Bab 10

Action Series 8015

Rupanya orang itu ialah Ryan.Ryan dari jauh berjalan menuju ke dua-dua lelaki itu,dia menolak orang ramai yang menghalang laluannya.Terlalu ramai manusia yang menari-nari mengikut rentak muzik DJ itu.Kedua-dua lelaki tersebut lekas meletakkan tubuh Senrose di atas lantai dan terus berlari menyelamatkan diri.

"Pergi kejar diorang!!"arah Ryan,pada konconya.Kakinya pula berlari menuju ke Senrose.Lekas dia mendapatkan Senrose dan mendukungnya keluar dari club malam itu. tanpa dia sedar ada satu mata yang memerhati mereka dari jauh.

"Lily?"Sayu panggilan itu menyebut.Disebalik kepekatan malam itu,jelas sekali figura yang bersuara tadi ialah Jakfeer.Wajah kekecewaan tonjol diwajahnya.Dia tidak sangka akan melihat semua itu.Dia hanya datang ke club ini untuk berjumpa rakannya sahaja,tetapi lain pula yang dia nampak.Serta merta hatinya tiada mood untuk berfoya.Lekas dia menuju ke keretanya,menghidupkan enjin dan berlalu pergi.

________

Matanya sangat berat untuk membuka,tetapi dia cuba untuk membuka juga.Itu pun hanya sebentar sebelum tertutup kembali , tetapi dia cuba semula untuk membuka.Berkedip-kedip matanya berusaha menahan kelopak mata agar jangan tertutup.Kesempatan yang ada,dia sempat mencuri-curi melihat persekitaraannya.

"Senrose"panggil satu suara yang sangat dia kenali,dia cuba untuk mengecam pemilik suara itu.

"senrose"panggil lagi suara itu dan kali ini barulah dia dapat agak siapa pemilik suara itu rupanya Soffya yang sempat dia perasan gadis itu berada disebelahnya.

"Aku dekat mana?"soal Senrose,sambil memicit-micit kepalanya yang masih pening itu.Sakit kepalanya seperti terhantuk sesuatu yang amatlah keras.Berkerut wajahnya cuba menahan sakitnya itu.

"You pengsan,Ryan yang bawa you dekat sini.Are you,okey?sakit lagi ke?"kata Soffya.Prihatin sungguh dia terhadap Senrose itu.Mana tidaknya,Senrose ialah antara orang yang paling dia rapat berbanding konco Ryan yang lain.Itu sebab dia sangatlah prihatin terhadap Senrose.Hubungan mereka seperti adik-beradik.

"Apa maksud kau sakit lagi tu? ada orang cuba apa-apakan aku ke?"Soal Senrose,dia masih cuba untuk ingat apa yang berlaku semalam,tetapi gagal.Kepalanya sangat-sangatlah sakit sekarang. Tambah lagi kepalanya terasa amatlah berat,mahu sahaja dia baring semula kepalanya dibantal.Tetapi hatinya tidak akan puas selagi tidak dapat tahu apa yang terjadi padanya semalam. YA! itulah salah satu sifatnya,apabila hatinya tidak puas hati selagi itulah dia akan korek sepuas-puasnya.

"Semalam you pengsan dekat clubbing,I told you,right!. Do not drinking too much.Nanti you mabuk.Kenapa you degil sangat?.You tu dahlah tak boleh minum banyak sangat nanti otak biul,lepas tu mulalah.Tak sedarkan diri,lepas tu semua benda you lupa. Nasib baiklah kawan I nampak you semalam.Dia ternampak you kena kacau dengan entah mana-mana lelalki tah. I apa lagi, suruhlah Ryan selamatkan you tak sangka diaorang nak buat 'something'dekat you.Nasib baiklah Ryan cepat.kalau tidak,pisang berbuah dua kali.Please Senrose,don do it again.I dah risau separuh mati tadi!!" kata Soffya dengan wajahnya yang sangat-sangatlah kerisauan itu.

"Siapa?"soal Senrose yang sudah berwajah terkejut.Hatinya sudah terasa kehangatan yang membuak-muak.Mukanya sudah menjadi merah kerana terlalu geram.Merah menyala.Muka bengisnya itu dapat menunjukkan hatinya sedang membara,itu adalah sebuah petanda'bahaya'.

"Itu kau kena tanya Ryan,sebab dia yang ada dekat situ.Aku hanya dengar-dengar aje,dari diaorang.Ryan ada dalam pejabat dia"kata Soffya,di sudah dapat agak apa akan jadi selepas ini.Dia tahu apa yang akan jadi jika dia tidak memberitahu dimana Ryan.Pasti dengan dia sekali dirinya dia kena sembur.Jadi,disebabkan itu dia memberitahu awal-awal keberadaan Ryan.

Senrose baru sedar yang dia berada di vila Ryan,setelah dia berdiri. Dia cuba menstabilkan tubuhnya itu.Kepalanya masih pusing dan berdenyut-denyut.Membuatkan tubuhnya mahu sahaja rebah.Tetapi Senrose cuba bertahan,mencengkap jari kakinya ketanah.Cuba juga bertahan dan kuat.

Kakinya melangkah menuju ke arah pejabat Ryan,tetapi Ryan tiada pula di pejabatnya.Dia menuju pula ke bilik belakang iaitu bilik dimana bau hanyir darah,pemotong daging dan simen digunakan.Disebelah bilik itu pula ialah bilik frozen.Jika baru masuk seminit ,tubuh sudah terasa beku sampai ke tulang rasanya itu.

Matanya tercari-cari si Ryan disetiap sudut,akhirnya dia dapat menjumpai Ryan di suatu bilik kosong.Dimana bilik itu ialah bilik penyeksaan dan kurungan.Sesiapa yang masuk ,automatik akan terkunci dari dalam.

"Ha! Senrose"panggil Ryan yang baru tersedar kehadiran Senrose itu.

Senrose dapat melihat dua orang lelaki dihadapan Ryan itu.Kedua-dua mereka sedang tertunduk kepala dengan cecair darah yang mengalir di kepala mereka sehingga menitis ke lantai.Senrose dapat aga kapa yang terjadi sebelum dia menjejak kaki disini.Pasti Ryan telah melakukan sesuatu terhadap mereka,jika tidak tak kan kedua-duanya sudah Lelah dan mempunyai kesan-kesan darah.Senrose dapat menghidu bau hanyir darah itu,sungguh segar bau nya.Seperti baru sahaja darah itu keluar.Bagaimana bau darah?.Cuba hiriskan sedikit dimana-mana sehingga terkeluar darah yang boleh mengalir cecair darah itu sehingga tidak boleh ditahan,sudah?.Lepas tu cubalah rasa,rasa apa?. Cehh..!!.Aku gurau je janganlah tidak berfikir waras ikut pula cakap aku ni.Aiyyoo.100% fakta.Bila kita bau sesuatu pasti kita dapat rasa bagaimana jika kita rasa dengan lidah sendiri pasti berakali atau asid.Well,darah rasanya seperti berakali.Sudah jelas?.Rasanya bagaimana?.Sambung.
Senrose meneliti setiap sudut wajah kedua-dua mereka itu.Wajah senrose jangan disoal sudah bagaimana wajahnya.Wajah Senrose jelas menunjukkan yang dia seperti mahu menikam hidup-hidup mereka berdua itu.
"Ini ke dua binatang yang cuba buat dekat aku tu?"Soal Senrose dengan matanya tepat memandang ke arah dua lelaki dihadapannya.

Melihat anggukkan Ryan,Senrose tersenyum sinis.Mukanya jelass penuh kepuasan.Hatinya dapat dirasa seperti lega.Lega sebab apa?.Sendiri fikir.Sudah jelas lagikan bersuluh pastilah kerena dia sudah menjumpai dua alien durjana itu.

"Ryan,boleh kau keluar? bawa sekali budak kau.Tinggalkan aku dengan diaorang, diaorangkan nak aku.Biar aku jadi pelayan mereka sekarang.Sebelum itu lepaskan ikatan mereka.Baru seronok jika terbuka-buka ni"kata Senrose,sempat dia mengelap dihujung bibirnya menggunakan ibu jari.Sungguh menggoda pria yang melihat kelakuannya itu.Sempat Senrose tersenyum sinis ,selepas itu dia tersenyum manis pula.Sesekali dia memejamkan matanya.Helernya dipusing ,merenggangkan segala urat diheler dan bibir bawah digigit-gigitnya pula.Sesekali tangannya,meraba pula dibahagian bahu,dada dan ke perut.
Melihat tingkah Senrose,jangan katakana kedua-dua lelaki dihadapannya yang sudah miang,konco Ryan yang dibelakangnya juga tidak boleh berdiri diam-diam.Nampaknya mereka juga turut terkesan dengan godaan Senrose.Ryan lekas melambaikan tangannya keatas.Memberikan isyarat pada konconya.Tanpa legah lagi konco dibelakang Ryan, berjalan menuju ke dua orang lelaki itu lalu dibuka ikatan tali mereka.Ryan yang melihat kedua-dua lelaki itu sudah bebas dengan ikatan ,tanpa berkata apa pada Senrose dia terus bangun dari duduknya dan keluar dari ruang itu.Konconya yang melihat boss mereka berlalu pergi mereka juga turut mengikut boss mereka.
Tinggallah Senrose dan kedua-dua mereka itu.
"Betul ke kau nak aku?" soal Senrose yang tersenyum sinis sambal membuka kasut short boot heels-nya itu yang berwarna merah seperti merah darah itu.Lidahnya sesekali menjilat bibirnya sendiri.Senrose mendongak dan memejamkan matanya,sempat dia mengeluh sebelum matanya beralih pada kedua-dua lelaki itu.

Dua orang lelaki itu terkejut tetapi mereka berfikir yang Senrose akan menyerahkan dirinya pada mereka.Melihat tingkah Senrose yang seperti tengah bernafsu ,tambahan pula berlakuan seperti menggoda ,sungguh membuat mereka semakin tidak sabar.Tidak berfikir yang sekarang mereka sedang berdepan dengan Senrose.SENROSE!.Mereka berdua tersenyum tergoda,dari senyuman itu,sungguhlah miang mereka berdua itu.Sesekali bibir muncung kedepan menunjukkan sebuah ciuman.Fly kiss.
"Of course,sayang"jawab salah seorang dari lelaki itu.Dengan nada yang manja dan lembut,sempat dia menjelerkan lidahnya dan menolak lidahnya ke tepi bibir lalu dia mengelap dihujung bibirnya yang mana lidahnya terhenti ke tepi tadi sambil dia menggigitkan sedikit hujung bibirnya itu.Senrose menarik nafas beratnya.
"Hailahai.Terasa macam panas sangatkan"kata Senrose,dia membuka pula jaketnya yang berwarna hitam itu.Sehingga menampakkan baju separuh tertutup yang berwarna merah itu.Baju itu mendedahkan bahu sehingga seluruh tangan,mendedahkan bahagian paras atas pusat.Senag cerita bajunya itu seperti baju dalam yang hanya menutup bahagian dada sahaja dan sungguhlah fit bajunya itu.Sehingga ternampak jelas bentuk dada Senrose yang menawan mata bernafsu melihat.Sungguh menggodakan lelaki,lagi-lagi bernafsu seperti dua orang ni,lelaki dihadapan Senrose itu.Jangan katalah mata macam mana.Tak terkata miangnya.Dua orang lelaki itu sudah ingin membuka seluar jeans mereka itu. Tetapi ditahan oleh Senrose.

"Eh!! biarlah sayang je yang buka"kata Senrose dengan nada yang sungguh,lembut dan manja itu.Ada nada merajuk disitu.Dua orang lelaki itu lekas menarik semula seluar mereka.Agaknya tak nak Senrose ubah fikiran setelah mendengar nada merajuk itu.

"cepatlah,sayang"kata seorang lelaki itu,yang lebih tinggi dari lelaki yang bersuara tadi,iaitu pendek tadi.Senrose tersenyum sinis.Nampaknya ada orang Sudah termakan,sebelum dia turut membebaskan ikatan rambutnya itu .

Dua orang lelaki itu mula menuju ke arah Senrose dengan wajah yang sungguh bernafsu iaitu matanya kesayuan,sekejap-sekejap terpejap sambil bibir digigit-gigit dan diusap-usap bibir itu sambil mata yang memandang kebawah sehingga ke atas,meniliti setiap sudut tubuh Senrose itu.
________
"Apa yang Senrose tu nak buat tu ,boss"kata salah seorang konco Ryan.

"Nanti, kau baru kenal,siapa Senrose.Ada masa dia seorang yang sporting,periang dan ceria.Tetapi bila datang sifat singa dia,seekor naga pun boleh ditundukkan oleh dia.Kau tahu kumpulan Fire Dragon?"soal Ryan pada konconya itu,dengan senyuman sinis diwajahnya.Sempat matanya dijeling pada konconya itu.

"Kenal,yang ketua dia mati tahun lepas bukan?"balas dia.
Ryan menganggukan kepala.
"Kumpulan kita dihormati oleh kumpulan dia disebabkan Senrose lah"balas Ryan dengan wajah bangga dengan kejayaan Senrose,sungguh! kecil-kecil cili api.

Tergamam konconnya itu,tidak percaya mereka.Senrose yang seorang seperti lemah lembut itu sebenarnya sifat dia kalah singa.

Tiba-tiba pintu bilik kurungan itu terbuka,Senrose keluar dengan kesan torehan pisau di bahagian bahunya,panjang toreh itu adalah dari bahu terpusing turun ke siku Senrose.Hanya itu kesan lukanya setelah dia keluar.Terkejut mereka melihat keadaan Senrose.Apabila konco Ryan masuk sahaja ke dalam bilik itu,lagi mereka terkejut apabila melihat dua orang lelaki itu sudah terbaring tidak bernyawa di atas lantai dengan berpakaian hanya seluar sahaja.Senrose keluar berlalu pergi meninggalkan villa itu.Dengan lukanya dibaluk dengan kain yang dikoyakkannya dan diikat dibahagian luka itu.

Ryan hanya memberi pandangan senyuman sinis sahaja pada Senrose,sebelum dia mengarah konconya mengherek dua orang lelaki itu untuk dibawa ke belakang.Akhirnya mayat itu dimasukkan kedalam sebuah tong seperti tong minyak dan dimasukan minyak lalu diisi pula beberapa kain dan surat khabar akhirnya mereka melempar mancis yang sudah dinyalan api dan akhirnya mereka menutup tong itu dengan penutup yang mempunyai lubang kecil diatas.Asap hitam mula keluar dari lubang itu. Beberapa minit kemudian mereka meniggalkan tong itu sahaja disitu.
_______

Berhenti Senrose dihadapan sebuah klinik,dia lekas berjalan memasuki ke dalam klinik dan menuju ke kaunter,tidak lama kemudian muncul,Tiara dari bilik rawatan dengan berpakaian sehelai jaket putih Panjang separas hingga ke lutut dan digantungkan stetoskop dilehernya.Rupanya Tiara seorang doktor diklinik itu.

"Senrose!"berlari Tiara menuju ke Senrose itu.Wajahnya sungguh terkejut melihat kedaan Senrose yang sudah terhuyung hayang langkahnya.

“Tiar...”Panggil Senrose dengan suara yang perlahan dan kesayuan.Tiba-tiba pandangan Senrose menjadi kabur.Kepalanya dirasakan sakit sangat,berdenyut-denyut sebelum dia dapat rasakan tubuhnya seperti bertebangan ke langit.Tiada apalagi yang didengarinya dan tiada apa yang dilihatnya,hanya kegelapan menjelang sebelum Senrose terpejamkan matanya.

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience