MAGISNYA CINTA Bab 22

Romance Completed 9847

kamal mundar-mandir di hadapan rumahnya.dia memicit kepalanya yang berambut serabut itu,
"airis,mana kau nak lari dari aku,kau ingat kau lepas ke larikan diri dari aku..?"ini kamal lah,kamal boyfriend kau"kata kamal
dengan senyuman sinis.
"aku dah tahu siapa laki tak guna kau tu,takpe..aku bagi peluang untuk korang bahagia dulu..tetapi,nanti akan ada masa untuk aku pulak bahagia"kata kamal lagi.dia mendail seseorang,
"aku ada satu keje untuk kau"kata kamal dengan seseorang ditalian
"aku nak kau siasat seorang lelaki nama dia arash,"arah kamal,terus diletaknya telefon itu ke meja.

arissa termenung memandang keluar tingkap dapur rumah besar itu,sesekali dia menggaru kulit kepalanya,
"betul ke apa yang Tikah nampak tu hah?"soalnya sendirian.
"biar betul kak airis pergi bercuti dengan lelaki?"L.e.l.a.k.i?"sampai mengeja dibuatnya.
"setahu aku kak airis takkan keluar dengan lelaki kalau betul-betul tak ada hal yang mustahak,mungkin klien akak kot,,si Tikah ni pun satu,dia pergi bercuti dengan keluarga dia entah sape-sape yang dia nampak dia kata kakak aku"sangkal hatinya.
"adik,kenapa termenung jauh ni?"soal puan sri akma.
"err..takde apa ma.."jawab arissa tersengih
"betul ni?"
"betul mama,ermm...kak airis balik harini kan mama?"soal arissa
"ye..kejap lagi sampailah tu..bertuah betul dia pergi bercuti dengan kawan-kawan,dekat Langkawi pulak tu..jealous mama"kata puan sri akma
"alah ma..nanti kita pulak pergi,biar kakak sorang-sorang kat rumah"kata arissa
"hah..mengumpat erk?"sergah airis tiba-tiba.terus arissa menutup mulutnya.
"ya Allah budak ni,dia masuk tak bagi salam"marah puan sri akma.airis tersenyum ceria.jelas terpancar cahaya kebahagian diwajahnya.
"sorry mama..lapar sangat bila bau je masakan mama terus tak jadi nak bagi salam,"jawab airis sambil ketawa.
"ermm..yelah tu,mana Tirah?"tak masuk dulu?"soal puan sri akma.
"dia letih sangat,dia balik terus"kata airis.
"dah pergi naik atas mandi,kejap lagi turun makan"kata puan sri akma.
"yes mama"jawab airis terus membawa beg bajunya ke tangga.dia tersenyum gembira.
"tak puasnya bercuti,dah rasa rindu"kata hati airis.terus dia menyanyi riang masuk kebiliknya.

airis makan dengan berselera sekali,sungguh rindu dengan air tangan mamanya.
"macam mana bercuti?"best tak?"soal tan sri ariss.airis tersenyum
"best sangat pa..ada laut cantik,orangnya pun baik-baik"kata airis.
"airis ada nampak koleksi pinggan mangkuk baru?"soal puan sri akma teruja.
"mama ni..tak habis-habis dengan pinggan mangkuk..,kan dah berlambak dalam rak tu"kata airis
"alah..airis bukan tak tahu,mama airis ni nak buat muzium untuk anak cucu dia nanti"kata tan sri ariss mencelah terus airis tersedak.
"akak nah air"arissa menghulur air kepada kakaknya.
"tu lah mengata mama lagi,makan gelojoh macam empat hari tak makan"kata puan sri akma.airis tersengih
"cucu??"papa tahu ke rahsia aku?"kata hati airis.arissa memerhati gelagat kakaknya.
"now..makan je lepas makan cakaplah nak cakap apa"arah papa.mereka semua tunduk makan.

"kenapa lambat bebenor nak angkat call abang ni?"soal arash ditalian.
"tadi airis ada bawah,fon dekat bilik,sorry"jawab airis dengan sengihan.dia meniarap dia atas katilnya.
"dah makan?"soal arash
"dah..abang?"
"belum lagi"jawab arash
"kenapa tak makan lagi?"dah lewat lah"soal airis
"abang rindukan sayang,macam mana nak makan?"
"ish..mengada-ngada betul,asal rindu tak makan,asal cinta je tak makan,apa ni?"zaman bila?"soal airis tersenyum
"abang betul-betul ni"
"yelah airis pun betu-betul jugak,dah pergi makan,besok kita call lagi"arah airis
"kejap lagilah,besok dah masuk office?"soal arash
"mm..kesian papa dah tinggal dia sorang-sorang"
"rehatlah kalau dah tak larat"
"siapa cakap airis tak larat,okay je lah"jawab airis.
"bila boleh jumpa?"soal arash
"baru siang tadi jumpa,nak jumpa lagi?"
"mestilah"
"lusa kita jumpa dekat tempat biasa erk"kata airis
"jumpa dekat cafe lah"kata arash
"mm..yelah"
"nanti abang jemput erk"soal arash
"taknak lah,nanti papa syak,airis jumpa abang dekat cafe"kata airis.
"ok"
"dah lah..mengantuk"kata airis
"lah...baru call"kata arash
"betul ni,seharian dalam kereta"kata airis
"macam lah dia yang memandu"kata arash.airis ketawa.
"okay..okay..selamat malam sayang,i love you"kata arash.airis menyimpul senyum
"bye..i hate you"balas airis.
"airis!!"marah arash dengan suara yang diperlahankan
"arash!!"balas airis
"airis!!"
"arash!!"masih lagi airis membalas
"ris..sayang"panggil arash lembut.terus meletus tawa airis
"ok,ok sorry"kata airis.
"nasib baik jauh,kalau dekat dah lama kena cium"kata arash
"iee..pengotor"kata airis.
"suami siapa"kata arash
"suami manusia"kata airis
"tentulah manusia!!"marah arash.terdengar lagi ketawa airis.
"abang?"panggil airis.
"mm?"
"i love you"kata airis perlahan.arash tersenyum.airis menutup mukanya dengan bantal,malu.
"assaammualaikum"kata arash
"waalaikumsalam"jawab airis.terus talian diamatikan.airis tersenyum sendirian.dari luar biliknya arissa sudah menutup mulut kerana segala perbualan kakaknya sudah sampai ke telinganya.dia mengeleng kepala dan terus berlari kebiliknya.

airis menguruskan meeting pada pagi itu dengan pemerhatian dari tan sri ariss,airis tampak bersemangat dengan senyuman manis sentiasa di bibirnya.airis menamatkan mesyuarat itu tepat jam sebelas pagi.
"cik airiss pasal projek dekat sabah dan sarawak tu saya dah letakkan profilenya di atas meja cik"kata syikin sewaktu sama-sama melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu.
"ok,thanks"jawab airis
"cik airis,pasal proposal yang cik airis mintak kelmarin masih ada sikit lagi belum disiapkan,nanti saya hantar ke bilik cik airis"kata haziq takut-takut
"okay,but dont forget it,nanti hantar ke bilik saya,jangan dibuat pekasam pulak"kata iris dengan ketawa.haziq dan yang lain terus ternganga melihat airis pergi.
"nasib kau baik betul ziq,"kata rakan sekerjanya.
"aku pun hairan,baik semacam je cik airis tu,seram pulak aku"balas haziq.
"baguslah kalau cik airis dah berubah,kita jugak yang senang kan?"kata faezah merangkap penyambut tetamu di situ
"entah korang ni,cik airis berubah pun nak mengumpat,"kata rakannya.terus mereka bersurai.
airis bersama senyuman duduk di kerusi bilik pejabatnya.dia membuka file yang ada diatas mejanya.telefonnya di sisi berdering.dlihat nombor kamal terus dia buat tidak peduli.moodnya sedikit menjunam.telefon berbunyi tanpa henti.
"ish..kacau betul dia ni,nanti kalau aku offkan fon ni suami aku nak call tak dapat pulak"kata airis geram.dia memasukkan telefon ke dalam laci meja.dengan tenang dia memulakan kerja.

arash menekan punat alarm keretanya,buka sahaja pintu bahunya ditepuk dari belakang.dia berpusing melihat lelaki bertshirt lusuh dan jeans hitan sedang tersenyum sinis memandangnya.pintu kereta ditutup
"ada apa?"soal arash
"ada apa kau cakap?"aku datang sini nak selesaikan kes aku dan kau!!"kata lelaki itu dengan bengis.arash tersenyum sinis
"aku kenal kau pun tak,tiba-tiba nak selesaikan hal,hal apa?"soal arash
"kau jangan buat tak tahu,aku pasti kau dah tau semuanya"kata lelaki itu.
"siapa kau?"
"aku kamal!"jawab lelaki itu,terua arash mengangguk.
"so..kau lah kamal?"kau nak selesaikan kes apa dengan aku?"aku rasa antara kita dah selesai kot...aku dah cakap dengan kau jangan kacau airis lagi kan?"kata arash
"arash,arash...aku ingat kau dah faham maksud kedatangan aku ni!"kata kamal.
"kalau kau taknak kena masuk lokap..baik kau blah!!"arah arash.
"aku cuma nak kau ceraikan airis,dia milik aku,selamanya milik aku,aku dengan dia dah lama ingin hidup bersama,tapi disebabkan.....'
"disebabkan apa?"disebabkan kau tu jahat?"kau marahkan dia sebab putuskan hubungan dengan kau,dan kau rosakkan.kawan dia?"itu ke?"potong arash.kamal sudah mengemam bibir.
"apa kau dah tak tahu nak cakap apa?"soal arash
"aku tak kira,airis tu milik aku,dia mintak putus dengan aku disebabkan amy kawan dia yang tergila-gilakan aku"kata kamal
"dah lah kamal,aku tak kenal kau siapa,tapi aku cuma harap kau carilah perempuan lain,airis hanya untuk aku,kami dah bahagia,"kata arash sambil menepuk bahu kamal.terus tangannya ditepis
"kau ingat senang-senang aku nak lepaskan cinta aku pergi,aku cintakan dia,apa yang kau rasa,aku jugak rasa,aku akan tetap dapatkan airis walau apa pun terjadi,walau aku kena korbankan satu nyawa"kata kamal terus berlalu.arash menghembus nafas keras.
"dugaan apa pulak ni ya Allah"keluh arash terus masuk ke dalam keretanya.

airis tersenyum senang hati saat menghantar arissa ke kolej semula.
"akak kenapa senyum semacam je?"soal arisa.waktu itu mereka berada di pangkin bawah asrama.
"saja lah"jawab airis sambil berbalas mesej dengan arash.
"adik nak tanya sikit"kata arissa.
"apa?"soal airis tanpa memandang adiknya.
"siapa lelaki dengan akak dekat pantai tu?"dan siapa yang akak panggil abang?"abang angkat?"soal arissa.terus airis terkejut dan telefonnya jatuh keriba.
"aa..itu..erm..'
"jawab je kak..adik sedia dengar,kalau akak nak rahsiakan benda ni dari mama,papa adik boleh simpan"kata arissa.airis tunduk.kemudian memandang arissa.
"se..sebenarnya,lelaki tu suami akak"jawab airis.terus arissa menutup mulutnya dengan tangan.
"jangan marah lagi,tunggu akak cerita dulu"kata airis.airis pun memulakan ceritanya dari A-Z.
"faham?"soal airis.arissa mengangguk
"tapi kenapa tak terus terang dengan mama dan papa?"adik yakin diaorang akan okay"kata arissa.
"akak tak bersedia lagi,adik tolong rahsiakan dulu perkara ni?"kata airis menggengam tangan adiknya.
"apa-apa yang berlaku adik tetap dibelakang kakak,"kata arissa.
"thanks"airis memeluk arissa.
"you welcome"balas arissa dengan senyuman
"so..maknanya arissa dah ada abang ipar?"nak jumpa boleh?"soal arissa teruja.
"nanti lah"balasa iris dengan senyuman.
"maknanya nanti adik akan dapat anak buah?"soal arissa teruja.
"ish..mana adalah,ada pulak kesitu difikirnya"marah airis terus mereka ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience