MAGISNYA CINTA Bab 9

Romance Completed 9847

airis dan dato aisha ketawa apabila timbul perkara lucu yang mereka bualkan.mereka membuat pertemuan dia sebuah restaurant behampiran pejabat airis.
"so...apa yang membuatkan dato mengembara jauh-jauh ni?"soal airis tersenyum begitu juga dato aishah.
"saya nak tengok seseorang yang terlalu istimewa dalam hidup anak saya"kata dato aishah.
"ohh..nak tengok menantu lah ni..area mana dia tinggal?"soal airis
"area sini juga,bertuah anak saya ada dia..semenjak anak saya jumpa dengan dia memang tak lekang senyumannya tiap hari"cerita dato aishah.
"alhamdulillah dato,anak dato bertuah memiliki dia..tak macam semua orang kadang-kala ada dugaan yang datang tanpa kita bersedia.dato memang patut bersyukur anak dato bahagia disisi pasangannya."kata airis.
"kenapa airis?"saya rasa airis ada masalah,kalau airis tak kisah saya sedia memdengar"kata dato aishah.airis melempar senyuman manis.
"saya minta maaf dato,bukan saya tak nak kosngsikan masalah saya,tapi bagi saya ia terlalu peribadi hingga melibatkan diri saya sendiri,maafkan saya dato..dan terima kasih sebab buat saya rasa dato macam mama saya..saya tak terasa asing bila dengan dato."kata airis.
"baguslah kalau airis anggap saya dah macam mama..saya pun ada anak seusia airis jadi tak salah kalau saya pun anggap airis sebegai menantu saya..eh..I mean anak saya"kata dato aishah tersengih kerana tekeluar perkataan yang disembunyikan.airis ketawa sungguh merdu bunyinya.dato aishah memerhati wajah airis.
"menantu aku yang paling cantik"terima kasih ya Allah"katanya dalam hati.

arash memerhati kawasan luar cafenya pagi itu.dia melihat kereta airis yang sedang dibaiki oleh mekanik yang dipanggilnya,"woi...cari tuan kereta ke?"kata shafiq juga rakan sekerjanya.
"tak lah cari benda tersembunyi"kata arash tersenyum.terus shafiq ketawa kuat
"tu lah kau..angau dengan orang kaya yang sombong macam tu..kan parah hati kau sekarang ni..arash..arash"kata shafiq menggeleng.
"kau apa tahu..cinta bukannya dibuat-buat"kata arash.
"memang tak dibuat,tapi boleh dielak cuba kalau kau jadi berlagak macam airis tu..mesti hati kau pun tak cair"kata shafiq
"kau cakap senang la...itu namanya tipu diri sendiri...apa orang novel cakap ego,hah dia la tu.."kata arash masih menegakkan haknya.
"eh..apa cerita kau dengan dia semalam..dari tadi aku tanya kau tak jawab pun kan.."kata shafiq.
"jom borak sana"kata arash.terus berlalu kesebuah meja yang agak tersorok.shafiq hanya mengikut.arash membawa dua gelas air coca cola untuk mereka.mereka duduj secara bertentangan.
"now tell me all of your story"kata shafiq
"aku...aku...aku dah kahwin dengan dia"kata arash.terus air yang didalam mulut shafiq terkeluar menyembur.mujur arash menerbangkan diri ke kiri.
"kau dah kenapa!?"marah arash.shafiq ternganga.
"kau apa?"soal shafiq.arash kembali duduk di tempatnya.
"aku kahwin dengan dia..semalam"kata arash.shafiq mengerutkan keningnya,masih lagi keliru
"kahwin?"k.a.h.w.i.n?"soal.shafiq mengeja satu persatu.
"yes"kata arash
"m..macam mana boleh jadi macam tu?"cerciter..cerciter"kata shafiq.mula menyedut minumanmya semula setelah tenang.
"kami kena tangkap khalwat"kata arash.sekali lagi shafiq menyembur air dari mulutnya.kali ini arash masih selamat kerana merebahkan diri ke arah kanan.
"kali ketiga kau buat macam ni...aku buang keja kau"kata arash geram.
"hehe..sorry ark...a..aku tak sengaja"kata shafiq tersengih.
"tapi aku pelik ark..macam mana boleh ada geng penangkap khalwat pulak kawasan kita...sebelum ni takde pon"kata shafiq
"aku pun tak tahu..."kata arash.
"so..maknanya kau kiranya dah kahwin dengan airis?"wahh..untung giler ark..dah la cun,kaya pulak tu"kata shafiq.
"memang la dia ada semua tu..tapi nak buat apa kalau tak bahagia..kau tahu dia jadi semakin benci dengan aku,siap tetapkan tarikh bila nak bercerai.aku tak faham ark..macam mana kerasnya hati dia tu,takkan tak ada sekelumit pun hati dia tu dekat aku."kata arash menceritakan ketidakpuasan hatinya.
"perempuan arash...biasa lah tu,dia baru kenal kau kan tiba-tiba dah kena kahwin,dia macam ada shock karen dalam diri dia tahu tak?"cuba macam kau,kalau tiba-tiba kau ditakdirkan dipaksa kahwin dengan perempuan yang gelap tahap arang,gigi takde,badan macam big hero 6,hah apa kau rasa?"kata shafiq
"baik aku kahwin dengan dinding rumah aku..lawa pun lawa"kata arash.
"ha..tau pun kau,so kau kena la faham"kata shafiq.
"eh..tapi aku tak seteruk tu lah,aku ni handsome apa muka putih,ada ciri-ciri pan-asian lagi,gigi masih utuh,badan sado,ada satu lagi pakej percuma mata sepet aku ni..bukan senang nak dapat lelaki melayu tulen ada mata sepet tau"kata arash
"eleh..poyo je lebih,so..kau ikut plan dia tak"?soal shafiq.arash menggelang
"takkan...aku cintakan dia,bukan senang-senang aku nak lepaskan dia,biarlah dia bencikan aku sekalipun,asalkan aku masih ada peluang bersama dia dengan perkahwinan rahsia ni,aku akan buatkan dia jatuh cinta jugak dengan aku suatu hari nanti"kata arash
"bagus tu...sebab tu lah kuasa talak takde ditangan perempuan,tapi ada di genggaman tangan kita"kata shafiq bersemangat sambil mengangkat tangan menunjukkan ketulan di lengannya.arash mencebik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience