MAGISNYA CINTA Bab 23

Romance Completed 9847

tiga bulan kemudian.....

airis tidak henti-henti berulang-alik dari katil ke bilik air.entah apa yang dimakannya sampaikan dia muntah tidak henti-henti memang silapnya jugak pergi makan sotong yang sememangnya alergi dalam tubuhnya.airis menggosok perutnya.dia tidur diatas katil dengan wajah pucat.
"ya Allah..kenapa dengan aku nih?"rintih airis.tekaknya rasa mual lagi terus dia berlari ke bilik air.arissa masuk ke dalam bilik kakaknya dengan risau.
"akak ok ke?"adik dengar dari tadi akak muntah?"soal arissa.
"ntah.."balas airis lemah.terus dipimpinnya airis ke katil.
"adik call abang arash erk?"soal arissa perlahan.semenjak dia berjumpa dengan arash sebulan yang lalu,memang dia sudah rapat dengan abang iparnya yang dianggap terlalu tampan itu.
"nak buat apa?"tak naklah"sangkal airis.
"kita pergi kliniklah"kata arissa.terus mendail no arash.lima minit kemudian arissa masuk dengan tudung dikepala.
"akak jom,abang arash dah ada bawah"kata arissa.
"akak taknak lah dik..nanti mama tanya nak jawab apa?"kata airis.telefonnya berdering.terus diangkat
"abang ada bawah ni"kata arash
"airis tak nak..nanti mama syak apa-apa"jawab airis.
"abang cakap jangan degil kan?"kata arash.
"yelah..yelah"airis mengalah.terus dia menukar pakaian dari baju t kepada blaus dan skirt labuh.
"akak kena pura-pura ceria,kalau tak nanti mama perasan"kata arissa.airis mengangguk.
"adik dah ada alasan"kata arissa.mereka turun kebawah.
"nak pergi mana pulak dua orang ni?"soal puan sri akma dari dapur.arissa tersenyum
"adik nak pergi rumah kawan kejap,ada ulangkaji,tapi adik ajak akak teman boleh ye ma..?"kata arissa
"erm..yelah tapi jangan balik lewat"pesan puan sri akma.terus arissa mengenyit matanya pada airis.arash menutup pintu.dia kemudian berlalu ke tempat pemandu.
"kenapa demam tak cakap awal-awal dengan abang?"kan dah melarat"kata arash memulakan pemanduan.arissa dibelakang hanya mendengar.
"mana tahu nak seteruk ni,ingat demam biasa alergi makanan"kata airis yang bersandar.
"dah makan panadols?"soal arash
"belum"
"takpe nanti kita pergi check dan ambil ubat"kata arash.airis diam.kepalanya dipicit.
"kakak ni degillah abang,puas adik ajak ke klinik"adu arissa.arash tersenyum
"mana adalah"sangkal airis
"ada"
"tak.."balas airis.arash ketawa
"dah-dah,sekarang kita nak pergi klinik kan?"nanti abang suruh nurse cucuk ubat tidur kat korang"kata arash.
"sampai hati"kata arissa.airis tersenyum.

airis dan arash duduk dihadapan doktor wanita di dalam bilik itu.
"ada apa sebenarnya doktor?"soal arash
"puan airis tak ada sebarang penyakit cuma alahan biasa ditambah dengan demam,puan airis pregnant,tahniah encik dan puan"kata doktor itu.terus arash tersenyum bahagia.airis pulak tersenyum sedikit.
"thanks sayang"kata arash menggenggam tangan airis.
"berapa usia kandungan isteri saya doktor?"soal arash.
"pemeriksaan saya mendapati usianya baru sebulan,so..encik dan puan kena pastikan yang puan cukupkan rehat,jangan dipaksa untuk melakukan sebarang kerja berat,kerana usia kandungan masih awal,macam-macam impak boleh terjadi,saya akan sediakan vitamin dan calsium untuk puan,nanti ambil di kaunter"kata doktor itu.
"thanks doktor,bila akan ada check up seterusnya?"soal arash airis sudah berpeluh.
"buat masa ni setiap bulan puan kena datang sini buat check up,after this kita akan tengok macam mana"kata doktor.
"kami keluar dulu,assalammualaikum"kata arash.
"waalaikumsalam".
mereka keluar dari bilik itu.
"sayang,abang bahagia sangat,akhirnya kita akan ada anak"kata arash mencium pipi airis.
"abang!!"marah airis perlahan sungguh malu wajahnya ketika ada beberapa nurse melihat ke arah mereka.
"apa doktor cakap bang?"soal arissa.
"adik akan dapat anak buah"kata arash.
"betul?"soal arissa jerit.
"betul"balas airis.terus arissa bersorak.
"ish..macam budak kecik lah korang ni..jom balik"kata airis terus berlalu ke kereta.arash membawa plastik berisi ubat-ubatan.

kereta arash berhenti dihadapan tasik yang cantik.semuanya kerana permintaan airis.
"adik tunggu dalam kereta kejap"kata airis memandang arissa dibelakang.
"alah..akak ngan abang nak pergi mana?"soal arissa manja.
"kejap je..nanti abang belanja baju,or apa-apa yang adik nak"kata arash mengenyit matanya.arissa tersenyum lantas menaikkan ibu jarinya.airis sudah menjeling keduanya.
"ada apa sayang?"soal arash sewaktu mereka duduk di bangku batu.
"airis risau"jawab airis dengan suara serak.
"risau apa?"
"abang langsung tak fikirkan?"macam mana kalau mama dan papa dapat tahu?"airis takut sangat"kata airis.air mata di pipi diseka.arash memeluk bahu airis.
"abang akan pastikan mama dan papa,terima semua ni,dan kita terpaksa bagitahu diaorang perkara sebenar sebelum anak kita membesar dalam ni"kata arash menggosok perut kempis airis.
"ye..airis tahu,tapi airis rasa macam diaorang tak akan terima airis lagi,"kata airis.
"sebab apa?"sebab conteng arang pada muka diaorang?"tak..kita kan ada surat menikah dah sah"kata arash.
"entahlah,keluarga abang senanglah sebab diaorang dah tahu,tapi mama dan papa, airis tak sanggup nak hancurkan hati mereka"kata airis.arash menyeka air mata airis.
"kita kena doa banyak-banyak,hanya Allah je tempat kita berserah"kata arash.
"abang tak duduk tempat airis,abang takkan faham"kata airis.
"walaupun abang tak duduk tempat sayang,tapi abang sama-sama kena dugaan ni,so kita sama-sama akan selesaikan,jangan risau dan jangan sedih lagi,abang takut kandungan akan terjejas"kata arash.airis mengangguk.
"bila kita nak bagitahu mama dan papa?"soal airis.
"nanti kita bincangkan hal ni"kata arash.
"tapi abang janji,jangan biarkan airis sorang-sorang menghadap mama dan papa nanti,airis takut airis tak kuat"kata airis.
"abang kan suami sayang,i promise that,"kata arash tersenyum.
"cuba senyum sikit,kalau muka masam mana sesuai untuk ibu yang mengandung,abang nak anak kita tampan macam papa dia,kalau perempuan pulak cantik macam mama dia"kata arash.airis ketawa kecil
"papa dia kacak ke?"soal airis.
"ehh..kacak lah"kata arash.
"tak lah"balas airis.
"yes, papa dia kacak,kalah Lee Min Ho tau?"kata arash.
"perasan"kata airis.
"hidup kena ada rasa perasan,baru betul-betul jadi"kata arash terus airis ketawa.
"jangan lupa makan ubat yang doktor bagi,bulan depan abang jemput"kata arash.airis angguk.
"jom balik,kesian adik sorang-sorang"kata arash.
"alah,tak puas nak duduk dua"kata airis manja.
"nanti kita jumpa,masa tu bukan setakat berdua,dalam bilik pun boleh"kata arash.terus airis mencubit lengannya.airi tergelak melihat arash sudah menahan sakit.

bermula semenjak berjumpa dengan doktor seminggu lalu,airis tidak henti-henti mangalami alahan teruk,sehinggakan dia terpaksa mencipta pelbagai alasan pada papanya untuk tidak hadir ke pejabat.mujur ada arissa yang banyak membantu,itupun dapat upah dari si abang iparnya,tetapi airis tahu adiknya ikhlas menghulur bantuan yelah setiap adik pasti sayangkan kakaknya.yang penting arissa juga banyak membantu menyelamatkan dia daripada terkantoi dengan mama dan papa.
airis berbaring sambil meletak minyak panas di kepala.airis mengagkat telefon yang sudah berdering untuk kali ke tiga,semuanya gara-gara badannya terlalu lemah.
"kenapa abang call tak angkat?"risau abang"soal arash ditalian.
"anak abang ni lah...airis asyik muntah-muntah je"adu airis.
"ciannya dia..kalaulah abang ada untuk membantu"kata arash.
"takpe,arissa kan ada"kata airis.
"tapi tak sama antara suami dan seorang adik,ni dah makan ubat ke belum?"soal arash.
"dah,baru tadi makan"kata airis.
"maafkan abang,sayang...tak dapat nak teman sayang dalam masa alahan ni"kata arash tiba-tiba.airis tersenyum.
"tak apa,lagipun anak kita masih dalam perut,kalau dia ada diluar lain lah"kata airis.
"mummy dan daddy gembira sangat,tak sabar nak ajak sayang datang rumah"kata arash.
"airis pun rindukan dia,dah lah meeting haritu tak dapat datang,kalau tak boleh jumpa mummy,"kata airis.
"esok sayang datang erk?"soal arash.
"nak bagi alasan apa dekat mama dan papa nanti?"soal airis ketawa kecil.lucu dengan cadangan yang diterima.
"please sayang,nanti tidur sini,ataupun ajak arissa"kata arash.
"kesian mama dan papa asyik kena tipu je.."kata airis
"dah tak lama,nanti kita akan bagitahu jugak"kata arash.
"tengoklah esok airis call abang,arissa mesti taknak ikut punya,dia kan dah nak exam,ada ulangkaji"kata airis.
"kalau boleh datanglah sayang, abang betul,betul,betul rindu ni"kata arash.
"rindu siapa?"soal airis.
"rindu baby"kata arash.
"ok..fine besok kita jumpa terus buat pemindahan perut erk..?"abang dah tak perlukan airis lagi kan?"merajuk airis.arash ketawa.
"kalau abang tak perlukan sayang lagi,siapa nak bagi zuriat dekat abang lagi lepas ni?"abang dah set dalam kepala nama anak-anak kita tau"kata arash.
"what's your meant about anak-anak?"how much you think?"soal airis.
"ten or twenty"jawab arash
"arash!!"marah airis marah dengan gurauan arash.arash ketawa.
"abang rindukan baby dengan mama dia"kata arash.
"we miss you too"balas airis.
"ingat tau jangan tidur lewat-lewat,pastikan yassin atau al-quran di sisi,semoga tak ada sebarang tekanan pada sayang,pagi besok bangun terus minum ubat yang doktor kasi,telefon pastikan di sisi sayang jugak"kata arash.
"yes abang,jangan risau,setiap malam arissa tidur dengan airis"jawab airis.
"abang risau je"kata arash.
"abang..ngantuk lah,besok kita calling-calling lagi"kata airis.
"erm..yelah esok kalau tak larat sangat jangan paksa diri pergi office,"pesan arash lagi.
"ye cik abang"jawab airis.terdengar airis menguap.
"sweet dreams,mimpikan abang tau"kata arash.
"abang pun..mimpikan kami berdua"kata airis mengusap perutnya yang masih lagi kempis.
"love you more"kata arash
"love you.."kata airis.terus talian ditutup setelah airis menjawab salam.

"selalu ke eriqa tu dapat cuti?"soal tan sri ariss sewaktu di meja makan,airis yang pura-pura berselera makan meletakkan sudu.
"airis tidur rumah dia dua hari je papa,mama,eriqa ada buat kenduri sikit"kata airis.
"airis bukan demam ke?"nak pergi office pun tak larat,apatah lagi nak duduk rumah kawan,kalau dirumah boleh mama tengok-tengokkan"kata puan sri akma.arissa mencari idea untuk membantu kakaknya.
"haritu adik pun dengar kak eriqa nak buat majlis kenduri dekat rumah dia,tapi tak tahu bila,dia nak sangat kakak ada waktu kenduri tu..yelah kakak kan pandai bab-bab menghias"kata arissa.airis tersenyum.
"kenduri apa?"soal tan sri aris
"adik dia nak bertunang"jawab airis.
"pergi lah,tapi kalau tak sihat sangat balik je"kata puan sri akma.
"thanks ma.."kata airis.terus kenyitan mata dibagi pada arissa.
"maafkan airis mama,papa,airis terpaksa,nanti airis akan bagitahu jugak"kata airis dalam hati,tiba-tiba tekaknya rasa mual.dia bangun untuk naik ke bilik
"airis,kenapa?"makan bagi habis dulu"soal puan sri akma.
"airis kenyang mama,naik dulu"kata airis terus berlari ke atas.
"pelik betul kakak arissa sekarang ni,"kata mamanya.
"ada fon call lah tu"jawab arissa membela kakaknya.di bilik air airis memuntahkan segala isi yang dimakan tadi,dia bersandar lemah ke dinding.
"ya Allah kuatkan aku"doa airis.lima minit kemudian arissa muncul.
"akak jom,pergi atas katil"
kata arissa.terus kakaknya dipimpin ke atas katil
"sorry adik,selalu menyusahkan"kata airis.
"takpe kak,apa gunanya adik kalau tak tolong"kata arissa terus airis tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience