MAGISNYA CINTA Bab 27

Romance Completed 9847

airis membuka matanya,dia menarik nafas perlahan.cahaya matahari memancar masuk ke dalam ruangngan itu.
airis mencapai botol mineral yang masih ada separuh.diteguknya air itu rakus.
"morning sayang"kamal muncul dari pintu dengan pakaian selekeh.
"kamal,tolong lepaskan aku,aku tak tahan"rayu airis dengan suara serak.
"aku tak boleh lepaskan kau airis,kau hanya untuk aku,milik aku,bukan jantan tu"kata kamal.
"kamal,cuba kau terima semua ni,aku dah kahwin lah,aku dah ada anak lagi,boleh tak kau terima aku bukan jodoh kau?"kata airis bergetar suaranya.
"mana janji kau dulu airis?"kau cakap nak bersama dengan aku sampai bila-bila"kata kamal perlahan,dia memandang keluar tingkap.
"itu masa aku dengan kau,sekarang aku dah anggap kau kawan baik aku,cuba kau lupakan kisah lama?"kata airis.
"senangnya kau cakap,kau tahu tak separuh mati aku cintakan kau,tiba-tiba kau minta putus dengan aku,kau suruh aku pilih amy,si betina tak guna tu"marah kamal.
"maafkan aku kamal,tapi aku tak paksa kau pilih dia,aku kasihankan dia,dia terlalu sayangkan kau,kau akan bahagia bila dengan dia,tapi kau rosakkan dia"kata airis dengan sendu di dada.kamal ketawa sinis.
"itu dia yang nak,aku bagi ark"jawab kamal
"kamal,dah la kalau kau lepaskan aku,aku takkan buat laporan polis,aku tahu dan aku yakin akan ada wanita diluar sana jodoh kau yang sebenarnya..tolong kamal"rayu airis.
"tak,tak ada siapa boleh gantikan tempat kau"kata kamal.
"kamal aku tahu kau baik,aku kenal kau lama"kata airis.
"habis tu,kau nak suruh aku lepaskan kau lagi?"jerkah kamal.airis menangis.
"kau jawab airis!!"marah kamal terus menarik rambut airis.airis terjerit menahan sakit.
"tolong jangan seksa aku macam ni kamal"rayu airis.kamal melepaskan pegangannya.dia mengusap wajah airis.
"maafkan abang sayang"kata kamal perlahan.airis terus-terusan menangis.
"abang keluar dulu beli makanan buat sayang dan baby kita ye..."kata kamal perlahan.terus melangkah keluar.
"arash!!"jerit airis sekuat hati.
"mana awak??"tolong selamatkan kami"airis berkata dengan suara yang tidak terkeluar.
"ya Allah selamatkan aku dan anakku,berikan petunjuk pada suamiku bahawa aku disini,aku mohon pertolongan mu,biarkan aku terseksa tapi tidak anakku ya Allah,sihatkan dia didalam rahimku ini"doa airis.

arash duduk bersandar di tempat pemandu,matanya yang jelas kemerahan kerana semalaman dia tidak dapat melelapkan matanya.sudah puas dia mencari di merata tempat.
"sayang..mana sayang pergi"rintih arash.
"sayang jangan risau dan takut,abang akan tetap selamatkan sayang dan anak kita"kata arash.kepalanya diketuk ke stereng.
"kalau betul kau yang ambil isteri dan anak aku kamal,sampai mati pun aku akan cari kau"tekad arash.tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
"ye..waalaikumsalam"jawab arash
"baik saya ke sana sekarang"kata arash.terus mematikan talian.dan menderu laju dengan kereta miliknya.

"macam mana encik?"soal arash.ketika ini dia dan anggota polis yang bertag nama asraf itu duduk di sebuah bilik khas.
"atas pemerhatian dan penyiasatan yang kami dapat,kamal yang encik maksudkan haritu adalah bekas banduan kami yang melarikan diri lima bulan lalu,"kata asraf.
"macam mana dia boleh ditahan?"soal arash.
"enam tahun lalu,ada satu kes kehilangan seorang gadis bernama nurin amylia,umur 20 tahun,dan kamal adalah salah satu suspek utama kami"kata asraf.arash terus bersandar kerana begitu terkejut dengan kenyataan itu.
"macam mana boleh terlepas?"macam mana dengan gadis itu?"soal arash.
"dia melarikan diri dari penjara pada tarikh dua haribulan,tetapi kami dapat menahannya semula,dia dibebaskan atas alasan kami tiada bukti yang kukuh"kata asraf
"macam mana dengan amy?"soal arash.
"encik kenal dengan gadis itu?"soal asraf
"amy tu kawan isteri saya,kekasih kamal"kata arash.
"kami masih tidak dapat menjejaki mayat atau kesan di mana dia berada"kata asraf
"tapi kami masih lagi menyiasat"sambungnya lagi.
"encik betul-betul pasti ke kamal bukan suspeknya?"soal arash.
"itu kami masih dalam usaha untuk mencari bukti siapa dalangnya,walaupun ibu bapa kepada nurin amylia menutup kes ini"kata asraf.
"kenapa diaorang tak mahu teruskan mencari anak mereka?"soal arash.
"itu saya tak tahu,justeru tanpa pengetahuan mereka kami masih lagi menjalankan siasatan lanjut,bagi pihak kami kes nurin amylia ini adalah kes yang paling rumit untuk kami selesaikan,suspeknya begitu berhati-hati dan begitu bijak menyembunyikan perbuatannya"kata asraf.
"macam mana kalau isteri saya ada dengan dia encik..?"ya Allah risaunya"keluh arash.
"kami harap encik sabar dulu,kami akan tanyakan pada orang awam yang mungkin terlihat kejadian itu,biasanya lorong yang isteri encik lalui itu adalah tempat anak-anak muda selalu melepak,dan dihadapan lorong itu ada pintu belakang sebuah restourant"kata asraf.
"walau macam mana pun tolong cari isteri saya sampai jumpa encik"rayu arash.
"ye..memang itu kerja kami,selagi kes tidak selesai,selagi itu kami tak akan menarik nafas lega"kata asraf.
"boleh saya tolong anggota encik?"soal arash.asraf diam,
"tolong encik,sekurangnya saya tidak duduk menunggu,saya akan bantu apa yang saya tahu"kata arash.asraf tersenyum lalu mengangguk.
"terima kasih encik"kata arash.
"sama-sama"kata asraf.

dato aishah yang duduk bersama puan sri akma serta tan sri aris tidak henti-henti menhubungi kenalan rapat mereka yang mungkin dapat membantu.
"macam mana ni bang,macam mana anak kita?"soal puan sri akma dengan suara yang serak,matanya sudah merah setelah seharian menangis.tan sri ariss mengusap bahu iaterinya.
"saya buntu,dah bermacam soalan yang ada dalam otak saya yang masih tak terjawab,mana anak kita?"macam mana cucu kita?"diaorang kat mana?"betul ke ada orang jahat bersama mereka?"semua soalan tu buatkan saya macam nak gila"kata tan sri ariss.dato aishah menyeka matanya.
"sabar tan sri,puan sri,semua orang risau pasal airis,hanya Allah je tahu dimana dia sekarang,kita dah buat solat hajat dan bacaan yassin,InsyaAllah,Allah akan berikan petunjuk pada kita"kata dato aishah.
"mana airis,mana anak mama..."rintih puan sri akma dengan esakan kuat.
"sabar,awak kena sabar,Allah tak suka orang yang selalu menangis,awak mama dia,awak kena kuat,kita kena sama-sama kuat,kalau kita tak kuat macam mana dengan arash,dia lagi berkali ganda risau dari kita,airis isterinya,anak yang dikandung itu anaknya,lagi dia risau"kata tan sri ariss.dato aishah mengangguk.

arash dan asraf serta beberapa anggota polis lain turut meninjau persekitaran lorong dan kawasan berhampiran itu.
"saya dan encik arash serta dua orang anggota lagi akan pergi pada sekumpulan remaja itu,"kata asraf menunjuk ke arah beberapa remaja lelaki bersembang sambil duduk di atas moto.
"yang lain akan pergi bertanya pada orang awam yang lain"kata asraf.mereka semua mengangguk faham.
"encik"panggil asraf terus arash mengikutnya.mereka berjalan me arah remaja itu.mereka agak kalut apabila melihat anggota polis menghampiri mereka.ada yang membetulkan baju,ada yang melempar rokok jauh-jauh,ada yang mencapai helmet ingin lari,
"nanti dulu"arah asraf.terus mereka berdiri dengan tegak.asraf memandang satu persatu.arash hanya memerhati.
"bang,maafkan kami,kami tak ada buat salah pun,kami cuma duduk bersembang je"kata salah seorang dari mereka.
"kami nak tanya kamu semua beberapa soalan,bukan nak soal kesalahan kamu"kata asraf.kelihatan wajah mereka lega.
"ada apa bang?"soal remaja di hujung sekali.
"kamu ada melepak di sini tak pada dua minggu lalu?"soal asraf.
"hari apa bang?"sebab kami kadang-kadang kerja"soal remaja di tengah.
"hari ahad"jawab asraf.
"oo..ada,ada"jawab mereka serentak.
"kamu ada nampak kes penculikan atau,apa-apa kenderaan misteri dekat kawasan ni?"soal asraf
"kami datang sini lebih kurang pukul lapan pagi,kami duduk sampai pukul sebelas"jawab remaja didepan.
"tapi ada sebuah van kat depan lorong tu"kata remaja ditengah-tengah.
"van macam mana?"soal asraf.
"van tu agak besar jugak,warna putih"jawab mereka.
"siapa pemandunya?"soal asraf.
"seorang perempuan sebaya kami je,"jawab mereka lagi.
"kamu nampak perempuan tu?"soal asraf.
salah seorang dari mereka tersengih.
"saya ada mengurat dia"jawab remaja itu jujur.
"dapat nombor?"soal asraf.
"dapat..kenapa bang?"soal remaja itu
"bagi saya nombor tu"kata asraf.remaja itu seperti enggan memberi.
"saya buka nak rampas dia dari awak,kalau awak tak nak subahat dengan apa-apa jenayah kamu bagi nombor tu pada saya"kata asraf.remaja itu terus mengeluarkan telefonnya.
"kamu tahu dekat kawasan ni ada kes penculikan?"soal asraf
"ye ke bang?"tapi takkan perempuan tu yang culik?"dia nampak okay je"kata remaja itu.
"kami hanya nak siasat,boleh kamu ikut kami ke balai?"soal asraf.
"saya minta maaf bang,sebenarnya kami dalam kerja ni,lepak sini pun sebab rehat"jawab remaja itu.asraf mengangguk patutlah pakai baju sama semua.
"boleh bagi nombor telefon,bukan apa..kamu semua dah banyak bagi maklumat pada pihak polis,sekaligus memudahkan kami untuk menyiasat,mana tahu kalau kami masih perlukan bukti kami akan menghubungi kamu"kata asraf.
remaja itu enggan lagi.
"tolong dik..isteri abang kena culik,kalau adik bantu dalam penyiasatan ni,akan memudahkan pihak polis untuk menyelamatkan isteri abang"rayu arash.
"baiklah bang"kata remaja itu.terus memberikan nombornya pada asraf.
"kamu nampak nombor plat van tersebut?"soal asraf
"err..yang tu saya tak berapa pasti ,eh..korang ada nampak?"soal salah seorang dari mereka pada rakan-rakannya.
"tak silap saya,AAA 123,hah..tu lah"jawab rakannya.
"AAA 123?"pasti?"soal asraf.
"betul-betul pasti bang"jawab remaja itu.
"terima kasih dik,Allah je boleh balas jasa adik"kata arash.
"sama-sama"jawab mereka serentak.mereka bersalaman sebelum arash dan yang lain berlalu.
"fuhh..ketar gilerr kau,"kata remaja itu pada rakannya.
"eh,tapi betul ke nombor plat yang kau bagi tu,nanti naya orang dohh"kata rakannya.
"betullah"katanya.
"woi,jai..yang kau termenung tu kenapa?"
"aku pelik,takkan perempuan yang cantik macam tu terlibat dengan penculikan?"kata seorang yang bernama jai.
"kan abang tu dah cakap,diaorang nak siasat dulu"jawan rakannya.
"eh,rehat dah nak habis,jom ark"terus mereka berlalu dengan motor masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience