantai itu.

Senrose lekas mencapai ayam betina yang tergantung tidak bernyawa lagi itu lalu meletakkan diatas tanah lalu Senrose berlari masuk ke dalam dan keluar semula bersama sehelai kain buruk untuk mengelap kesan kotor .Lalu Senrose bergegas mengelap cecair darah itu dan dibasuhkan semula kain itu dan mengelap kembali sehingga tiada kesan,bau dan warna dilantai itu.

Lekas kakinya diaturkan ke ayam yang diletaknya ditanah rumput itu berhadapan dengan jendelanya .

Senrose mencapai kertas yang disumpat dalam belahan perut ayam itu.

Diabaikan tolakkan isi perut,usus dan segala macam didalam perut ayam itu dengan menggunakan jarinya dan diabaikan simpatinya ada ayam itu.Tangannya ligat mengorek dan dimasukkan kedalam untuk mencapai kertas itu .Lalu dikeluarkan kertas itu.

Senrose membukan lipatan kertas itu walaupun tangannya dilumuri dengan darah ayam itu.

"Jaga-jaga Little Rose"

Zuuukk!!
"Little Rose?!" bisik Senrose pada dirinya.

Seperti satu petir menyambar hatinya.Ingatannya berputik mekar.Dia mula teringat,gelaran yang sering memanggilnya 'Little Rose'.

"Sam!"bagaikan sedetik lalu mulutnya menyebut nama itu.Matanya merenung disatu sedut sambil ingatannya memutarkan semula 'cip' memori ingatan dikepalanya.

____________________________

"Sam!!"Satu suara yang bergema diruang itu.Disatu ruang tamu didalam sebuah rumah.Kawasan yang dipenuhi air.Diruang kolam dan didindingi kaca .

Konconya yang memanggil tadi berlari-lari menuju seorang lagi lelaki yang berada didalam sebuah kolam .Lelaki didalam kolam itu berenang sambil memandang pemandangan dihadapannya ,Kolam itu berhadapan dengan sebuah pemandangan cantik yang indah.Penuh kebiruan .Pemandangan laut yang terbentang luas.

Lelaki didalam kolam itu menoleh memandang pada komconya yang penat berlari itu.Konconya sedang termengah-mengah kepenatan.Menyedar namanya diseru.Dialah Sam yang dipanggil konconya yang berlari tadi.

Sam hanya menjongket kening memandang konconya itu.Sebagai isyarat sebagai tanda 'Kenapa?'.

"Uncle Hans panggil ..."kata konconya itu sambil cuba meredakan kepenatannya dan pernafasannya.

Mendengar nama itu kakinya lekas mencari tangga kolam dan menaik ke darat.

Sampai sahaja disebuah pintu ,tangannya memulas tombol itu.

Satu figura berdiri tegak dihadapan satu gambar besar yang menjadi hiasan didinding.

Lelaki yang bertubuh sasa itu dengan berambut keputihan menoleh ke pintu .

Memandang Sam yang masih berdiri tegak , tidak sampai lebih lima saat dia masuk ke ruang itu.

"Awal Uncle balik.. bukan Uncle nak balik minggu depan?"soal Sam sambil merebahkan punggungnya diatas sofa berhadapan dengan foto gambar keluarga itu.Seorang budak lelaki berdiri disebelah kanan seorang lelaki dewasa yang duduk dikerusi ,nampak seperti dialah bapak didalam gambar itu.

Selain itu,ada seorang budak perempuan berdiri dihadapan  seorang wanita yang memegang bahunya dan posisi mereka berdua berdiri disebelah kiri  lelaki yang duduk dikerusi yang sungguh megah .Wanita itu kelihatan seperti seorang emak didalam gambar itu.Maknanya dua orang budak itu ialah anak mereka.

sekali pandang kerusi itu sungguh dapat diagak sesiapa yang duduk dikerusi itu ialah bukan sebarangan orang kerana kerusi itu yang memang direka dengan elemen yang penuh kekuasaan dan elegen sesiapa yang dudukinya kerana sungguh cantik kerusi itu yang diukir berbentuk tubuh naga ,di peletak kedua-dua belah tangan pula diukir dua ekor naga yang dililit dan kepala mereka dicantumkan dibahagian depan peletak tapak tangan.Sungguh terpesona siapa yang melihat kerana sudah pasti siapa yang duduk pasti kelihatan sungguh hebat dan berkuasa darjatnya.

Disebalik gambaran itu ,hanya orang tertentu sahaja yang tahu siapa mereka didalam gambar itu.Sesiapa yang melihat kerusi itu pasti tahu tentang kerusi itu .Kerana kerusi itu saling tidak tumpah dengan kerusi yang pernah diduduki oleh Ryan!.Sebijik !.

Bagaimana kerusi itu boleh berada bersama dengan Ryan?.

Didalam gambar itu ,masing-masing tersenyum dengan penuh bergaya.Dengan berpakaian sungguh elegen dan casual.Kesemua mereka berpakaian warna hitam dan merah .Diheler wanita itu tergantung seutas rantai yang sungguh cantik.Berantai berwarba hitam dan dihiasi oleh sebuah loket bewarna merah.

Budak perempuan itu pula mempunyai tanda lahir dibahunya.Hanya kecil sahaja tompok hitam itu . Budak lelaki itu berwarjah saling tidak tumpah seperti ayahnya,Mempunyi kulit yang cerah dan  hidung mancung.Mempunyai kening yang lebat sedikit tapi tersusun .Bentuk muka yang terletak dan mempunyai matanya cantik dan bewarna coklat cair. Sungguh terpesona sesiapa yang melihat dengan  kacaknya.Sekali pandang macam persi seperti orang kacukkan arab atau itali atau pakistan atau entahlah ,yang pasti seperti mereka begitu.

Emaknya pula persi seperti orang barat.Mempunyai kulit sawa matang mempunyai hidung yang mancung,rambut bewarna coklat perang dan matanya bewarna biru ke hijauan dan mempunyai lesung pipit. Hasil kacukkan suami isteri itu mereka mempunyai si anak lelaki  lebih ikut si bapak manakala si anak perempuan lebih mengikut si emak wajah mereka.

Melihat wajah Sam seperti wajah budak lelaki didalam gambar itu .Tidak dinafikan budak lelaki itu ialah Sam.

Jadi itu gambar keluarga Sam.

"Aku balik sebab aku ada dengar khabar tentang kau dah jumpa Rose"balas si Uncle itu.

"Kenapa? salah ke? bukan dia sebahagian dari kita?"balas Sam dengan senyuman sinis.

Sekejap!.Adakah budak perempuan itu ialah

Bersambung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience