MAGISNYA CINYA Bab 7

Romance Completed 9847

airis tirun dari kereta polis itu yang menghantar mereka ke cafe itu semula.wajahnya benar-benar masam.arash mengejar airis yang kini sudah sah menjadi isterinya.
"airis..jangan macam ni please"kata arash menghalang jalan airis.
"apa lagi awak nak arash?"saya dah blur tahu tak?"fikiran saya serabut macam mana saya nak bagitahu mama dan papa saya,apa perasaan diaorang bila dapat tahu,semuanya jadi satu"kata airis menangis.
"airis...saya minta maaf semuanya salah saya,saya yang mulakan dulu,tapi percayalah saya pun terperangkap,saya langsung tak tahu yang selama ni diaorang lakukan operasi dekat kawasan sini,cafe ni baru lagi,sebab tu saya masih tak tahu selok-belok kawasan sini."kata arash
airis membesarkan matanya
"ini cafe awak?"ok fine"kata airis terus berlalu ke keretanya.
"airis..dengar dulu sa..'belum sempat arash habis.bercakap terdengar jeritan airis terus dia meluru."kenapa?"soal arash.
airis menangis.arash terkejut melihat keempat-empat tayar kereta airis sudah hilang.
"takpe nanti saya tolong panggilkan mekanik,jom saya hantar.awak"kata arash.airis tidak berkata apa-apa.dia cuma mengikut.airis terkejut melihat moto skuter milik arash.
"naik moto"soal airis
"err...saya bawak ni ja.."kata arash tersengih
"takpa lah saya call teksi"kata airis
"airis..tak payah membazir,lagi satu bukan senang teksi nak ada kawasan ni...nanti lama awak kena tunggu,jom lah saya hantar"ajak arash.
"ta..tapi saya tak reti nak naik"kata airis
arash tersenyum
"senang je...awak pegang bahu saya lepastu pijak disitu dan berdiri and then dah selamat mendarat atas moto"kata arash.airis yang teragak-agak mencuba.dia hampir terjatuh tetapi arash sempat memegang tangannya.kini dia sudah berada dia atas moto.
"err..jangan berani bawak laju-laju erk..saya saman awak nanti"kata airis memberi amaran.arash tersenyum.
"are you ready miss"kata arash.airis hanya mencebik.terus moto dibawa arash dengan kelajuan sederhana.airis hanya duduk sambil memegang bahagian sisi moto.jelas.wajahnya yang tidak selesa.

"mana rumah awak?"soal arash.
"depan tu"jawab airis.terus arash berhentikan motonya.airis turun sambil memebuka helmet dikepala.
"ini ke rumah awak?"soal arash.airis mengangguk.
"awak anak tan sri ariss yang ada syarikat besar tu?"soal arash.airis angguk lagi.
arash menelan liur.
"tan sri ariss tu kan kawan mummy..alamak mati lah aku.."kata hati arash.
"saya pergi dulu"kata airis ingin berlalu.
"err..airis boleh saya ambil nombor fon awak?"soal arash.airis pada mulanya teragak tetapi akhirnya dia menghulur kad dari dalam.beg sandang miliknya.
"saya tak nak mama dan papa saya tahu status kita,dan saya tak nak awak kenal dengan diaorang"kata airis tiba-tiba.
"motif?"soal arash
"motifnya sebab lepas ni kita akan bercerai,hanya kita berdua tahu itu"kata airis.arash tunduk.
"awak pasti dengan keputusan tu?"soal arash
"sangat pasti,dan saya takkan pernah ada rasa menyesal,saya yakin sangat awak pun mesti ada seorang wanita yang ingin awak kahwini kan?"mesti awak pun ada impian dengan dia,saya tak nak sebab kan ini awak jadi terpaksa,"kata airis
"kalau awak nak tahu,sekali lidah saya mengucapkan akad,saya pasti takkan ada untuk kali kedua"kata arash.airis tersenyum sinis
"sekarang bolehlah awak cakap macam tu,nanti mesti awak akan ubah fikiran jugak kan?"katanya
"kalau saya katakan saya ikhlas dengan perkahwinan paksa ni?"soal arash
"itu hak awak,tapi awak tak boleh nak halang hak saya,dah la arash..cakap banyak pun tiada apa yang berubah.assalammualaikum"kata airis terus berlalu ke arah pintu pagar yang terbuka.arash terus menderu laju dengan motonya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience