MAGISNYA CINTA Bab 14

Romance Completed 9847

airis baru selesai menunaikan solat asar,dari tadi hatinya risau kemana arash menghilangkan diri,airis duduk di atas katil semula.tangannya dimasukkan jarum semula.
"merajuk ke?"kata hati airis.
"kenapa pulak aku nak risau dia kat mana?"kata airis.terus menggeleng
"ya Allah jangan simpan rasa cinta aku untuk dia,dia layak dapat yang lebih baik dari diri aku yang tak seberapa ni"kata airis.terus menyeka air mata ayang mengalir.lima minit kemudian pintu bilik itu dibuka dari luar terjengul wajah risau puan sri akma dan tan sri ariss.arissa cepat-cepat memeluk kakaknya.airis tersenyum melihat keluarganya datang tapi tiba-tiba senyumannya mati melihat arash mengikut mereka dari belakang.dilihat wajah arash mendung,tiada lagi senyuman cerianya,tiada lagi kenyitan mata.
"kakak..kan mama tanya tu"kata arissa terus airis tersedar.
"maaf ma..apa?"soal airis.
"mama tanya macam mana boleh pengsan?"kerja teruk sangat ke?"soal puan sri akma.airis menjeling melihat arash yang hanya diam di hujung sana.
"doktor cakap airis kurang air dalam badan,biasa je ma..besok dah boleh keluar"kata airis.
"risau betul papa,mujur ada kawan airis,arash ni"kata tan sri ariss.airis diam
"ye pa..mujur ada dia"kata airis memandang arash.arash yang mendengar kata yang keluar dari mulut airis memandangnya."pakcik makcik,saya nak minta diri dulu,"kata arash menhulur tangan untuk bersalaman dengan tan sri ariss.tan sri ariss menyambutnya.
"no..arash tolong jangan pergi lagi"rayu airis dalam hati.
"ye lah,terima kasih ye tolong anak pakcik"kata tan sri ariss.puan sri akma mengangguk.
"sama-sama pakcik,saya gerak dulu,assalammualaikum"kata arash.dia sempat melihat airis sebelum terus menghilangkan diri.
"waalaikumsalam"jawab airis perlahan bersama rasa hiba yang muncul.
"dah makan ke?"soal arissa
"belum"jawab airis
"nak makan apa?"biar papa pergi belikan"kata tan sri ariss.
"airis tak lapar lagi pa...nanti airis makan makanan hospital ni je"kata airis.
"ermm..ye lah rehat,jangan banyak gerak,takut jarum tu tak kena pada uratnya"kata puam sri akma.airis tersenyum sedikit.

sudah dua hari airis berehat dirumah,rasa hendak kepejabat terbelengu begitu sahaja,hatinya risau tentang arash,sudah berpuluh missed call dilakukan namun tiada balasan,mesej meminta maaf juga tidak dibaca,
"arash,mana awak?"soal airis.dia duduk diatas katil,namun bangun semula,ke kiri,kanan,kiri,kanan,akhirnya dia mencapai kunci kereta.dia keluar dari rumah menuju ke keretanya
"airis!! nak kemana tu?"soal puan sri akma dari balkoni biliknya.
"airis nak jumpa kawan kejap mama,"kata airis.
"ye lah,tapi jangan balik lewat pulak,awak tu belum sihat sepenuhnya"kata puan sri akma,airis mengangguk.airis memandu laju menuju ke arah rumah dato aishah.dia turun menuju ke arah pintu pagar gergasi itu.seorang pengawal keselamatan keluar
"ye cik..ada apa?"soal lelaki separuh usia itu.
"pakcik,arash ada dekat rumah?"soal airis
"tuan arash ke cafe agaknya,ada apa-apa pesanan ke?"soal pengawal itu.
"er..takpa pakcik terima kasih"kata airis.terus masuk semula ke dalam kereta.dia memandu menuju ke arah cafe arash.dia memarkir di hadapan cafe itu.dia turun dengan hati yang bergetar.airis melangkah masuk.mencari-cari gerangan orang yanh dicari,waktu lunch sememangnya ramai di dalam cafe itu,menjadikan mata airis sukar melihat.dia terus menuju ke arah pejabat milik arash.tanpa mengetuk pintu dia membuka,alangkah tetkejutnya saat melihat arash bergelak-ketawa sambil memegang tangan dengan seorang wanita.arash juga terkejut.tanpa membuang masa airis keluar semula.
"airis!!airis!!"panggil arash namun airis tidak peduli.airis menderu dengan keretanya.arash melangkah ke arah vios yang terprking dihadapannya.dia memandu mengikut airis.airis memandu sambil menagis.dia berhenti kereta secara mengejut kerana arash menghalangnya di hadapan.
"nak mati ke?"soal airis ke arah arash yang berdiri di sisi pintu keretanya.
"airis,awak turun sekarang"arah arash.airis menggeleng.
"airis,saya ada satu perkara nak cakap"kata arash.
airis turun dari kereta dengan wajah geram
"kenapa?"dah jumpa.cinta sejati awak?"habis tu kenapa masih nak ikat saya lagi?"lepaskan saya and then suka hati awaklah nak kahwin dengan sapa-sapa pun"kata airis marah.suaranya bergetar.air matanya cuba ditahan
"bunyi macam cemburu je.."kata arash tersenyum.airis menjeling
"saya tak mungkin akan cemburu,sebab memang jalan cerita yang macam ni saya mahukan,tapi satu je saya minta jangan gantung saya tak bertali,awak sengaja ronyokkan kertas cerai tu,lepastu menghilangkan diri selama seminggu,rupa-rupanya berseronok dengan perempuan lain"kata airis.memeluk tubuh.arash tersenyum.tangan airis cuba digenggamnya.airis pantas menarik semula.arash tersenyum.
"sayang rindukan abang kan?"soal arash perlahan.airis yang mendengar terasa bergetar jantungnya dengan lersoalan itu.
"tak.."bidas airis.arash tersenyum
"macam ni ke nak bercerai,baru seminggu tak jumpa dah menangis cari saya,kalau bercerai tak boleh jumpa terus tau sayang,so..macam mana?"soal arash
"saya tak cemburu,dan saya tak rindukan awak,saya cuma benci orang menipu dan mempermainkan saya,sekarang baik kita sama-sama pergi makhamah,ambil borang tu,dan isi,lepas tu kita cerai,dan awak kahwin dengan perempuan tadi!!"kata airis.
"macam mana nak kahwin dengan adik kandung sendiri?"dia adik abanglah sayang.."kata arash.airis diam.dia memandang arash.arash mengangguk.
"tak kisahlah siapa pun,jom kita pergi"kata airis.masih dengan egonya.tangannya ditarik arash.airis mengikut dengan pelik.arash menariknya duduk di bangku di tepi tasik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience