MAGISNYA CINTA Bab 21

Romance Completed 9847

arash membuka pintu bilik dengan perlahan.dia melihat airis tidur memeluk bantal.arash melangkah mendekati,dia melihat wajah sayu airis,ada kesan air mata di tubir matanya.dia menguak rambut airis yang berjuraian.tiba-tiba airis membuka mata,
"awak nak buat apa lagi dekat saya?"soal airis takut.dia berundur ke belakang.
"airis,saya nak minta maaf"kata arash
"saya taknak dengar apa-apa lagi dari awak,awak tipu saya,awak baik dengan saya,awak umpan saya supaya rapat dengan awak,tapi awak buat semua ni pada saya..,kenapa arash!!?"marah airis sambil menagis.
"saya tahu saya salah,tapi betul saya langsung tak sedar,entah apa yang merasuk saya."kata arash
"tipu!!saya menyesal ikut awak datang sini"kata airis terus turun dari katil dan ingin berlalu.pantas arash menarik tangannya
"airis,saya cintakan awak,salah ke?"soal arash.airis diam.dia memandang arash.
"salah ke airis?"saya suami,saya ada hak atas awak,dalam islam tak ada hukum macam mana yang awak fikirkan tu,saya merayu pada awak terima cinta saya ni,saya dah janji pada awak kan yang saya takkan sia-sia kan awak"kata arash.airis terus-terusan menagis.
"saya janji dalam diri saya,saya akan jaga awak sampai akhir hayat saya,biar saya dapat lihat awak walaupun waktu tu saya dah nak mati sekalipun,sebab saya tahu hanya awak yang Allah anugerahkan pada saya untuk saya jaga,cinta,dan sayang..awak anugerah saya airis..hanya awak."kata arash.airis menangis tersedu-sedan.arash menarik airis ke pelukannya,airis membalas pelukan itu,mereka sama-sama menyatakan cinta di dalam hati masing-masing.

airis ketawa geli hati apabila seekor burung helang datang mematuk makanan di tangannya.arash disebelah turut sama melakukan aktiviti di Eagle Feeding iaitu tempat memberi makanan kepada berpuluh-puluh ekor burung helang.
"seronoklah tengok burung ni makan,comel"kata airis teruja.
"puji burung pulak,habis abang ni tak comel?"soal arash
"dengan burung pun nak cemburu ke,?"kata iris sambil gelak.
"mestilah,patutlah burung ni semua asyik makan dekat tangan sayang je..,dah sayang puji diaorang lebih sangat"kata arash.
"mana adalah..abang tu yang tak tahu bagi burung makan,marahkan kita pulak"kata airis.
"ermm..yelah semuanya kita yang salah"kata arash.
"eh..merajuk erk?"soal airis mencubit pipi airis.
"taklah"jawab arash
"betul ke ni?"
"sayang rasa?"kata arash
"rasa-rasanya dah tua kot,sebab tu cepat merajuk"kata airis.arash memandang airis dengan tajam.airis terus ketawa melihat wajah emogi yang dibuat oleh arash.begitulah hari-hari yang dirasai oleh airis dan arash kini,airis juga keliru akhirnya hatinya betul-betul cair dengan senyuman dan kata-kata arash.si suaminya yang poyo.

setelah seharian mereka melakukan aktiviti yang menyeronokkan di pulau pelancongan itu kini mereka sudah tiba dirumah.opah terus tersenyum melihat kemesraan cucu-cucunya itu.
"Alhamdulillah ya Allah"syukur opah.
"opah,malam ni nak makan apa,cakap je,airis nak masakkan untuk opah"kata airis membawa barangan dapur.
"semalam kan airis dah masak,harini bagi opah pulak"kata opah.
"takpe lah opah,lagipun airis kan ada sini,boleh lah airis masakkan untuk opah,lusa dah nak balik,opah tak sedap airis masak ke?"soal airis dengan senyuman manis
"mana pulak tak sedap,tapi kesiankan airis masak sorang-sorang"kata opah
"alah,bukanya selalu opah,kalau macam tu kita masak dua orang,nak?"soal airis teruja
"boleh jugak"
"opah tak payah susah-susah opah anggap je dia macam cucu tiri,dera suruh dia masak sorang-sorang"kata arash muncul tiba-tiba
"eh..mana aci"marah airis.opah hanya ketawa.
"kalau saya.ni cucu tiri,abang tu suami kepada cucu tiri tu,so..taraf dia sama nah bawah ke.dapur"kata airis menyerahkan plastik berisi barangan dapur kedada arash.
"betul tu"sokong opah
"kita pulak kena"kata arash tidak puas hati apabila airis dan opah membuat high five didepan matanya.lalu meninggalkan dia seorang diri.
airis berdiri di balkoni sambil menhirup udara laut yang segar pada waktu malam.bintang beetaburan,bulan jugak terang.pinggangnya dirangkul dari belakang.dia tersenyum
"tenung bintang erk?"soal arash
"salah ke?"soal airis kembali
"tak salah,tapi siapa nak tenung abang?"
"tenung diri sendiri,cermin kan ada"jawab airis.
"mana best tenung diri sendiri,bertentang mata lagi best"kata arash.airis tergelak mendengar kata-kata itu.
"sayang"panggil arash perlahan
"mm..?"
"terima kasih,"kata arash
"because?"soal airis
"terima abang,walaupun sayang tak terima abang sepenuhnya pun,abang dah bersyukur,tak sangka pulak bila datang Langkawi ni hati sayang berubah erk..?"kalau tahu dari dulu lagi abang bawa sayang ke sini,memang Pulau Langkawi yang ajaib"kata arash
"saya terima abang sedikit demi sedikit,harap-harap lama-lama jadi bukit,dan seterusnya gunung,and then seluas lautan."kata airis sambil ketawa rasa kelakar dengan kata-katanya.
"saya pun tak tahu macam mana hati saya,saya cemburukan abang tapi hati membenci,saya sukakan abang tapi otak kata tak suka"kata airis
"itu namanya ego,keras kepala,degil"kata arash.
"amboii,sedapnya kata dekat orang"kata airis
"betullah"kata arash
"tapi,apa salahnya saya bagi abang peluang untuk bertahta di hati saya,"kata airis
"tu pun setelah dengar ayat puitis dari mulut abang kan?"gurau arash
"mana ada.."kata airis
"ada lah tu"
"no"
"I think yes"
"tak lah abang"
"ye lah sayang"
"dia mula dah"kata airis menutup telinganya lalu masuk ke dalam
"mula apa?"soal arash tergelak sendiri.
"arash!!"marah airis
"airis"tiru arash.
"nak mengadu pada opahlah"kata airis terus keluar.arash ketawa seorang diri apabila melihat airis betul-betul turun ke bawah dan masuk ke bilik opah.

hari terakhir di Langkawi membuat hati airis bagaikan hendak menangis.manakan tidak sekejap lagi mereka akan bertolak balik.
"airis?"panggil opah sambil menggenggam tangan cucunya.airis memandang wajah tua opah.
"kenapa ni?"soal opah
"tak best lah opah,dah nak balik rasa sekejap sangat,airis masih nak duduk dengan opah lagi"kata airis
"alah,nanti ajaklah arash datang lagi,bukannya ada masalah apa-apa kalau datang sini pun,opah pun lepasni mesti rindukan airis"kata opah
"nanti airis janji akan datang lagi"airis berjanji
"ye lah,nanti datang ajak mummy,daddy,si kembar tu dengan mama papa airis ke sini,baru meriah"kata opah
"kembar?"siapa?"soal airis hairan
"tak tahu ke?"soal opah.airis menggelang melihat senyuman opah
"adik arash, arissa dan amsyar"kata opah
"wah..kenapa aku tak pernah tahu sebelum ni erk"kata hatinya.
"arash tak pernah cerita,mesti bestkan opah kembar,kita boleh tahu orang yang muka sama macam kita"kata airis.teruja.
"tapi arissa dan amsyar ni kembar tak seiras"kata opah
"umur diaorang berapa opah?"soal airis
"19 tahun"
"sama umur dengan arissa,adik airis"kata airis
"baguslah kalau macam tu,abang dan kakak diaorang suami isteri,adik-adik pulak kawan rapat,macam cerita novel pulak"kata opah sambil ketawa.airis turut ketawa.
"opah tahu pasal novel ni,mesti suka baca"kata airis
"sukalah jugak sikit,tapi sekarang banyak mengurut dah tak berapa nak membaca"cerita opah.airis mengangguk
"dah,minum ni"kata opah.
"air apa ni?"soal airis melihat air hitam di dalam gelas
"ini air akar kayu yang berkhasiat,bagus untuk orang yang baru kahwin,memang tak sedap sikit tapi berkhasiat"kata opah.airis mencapai gelas itu lalu dihidu
"baunya opah"kata airis melarikan gelas itu dari hidungnya.
"alah,minum je..air ni popular tau dekat kampung ni,sebab cara nak membuatnya bukan senang,seharian akar kayu direndam,dicampur,dimasak barulah dapat hasilnya"kata opah
airis tidak sampai hati untuk mengecewakan hati opah dan usaha opah bertungkus-lumus membuat minuman ini padanya.dia meneguk air itu sekali gus.matanya dipejam wajahnya jelas menunjukkan betapa pahitnya air itu.opah tergelak melihat aksinya yang lucu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience