MAGISNYA CINTA Bab 28

Romance Completed 9847

airis mengurut pergelangan tangannya,dia baru keluar dari tandas,itupun sesudah puas meyakinkan kamal yang dia tidak akan lari.airis mengusap perutnya yang bergerak.
"sabar sayang,mama tahu sayang tak selesa..nanti kita akan selamat jugak,mama yakin,mama kuat,sayang mesti kuat jugak ye..."kata airis.dia berjalan ke arah sebuah lagi bilik.dia menolak pintu itu.alangkah terkejutnya dia apabila mendapati satu rangka manusia yang teramat busuk,beserta baju t masih tersarung.airis tidak dapat menahan baunya.terus muntah,sehingga air matanya mengalir.dia menyeka bibirnya.dengan kudrat yang masih ada dia melangkah ke arah kamal.
"kamal,rangka siapa dalam bilik tu!!?"marah airis.kamal tersenyum sinis.
"kau tak kenal?"soal kamal.
"siapa??"soal airis.kamal mengusap rambut airis.
"itulah kawan baik kau,nurin amylia"jawab kamal.terus bergetar satu badan airis.dia terduduk ke lantai.dia meraung sesungguh hati.kamal ketawa sinis.
"kenapa dengan kau ni!!"kau gila ke!!"jerit airis.
"hey!!"kamal menarik rambut airis.
"kau jugak yang nak dia bersama aku kan?"dia pun cintakan aku..dia sanggup buat apa je untuk aku,so..tak salah aku balas jasa dia kan?"kata kamal.airis menangis lagi.
"kau gila kamal!!"kau memang gila!!"marah airis.
kamal melepaskan airis.lalu dia berdiri di tepi tingkap.
"aku ke kau gila?"kau tahu tak malam sebelum nurin amylia jadi macam tu?"soal kamal.

kamal membutangkan baju kemejanya.amy keluar dari bilik mandi hotel mewah itu dengan berbaju tshirt yang mendedahkan bahunya.rambutnya yang sudah keperangan dikibas.dia memeluk kamal dari belakang.
"sayang?"panggil amy sambil memeluk pinggang kamal.
"ermm"
"lepas ni kita pergi karaoke nak tak?"soal amy.
"betul ni?"soal kamal,tersenyum sinis.
"betul...dah lama tak charge suara"kata amy manja.
"okay..sayang tunggu di luar dulu erk?"kata kamal.terus amy melangkah keluar.kamal pantas mencapai telefon lalu membuat panggilan.
"kau sedia di situ,sekali dengan benda tu sekali"kata kamal.
"kau adik aku,kau dengar cakap aku kalau kau tak nak masuk lokap"kata kamal.terus mematikan talian.dia mencapai kunci kereta lalu keluar.
mereka bernyanyi riang.kamal tersenyum melihat amy tergedik-gedik menari dan menyanyi sesuka hati.kamal memberi isyarat pada seorang gadis iaitu adik kandungnya.gadis itu pura-pura bangun dan mengeliat.lalu dengan selamba memasukkan satu pil berwarna putih ke dalam air minuman amy.terus gadis itu keluar.
"sayang..!!"panggil kamal.terus amy berjalan ke arah kamal.
"minum dulu..tambah suara"kata kamal.terus amy mencapai gelas lalu meneguk.kamal tersenyum sinis.
kamal dan adiknya sama-sama mengusung amy yang mabuk itu.mereka memasuki bilik di sebuah banglo tinggalan lama.amy dilemparkan ke dalam bilik itu.
"sayang...sakit lah.."kata amy dalam keadaan mabuk.dia membetulkan kedudukannya.kamal dan adiknya pantas menjirus minyak keseluruh badan amy.amy kalut menepis.
"sa..yang...apa ni..?"soal amy masih lagi tidak sedarkan diri.kamal mengeluarkan sekotak mancis dari poket seluarnya.
"kamal,apa you buat ni?"soal amy mulai sedar
"you sanggup buat apa saja untuk I kan?"kata kamal.
"kamal,you nak bakar I ye?"soal amy kalut.
kamal ketawa kuat
"pandai you sayang..,ini adalah bukti cinta you untuk I,you jangan risau I akan sentiasa ingatkan you"kata kamal.amy menangis
"airis!!airis!!,tolong aku!!"jerit amy.
"bukan dia dah jadi musuh you dah ke?"soal kamal.
"you kejam kamal!"jerit amy.tanpa membuang masa kamal menyalakan api di mancis itu lalu dilemparkan kepada amy.api menyambar kuat.terdengar jeritan amy semakin menghilang lalu terus diam.
"kenapa kau bakar dia?"soal gadis itu
"aku rimas..,asyik panggil nama aku je..,lagipun aku tak sukakan dia,sasaran aku cuma kekasih hati aku"kata kamal
"siapa?"soal adiknya
"airis"jawab kamal terus berlalu.

kamal ketawa kuat,airis masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa rakan baiknya dibunuh sekejam itu.
"sampai hati kau kamal,kau nak apa sebenarnya?"tak boleh ke kau lepaskan dia kalau kau dah tak mahukan dia?"kenapa sampai kena membunuh?"kembali ke pangkal jalan kamal!"pintu taubat masih terbuka"kata airis.
"kau tak payah nak mengajar aku pasal taubat lah..,kau pun apa kurangnya"kata kamal
"aku tak sekejam kau kamal,aku masih ada hati perut"kata airis
"ahh..kau tak payah nak bajet ustazah sangat,baik kau blah ke bilik tempat aku letak kau!!,sebelum kau akan menyusul macam kawan baik kau!!"tempik kamal.airis bangun dengan perlahan lalu keluar.kalau tidak diikutkan anak yang dikandung,sudah pasti kamal sudah dilawannya.tetapi kudratnya sudah lemah.

"arash,dah dekat sebulan airis hilang..takkan pihak polis masih tak dapat jejak dia lagi?"soal dato aishah
"arash tahu mummy,arash pun buntu,dah merata tempat,dekat Langkawi pun airis dah ajak pihak polis pergi tapi masih tak dapat kesan"kata arash.dirinya sungguh tidak terurus.wajahnya sudah kusut.
"macam mana anak dan cucu mummy?"selamatkan mereka ya Allah"kata dato aishah.matanya kembali jernih.arash bangun sambil mencapai kunci keretanya
"nak kemana?"soal dato aishah
"arash nak ke balai"kata arash terus berlalu,dato aishah hanya menagis melihat kerunsingan anaknya.

asraf membincangkan sesuatu dengan anak buahnya di luar balai polis itu.matanya melihat kelibat kereta arash memasuki perkarangan balai.dia menghabiskan perbincangan lalu melangkah ke arah arash.
"assalammualaikum encik"katanya.
"waalaikumsalam tuan"jawab arash menyambut huluran tangan.
"kebetulan encik ada di sini,memang saya nak call encik"kata asraf
"ada apa-apa berita ke tuan?"soal arash
"jom ikut saya ke office"kata asraf
arash menurut.
"macam ni encik arash,saya ada berita gembira untuk encik"kata asraf dengan senyuman.arash sudah teruja untuk mendengar
" hasil penyiasatan atas gabungan pihak polis di semua negeri di malaysia,kami dapat berita dari polis negeri Perak mereka telah menjumpai lokasi van tersebut berada"kata asraf
"betul ke tuan?"dekat mana?"soal arash teruja
"van tersebut ada di sebuah rumah banglo kosong yang sudah lama ditinggalkan.dan seperti yang encik jangka,kamal adalah dalang semua ni,kami dapati kamal tidak keseorangan,dia bersama adik perempuannya yang berusia dua puluh dua tahun,dan semalam beberapa polis di sini sudah pergi menyiasat,memang betul rumah itu dihuni oleh kamal dan adiknya."
kata asraf.arash mengucap syukur
"bila polis akan pergi selamatkan isteri saya tuan?"soal arash
"operasi akan dijalankan malam nanti"kata asraf
"saya ikut tuan?"kata arash
"saya minta maaf encik arash,ini kerja kami,kerja pihak polis,penglibatan orang awam akan membahayakan nyawa mereka"kata asraf
"tuan,saya nak selamatkan isteri saya,izinkan saya pergi bersama tuan,saya rela apapun terjadi asalkan saya dapat lihat isteri dan anak saya selamat"kata arash.
"tapi operasi ini akan menjadi bahaya pada encik"kata asraf
"saya rela tuan,biarlah apa jadi dekat saya"kata arash.asraf menarik nafas berat
"belum pernah saya melihat betapa kuatnya cinta yang ada pada seorang lelaki terhadap perempuan,seperti kisah encik arash ni"kata asraf dengan senyuman.
"terima kasih tuan"kata arash
"sama-sama,so malam ni,encik datang ke sini pukul enam,kita akan kesana tepat pada waktunya,dan akan pergi ke banglo itu pukul satu pagi"kata asraf.arash mengangguk
"kamal itu siapa sebenarnya tuan?"soal arash
"kamal tu sebenarnya anak kepada seorang jutawan terkenal pada waktu dulu,kedua orang tuanya meninggal dalam satu kemalangan,lalu tinggallah mereka berdua,kamal dan kisya.sejak dari situ mereka terbiar,sesuka hati nak lakukan apa,banglo tempat persembunyian mereka kini dahulunya adalah milik arwah bapa diaorang"kata asraf.
"dia jadi macam tu sebab apa?"soal arash
"dia ada tekanan sakit jiwa,tetapi tak berapa serious,adiknya pula tiada tempat bergantung maka,terikut dengan perlakuan si abang"kata asraf.
"entahlah encik arash,setiap manusia Allah ciptakan pasti ada kelebihan dan kekurangan,memang dari dasarnya kita semua kasihan dengan perjalanan hidup kamal dan adiknya,tapi banyak cara boleh diambil kalau mahu berubah,tetapi mereka tersilap memilih,mereka tersilap memilih yang salah dari yang betul"kata asraf.arash mengangguk
tiba-tiba pintu dibuka dari luar.muncul seorang remaja lelaki yang mereka temui di lorong minggu lepas.
"assalammualaikum tuan,abang"kata remaja itu tersengih sambil menabik hormat.
"waalaikumsalam,silakan duduk"kata asraf.terus dengan sengihan panjang remaja itu duduk di sebelah arash
"ada apa tuan panggil saya?"soalnya
"kamu dah banyak membantu pihak polis menyiasat kes encik arash,kami dari pihak polis ingin mengucapkan terima kasih pada kamu dan kawan-kawan kamu"kata asraf.
"sama-sama tuan"kata remaja itu.
"abang pun nak cakap terima kasih jugak dik,kalau tak kerana adik bagi nombor dan plat van tu,tentu semakin sulit kes ni"kata arash.
"saya pun tak sangka pompuan cantik,segak macam tu rupanya jahat,huh..serik saya bang"katanya.
"lain kali hati-hati"kata asraf.
"apa nama adik?"soal arash
"nama saya shahrul"katanya.
"nanti shahrul cakap je nak apa,abang akan bagi"kata arash
"eh..tak payahlah bang,cukup je sekadar tak payah tahan roadblock"kata shahrul
"apa?"soal asraf
"eh..tak,takde apa"kata shahrul.
"saya balik dulu tuan,abang"kata.shahrul sambil bangun
"dah nak balik?"soal asraf
"saya ada hal tuan,nak jumpa awek"kata shahrul dengan sengihan.asraf tersenyum dia bangun menghampiri shahrul lalu dipegang bahu shahrul
"kalau takde kesalahan buat apa nak kena tahan dekat roadblock kan?"kata asraf perlahan.shahrul tersenyum lebar.
"be..betul tu tuan,assalammualaikum"kata shahrul terus berjalan laju ke pintu
"waalaikumsalam"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience