MAGISNYA CINTA Bab 20

Romance Completed 9847

airis melihat sepasang dress cantik berwarna pink yang terletak di atas katil.usai mandi tadi dia langsung tidak nampak arash.
"mana mamat ni pergi?"siap sediakan baju untuk aku lagi"kata airis.dia mencapai gaun itu,dia tersenyum saat melihat gaun yang bercorakkan bunga kecil,tidak mendedahkan bahu atau tangan,labuh sampai ke kaki,dah macam jubah,tetapi nampak elegen dan seksi di mata airis.
dia kemudian membawa gaun itu ke bilik mandi.

arash membetulkan baju kot hitamnya.dia sudah bersedia dengan meja yang dihias cantik bersama lilin,hidangan steek disusun cantik dalam pinggan.meja itu dilitupi kain-kain yang berwarna putih,tampak cantik apabila angin laut membuainya.arash tersenyum melihat airis berjalan dengan wajah yang terkejut melalui lorong-lorong yang dihiasi lilin.
"arash,awak buat apa ni?"soal airis teruja.
"untuk awak"jawab arash sambil menarik kerusi untuk airis,airis duduk dengan senyuman melihat kecantikan suasana itu,matahari yang akan terbenam tampak sungguh cantik dengan warna jingga.
"arash,please explain to me"kata airis.
"ini hadiah saya untuk awak yang sudi datang sini"kata arash.
"biar betul awak ni arash?"kenapa awak buat semua ni?"and one thing,kenapa awak kena bagi saya dress ni?"soal airis dengan senyuman.
"kan saya dah cakap,malam ni malam yang paling indah sebab kita akan tengok matahari terbenam,bukan senang nak tengok tau"kata arash.
"ye lah,tapi..'
"dah-dah jom kita makan"kata arash.airis tersenyum.lalu menghiris steek masuk ke mulutnya.arash memandang airis dengan senyuman.airis kadang-kadang membalas senyumnya,inilah yang dia mahukan,mahukan senyuman ikhlas dari airis.
"kenapa waktu macam ni tak ada orang?"selalunya ramai orang kat sini untuk tengok matahari terbenam,kecuali hujung sana ramai orang?"soal airis
"saya tempah kawasan ni untuk kita"kata arash selamba.terus airis ternagnga.
"arash!!"
"betul lah,kita akan borak sama-sama sambil tengok bintang di langit,kalau ramai-ramai tak seronok"kata arash.
"macam-macam lah awak ni arash"kata airis tergelak.
"romantik tak suami awak ni?"soal arash
"romantik tu sikit je dalam 20% kalau kelakar pulak 30% tapi comel.."kata airis sambil ketawa.
"serious?"soal arash kembang hatinya.
"oh no..silap cakap,nanti awak akan perasan and akan ungkit benda ni sampai bila-bila,maksud saya bukan comel tapi degil+suka kacau orang..hah..thats right"kata airis.
"mana aci,yang first awak cakap itulah yang keluar dari hati awak"kata arash.
"suka hati nak percaya ke taknak"kata airis.terus mereka ketawa.

usai makan,mereka berjalan menyusuri pantai.
"bestkan Langkawi ni,ada pantai yang sangat cantik,tempat yang indah untuk tenangkan fikiran"kata airis.
"orangnya pun handsome"kata arash
"perasan"kata airis mencebik
"apa nama kampung opah tu?"soal airis
"Kampung Kuah,dekat dengan Pekan Kuah,dekat situ pulak ada macam-macam tempat menarik"kata arash.
"ohh..dah lama ke opah tinggal sini?"soal airis.
"opah asal dari china,tapi dia ikut wan saya datang sini dan dia memeluk islam,"kata arash.
"patutlah muka opah macam cina"kata airis
"look her grandson"kata arash.
"cucu dia tak nampak macam cina tapi macam bangladesh"kata airis.
"sampai hati"kata arash.airis gelak kuat.
"opah mama kepada mummy awak atau daddy?"soal airis
"mummy,"kata arash.airis mengangguk kepala.
"memang awak suka tinggal sini erk?"opah cakap awak dulu sekolah sini"kata airis.
"yes...saya suka tempat macam ni daripada KL yang sentiasa sibuk,kalau saya sekolah sana pun mummy dan daddy sentiasa sibuk,sebab tu saya agak rapat dengan opah"kata arash.
"kenapa pindah?"soal airis
"saya ni jadi rebutan ramai wanita tau,cuma nama saya je bukan buaya kalau tak dah memang playboy saya ni"kata arash
"ye ke.."kata airis.
"betul lah,saya selalu dapat surat dari budak perempuan dekat sekolah,tapi saya langsung tak balas,sampai ada boyfriend diaorang datang nak tumbuk saya,saya bukannya takut dengan tumbukan tu,tapi saya malas nak rampas-rampas kekasih orang sebab tu saya pindah"kata arash
"poyo lah arash!!"jerit airis.
"eh,mana ada lah,saya cerita betul"kata arash.
"arash poyo!!"jerit airis kearah sekelilingnya.
"eh..mana ada"sangkal arash terus mengejar airis yang berlari sambil menjerit namanya.

mereka masih lagi bergelak ketawa apabila sampai di dalam bilik
"laju jugak awak lari erk"kata arash melepaskan lelah.
airis duduk di atas sofa dengan sisa tawa.
"mestilah,saya wakil sekolah tau"kata airis.
"setakat sekolah buat apa,saya wakil negeri"kata arash.
"tak habis-habis poyo"kata airis.
"poyo asalkan cerita tu tak tipu,mana ada rekaan semata-mata tau"kata arash.
"dari layan kepala awak cakap baik saya pergi cuci muka ni"kata airis terus berjalan ke arah bilik mandi,tiba-tiba kakinya tergelincir kasut tingginya,tubuhnya melayang ingin jatuh mujur sempat ditahan oleh arash dan mereka terjatuh atas katil,airis terkaku melihat mata arash yang begitu cantik dan mencairkan hatinya dengan tidak sedar.arash pula merenung airis dengan tajam.mata mereka bersatu,sehingga akhirnya.

airis diam sedari dalam kereta lagi,kini mereka sudah tiba di rumah opah,arash meraup wajahnya,hatinya betul-betul rasa bersalah,
"apa aku dah buat ni.."kata arash sendirian.
airis pula memeluk lututnya memandang je balkoni yang kosong pada pandangan matanya.hidupnya kini benar-benar hancur,apa yang ditakuti dan memang dielakkan benar-benar terjadi.
"arash,awat dengan hampa ni?"soal opah duduk disisi cucunya
"kenapa opah?"soal arash
"hampa balik dari chalet tu..sampai sekarang hampa senyap,sepatah opah tanya sepatah hampa jawab,cuba bagitau opah"kata opah.
"takde apa opah,biasalah ada gaduh sikit"kata arash tersenyum
"opah kenai hang dah lama dah arash,dari hang kecik opah yang dok tengok,opah tau hampa ada masalah,tapi kalau hampa takmau cakap..opah tak kisah,tapi hampa kena ingat,apa-apa yang jadi dalam rumahtangga mesti ada jalan selesai dia,kalau hampa dok sedih,pakat pendam dalam hati,iblis lagi suka,lebih baik hampa cuba tolak ansur,kalau ada salah minta maaf,bukannya buat haluan sendiri"nasihat opah.
"terima kasih opah,arash sayangkan opah,arash akan dengar nasihat opah"kata arash memeluk bahu opahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience