MAGISNYA CINTA Bab 15

Romance Completed 9847

airis menarik tangannya kasar.mereka duduk di bangku tepi tasik itu.
"nak apa lagi nih?"soal airis.arash tersenyum
"saya nak kena pergi langkawi"kata arash.airis tidak hairan malah pelik.kenapa harus memberitahunya.
"so what?"kenapa bagitahu saya?"soalnya.
"abang bagitahu sayang sebab mana tahu nanti ada orang tu tercari-cari kita pulak,nangis bagai..dah lah susah nak pujuk,kalah budak kecik"kata arash.airis menjeling
"siapa budak kecik?"awak jangan permainkan ketinggian saya erk..awak tu yang terlebih tinggi macam galah"kata airis.arash rersenyum
"comelnya"kata arash menarik pipi airis.
"adoihh...sakitlah jangan nak gatal sangat boleh tak?"awak ingat saya ni adik-adik awak ke?"marah airis menggosok pipinya yang merah.arash ketawa
"abang nak airis ikut"kata arash.airis terkejut terus tersenyum sinis
"awak ingat saya tak ada keje kat sini?"buat apa nak pergi sana?"kalau nak pergi,pergi je lah..takpayah nak susahkan orang lain"kata airis.
"saya tetap nak sayang pergi,tak kira abang kat sana seminggu tau...lama nanti rindu macam mana?"soal arash membuat suara manja.airis mencebik
"saya rindu awak ke,awak rindu saya..?"don't be confuse okay?"kata airis.
"lagipun buat pergi sana?"dah nak kahwin lari?"kata airis geram
"saya nak melawat cafe baru,cawangan ke-2,sambil-sambil tu awak boleh kenal-kenal dengan opah"kata arash
"opah?"soal airis hairan
"yelah...opah"kata arash
"awak dah hilang akal ke..?"kalau opah awak tahu saya ni dah kahwin dengan awak...macam mana?"saya taknak sampai dato aishah tahu perkara ni"kata airis.
"mummy.."perbetul arash.
"tak kisah lah.."kata airis.
"awak jangan risau opah saya sporting orangnya.awak belum kenal dia lagi"kata arash.
"tak nak lah..saya sibuk"kata airis.
"pergi!"kata arash.
"no!"pantas airis menjawab
"pergi!"
"no!"
"kalau tak!"
"kalau tak apa?"soal airis geram
"saya bocorkan rahsia kita"kata arash.airis ternganga mendengar itu.
"you're so....
"so apa..so handsome?"soal arash.
"so..crazy"kata iris.terus berlalu dengan hati yang geram.
"awak jangan lupa..esok saya tunggu dekat depan rumah awak pukul 8 pagi,kalau awak tak keluar saya masuk"kata arash.airis yang mendengar terus berlalu dengan hati yang panas.

airis menghempas badannya di atas katil
Dia melihat beg di sudut biliknya yang sudah siap dikemasnya semalam.
"huh..benci,benci,benci!!"kata airis menggengam penumbuknya.
"kalau tak ikut habislah aku dengan mama dan papa"kata airis.dia terpaksa membohongi puan sri akma dan tan sri ariss bahawa dia hendak bercuti bersama rakan-rakan.telefon di sisinya berdering kuat.malas mahu menjawab kerana sudah tahu pemanggilnya.dia bangun membawa beg menuju ke bawah.
"airis,tirah dah sampai ke?"soal puan sri akma.
"ye ma..airis pergi dulu erk"kata airis mencium tangan tua itu.
"nak pergi bercuti muka kenapa monyok je..macam tak happy"kata puan sri akma.
"eh..taklah airis gembira sangat..yelah kita tak bolehlah happy sangat nanti berlawanannya adalah sedih..betul tak mama?"soal airis pura-pura ceria.
"betul tu..best tau langkawi tu..nanti mama nak ajak papa pergi lah"kata puan sri akma menyimpan angan.
"best memang best tapi punggung tumbuh akar jugak lah..nun jauh ke Kedah"kata iris tersenyum.
"jauh takpa asalkan pinggan,mangkuk dia cantik-cantik semua"kata puan sri akma.
"erm..dah agak dah"kata airis.terus mereka ketawa.telefonnya berdering lagi.
"ok ma..airis pergi dulu,bye"kata airis.terus berlalu.dia melangkah malas dengan wajah yang menyampah menuju ke arah kereta vios biru milik arash.
"assalammualaikum sayang saya"kata arash menyapa.
"waalaikumsalam"jawab airis malas.dia duduk sambil memakai tali pinggang keselamatan.
kereta mula meluncur laju memebelah jalan raya.
"awak dah bawak baju banyak-banyak?"soal arash sambil memandu.airis mengangguk tanpa memandang sisinya.
"dah minta izin mama dan papa?"soal arash lagi.sekali lagi airis mengangguk.
"kenapa ni?"soal arash.
"ask your self"kata airis sinis.
"saya tahu saya salah sebab paksa-paksa awak,tapi saya just nak bawak awak jalan-jalan sambil makan angin,salah ke?"soal arash.airis tersenyum memandang arash.
"tak salah tuan arash,kalau awak nak bawak saya jalan-jalan keliling dunia sekalipun,tetapi kita ni bukannya pasangan bercinta...kita ni macam tunggu tarikh untuk berpisah je..kenapa awak sibuk nak bawak saya?"soal airis geram.
"awak sorang je anggap kita tak bercinta,saya anggap awak lebih dari pasangan bercinta tau"kata arash.
"suka hati awaklah arash,semua yang saya cakap ada je jawapan awak kan?"so awak buat apa yang awak nak buat janji jangan kacau kehidupan saya macam sekarang,and one more thing I want to ask you..bila kita nak mulakan?"soal airis
"mulakan apa?"soal arash tersenyum simpul seperti malu-malu.airis yang melihat mula tersedar.
"awak jangan fikir ke lain erk..saya cakap bila nak tetapkan tarikh untuk kita ke makhamah"kata airis.
"awaklah yang tetapkan"kata arash selamba.
"mana adil,awak jugak kena bagi tarikh,saya mana tahu awak cuti hari apa"kata airis.
"awak yang nak berceraikan?"jadi awaklah kena pergi makhamah tu..buat apa saya nak pergi"kata arash.airis mengetap bibir geram.terus memandang ke luar cermin kereta.arash tersenyum.airis melihat jalan yang mereka lalui banyak deretan rumah-rumah mewah.timbul rasa sangsi dihatinya.
"eh..ini bukan jalan ke rumah awak ke?"nak buat apa datang sini?"awak jangan cari pasal arash"kata airis geram.
"saya nak tukar baju,mummy takde jangan risau"kata arash.airis diam.masuk sahaja kereta itu di halaman rumah.arash yang mahu keluar terbantut apabila melihat airis tidak berganjak.
"jom lah keluar"kata arash.
"taknak lah..saya tunggu dalam ni je"kata airis.
"saya maybe lambat,jomlah tunggu dalam rumah"kata arash.
"what you meant about 'lambat'?"soal airis.
arash menggaru kepala yang tidak gatal.
"saya baru nak mandi..mungkin lambat..cepatlah"kata arash terus berlalu sebelum sempat airis menjawab.airis duduk malas atas sofa empuk itu.dia memandang sekeliling.
"cantik"detak hatinya.susunan gaya moden dan tradisional.memang manyamankan para penghuninya.airis tersenyum.tiba-tiba bahunya dipegang dari belakang.dia berpusing wajahnya terus pucat tidak berdarah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience