MAGISNYA CINTA Bab 25

Romance Completed 9847

"assalammualaikum"panggil airis dari luar rumahnya.
"waalaikumsalam"jawab puan sri akma tegas.pintu dibuka.airis pelik melihat air muka mama dan papanya.arissa juga tunduk memandang lantai.
"kenapa semua monyok ni?"soal airis tersenyum.dia meletak beg disisi tangga.
"pergi mana malam baru balik?"soal puan sri akma.tan sri ariss hanya diam.sudah berapa kali dibagitahu isterinya supaya bersabar dulu,tetapi puan sri akma terus-terusan membangkang.
"kan airis pergi dengan tirah"kata airis.
"pergi dengan tirah ke,pergi dengan jantan?"soal puan sri akma geram.airis terkejut.wajah adiknya yang mendung dipandang.
"tak payah nak pandang-pandang arissa.mama dah tahu semuanya"kata puan sri akma menghampiri airis.
airis terasa dirinya bagaikan berada di tali gantung.
"airis,jawab mama tanya ni!"marah puan sri akma.pipi airis ditamparnya.airis jatuh terduduh.airis hanya diam.air matanya gugur satu persatu.
"mama!!"dah lah!!"jerit arissa.terus memeluk kakaknya.
"kan saya dah cakap,jangan sampai naikkan tangan!!?"marah tan sri ariss kepada isterinya.
"sebab abang tak pernah nak tangankan dialah,dia jadi macam ni"kata puan sri akma.
"perkara boleh diselesaikan,lagipun diorang dah kahwin,bukannya tak"kata tan sri ariss.
"saya tak kira bang..malu saya,mana saya nak letak muka?"saya tak sangka anak yang selama ni baik,hormat orang tua,berdikari,berpelajaran conteng arang ke muka kita"marah puan sri akma.airis hanya tahu menagis.rasa sakit dipipi tidak terasa.tetapi rasa sakit dihati terlalu kuat.
"airis,cepat jawab"marah puan sri akma terus memukul-mukul badan airis dengan tangannya.semakin erat pelukan arissa.
"sudah!!"tempik tan sri ariss.arissa pantas berlari ke biliknya.dia mencapai telefon lalu didail nombor arash.
"abang..cepat datang.."kata arissa dalam getar tangisannya.
"cepat..kakak kena marah dengan mama..kesian kakak"rayu arissa.terus talian dimatikan.
arash cepat-cepat mencapai kunci keretanya.
"mummy jom ikut along"kata arash.dato aishah yang sedang membaca terkejut.
"kenapa ni long?"soal dato aishah.
"airis"kata arash.terus dato aishah.mengikut anaknya setelah mencapai tudung.
"sabar long..jangan bawak laju-laju"kata dato aishah.
"along risau mummy,kalau jadi apa-apa dekat isteri dan anak along macam mana?"soal arash.terus memandu dengan laju.
"sabar"kata dato aishah.mereka tiba di perkarangan rumah tan sri ariss.terdengar keriuhan suara puan sri akma.
arash hanya mengetuk pintu yang terkunci.arissa lekas-lekas membuka.arash masuk dengan gelojoh ke arah airis yang berdiri di sisi tangga.
"hah..ni siapa pulak?"marah puan sri akma.
"saya suami dia"jawab arash tegas.airis menggengam tangan arash.
"dato?"soal tan sri ariss terkejut melihat dato aishah di sisi arissa.dato aishah hanya mengangguk.
"ohh..ni lah suami airis rupanya?"soal puan sri akma.
"makcik,bagi airis peluang jelaskan semua dulu,jangan terus-terus memukul tanpa sebab"kata arash.
"makcik dah tahu semuanya,tak ada alasan lagi,korang dah conteng arang ke muka makcik ni"kata puan sri akma.
"ye..saya tahu tapi makcik tetap kena ambil tahu sebab kenapa airis merahsiakan semua ni,dia tak nak makcik dan pakcik risau dan tertekan,kami memang nak bagitahu mak cik dan pakcik lebih awal,tapi waktu tak mengizinkan,airis bagitahu saya makcik ada penyakit darah tinggi,dia terlalu risau dengan kesihatan makcik"kata arash.puan sri akma diam.
"betul tu puan sri,airis dan arash terpaksa merahsiakan dulu perkara ni,menantu saya sendiri yang bagitahu,kalau saya boleh menerima semua ni,kenapa tidak puan sri dan tan sri?"kata dato aishah.
"maafkan perbuatan isteri saya dato"kata tan sri ariss.
"puan sri tak salah,memang semua emak akan lakukan perkara yang sama kalau tahu anak mereka ada buat kesalahan yang paling memalukan,tapi saya tak nak buat macam tu,siapa kita nak marahkan takdir Allah untuk kita?"kita hanya merancang tapi Allah yang tentukan"kata dato aishah.
"saya minta maaf mama,papa,memang kami salah,saya dan airis dah tetapkan hari yang sesuai untuk bagitahu mama dan papa,itupun sebab airis cakap kesihatan mama dah semakin baik,saya dan airis akan tetap bersama kalau mama dan papa nak suruh kami berpisah atau buat haluan masing-masing,kami dah berjanji akan tetap bersama walau apa pun halangannya,itu semua sebab cinta yang kami ada dan bukti cinta yang kami dah miliki,sanggup mama pukul airis yang sedang mengandung kan anak kami iaitu cucu mama dan papa sendiri"kata arash dengan suara yang sendu.semua di situ sudah tercengang.
"airis..mama minta maaf sayang,mama salah,mama terlalu ikutkan emosi"kata puan sri akma memeluk airis.airks membalas pelukan itu dengan tangisan yang semakin kuat dato aishah tersenyum.arash menyeka air matanya.tiba-tiba airis terkulai di pelukan puan sri akma,
"airis!!?"jerit puan sri akma kuat.

"saya takkan maafkan diri saya kalau anak dan cucu kita jadi apa-apa bang.."kata puan sri akma sambil menangis di bahu suaminya.
"ye..saya pun silap,kita sama-sama salah"kata tan sri ariss.
"kita bersabar dulu puan sri,tan sri,insyaAllah anak dan cucu kita akan selamat"kata dato aishah.arash sudah duduk di hujung bangku sambil memicit-micit kepalanya.doktor wanita keluar dari bilik yang ditempatkan airis.
"macam mana doktor?"soal arash.semuanya berkumpul di belakang arash.
"puan airis tak ada apa-apa,cuma seperti yang saya cakap,puan jangan terlalu tertekan,ia bakal memudaratkan kesihatan bayi di dalam kandungan"jawab doktor itu.
"isteri saya dah sedar ke?"soal arash.
"ye..puan airis dah sedar,tapi saya sarankan keluarga jangan masuk ke dalam lagi,cuma suaminya sahaja,sebab saya takut keadaan puan jadi tak stabil lagi,"kata doktor.
semuanya mengangguk.
"saya kedalam doktor"kata arash.
"oh..sebelum saya lupa,puan kekurangan gula dalam badan jadi saya terpaksa tahan dia dalam beberapa hari di sini"kata doktor.arash mengangguk.pantas dia berlalu ke dalam wad.airis tersenyum apabila melihat wajah arash yang duduk di sisinya.
"sakit pun boleh senyum lagi?"soal arash.
"airis lega sangat,mama dan papa dah tahu,walaupun pada mulanya diaorang tak dapat terima,tapi akhirnya mereka terima"kata airis.
"Alhamdulillah..lain kali jaga kesihatan tau"kata arash.
"kalau Allah nak bagi sakit,sakit juga"kata airis.
"pandai je menjawab"kata arash mencubit pipi airis.
"abang?"
"ermm?"
"abang rasa badan airis ni gemuk ke sekarang?"soal airis.
"kalau ye kenapa?"soal arash.
"betul ke!?"soal airis terkejut.dia melihat lengan dan pinggangnya.
"takde lah..sikit je"kata arash.
"mesti dah tak cantik kan?"soal airis merajuk.
"badan sayang naik sebab sayang mewakili seorang lagi kat dalam tu,"kata arash.
"so..maknanya dah kurang cantik?"soal airis.
"makin berseri adalah"kata arash.terus airis ketawa.
"ye la tu.."
"rindu opah kan?"kata airis tiba-tiba.
"nanti bila dah sihat kita pergi ke opah"kata arash.
"janji erk?"soal airis.
"ye..janji,banyak tempat abang nak bawak sayang pergi dekat Langkawi tu,kita pergi satu keluarga nak?"soal arash.
"nak..bestkan dapat pergi ramai-ramai"kata airis teruja.
"sekarang sayang tidur lah,abang pun dah mengantuk ni...tak larat nak melayan dah"kata arash sambil menguap.
"pukul berapa ni?"soal airis.
"pukul satu pagi sayang...cepat tidur"kata arash.airis mengangguk.terus dia memejam mata.

tujuh bulan kemudian...

airis dan arash tergelak sendiri apabila melihat gambar-gambar majlis perkahwinan mereka yang dilakukan semula atas arahan mama dan mummy,walaupun airis ketika itu sedang hamil dua bulan,mereka tetap mahu adakan kenangan di hari tua.
"cantik sayang..."kata arash.
"abang pun..handsome sangat,sampaikan tirah bisik dekat sayang tau,cakap dia sudi jadi bini nombor dua kalau abang mahu"kata airis sambil ketawa.
"ye ke..kalau macam tu besok boleh?"soal arash.
"boleh apa?"
"boleh sayang pinangkan tirah untuk abang"jawab arash.
"amboii..tirah gurau je lah..kalau berani abang buat lah"marah airis geram.arash ketawa melihat wajah marah isterinya.
"abang pun gurau jugak,"kata arash.terus airis tersenyum.
"anak kita abang dah ada nama?"soal airis.
"kan kita dah bincang hari tu?"kata arash.
"comfirm?"
"ye lah,maknanya pun baguskan?"kata arash.airis mengangguk.
"tak sabar abang nak tengok anak kita"Kata arash.
"sabar lah,lagi dua bulan je...sayang pun tak sabar"kata airis.tangan arash mengusap perut besar isterinya.
"abang?"
"ye sayang.."
"kenapa airis rasa tak sedap hati?"soal airis.
"kenapa?"
"airis takut jadi apa-apa dekat airis dan anak kita"kata airis.
"jangan risau,semuanya Allah dah tentukan,kita berdoa mohon banyak-banyak"kata arash.
"kalau jadi apa-apa dekat sayang dan anak kita,abang sentiasa ingat kami erk?"soal airis.arash mengusap kepala airis.lalu dicium.
"apa sayang cakap ni,tak akan ada apa-apa lah,abang kan hero sayang dan anak kita?"kata arash.airis memeluk arash.
"abang sentiasa hero kami"kata airis.
"jadi ke nak pergi jugak rumah shasha besok?"soal arash.
"jadilah,kesian dia,dia nak sangat sayang ada waktu dia bertunang"kata airis.
"bahaya lah sayang"kata arash.
"takpe..sayang akan bawak kereta perlahan-lahan je,nanti sayang akan call abang cakap sayang dah sampai,walaupun rumah shasha tu tak jauh pun"kata airis.
"kalaulah abang boleh temankan"kata arash.
"kursus tu kan penting,abang jangan risau sayang kan ada Allah"kata airis.arash tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience