MAGISNYA CINTA Bab 16

Romance Completed 9847

airis bangun berdiri dengan wajah yang pucat.dato aishah tersenyum melihatnya.
"da..da..dato sihat"soal airis gagap.dato aishah tersenyum duduk di sebelahnya.
"saya sihat,airis buat apa kat sini?"soal dato aishah.
"er..saya minta maaf dato datang tak bagitahu,sebenarnya arash......"
"airis"panggil dato aishah memotong percakapan airis.tangannya mengusap rambut ikal airis ke belakang.airis sudah tidak keruan.
"saya betul-betul bersyukur hari ni,saya rasa gembira yang tak terungkap,saya cuma nak buat satu permintaan je dengan airis"kata dato aishah.airis yang takut sudah tersenyum pahit.
"a..apa dato?"soal airis
"tolong jagakan anak mummy sampai bila-bila,tak kira walaupun mungkin mummy tahu airis masih belum boleh menerima arash sebagai suami mengejut,tetapi mummy yakin dan tahu anak mummy seseorang yang tak pernah putus asa untuk ambil cinta airis,dari dia kecik ketika nak ambil peperiksaan ada satu subjek dia tak dapat A+,dia tak marah walaupun mummy nampak dia menangis.di dalam bilik.katanya dia taknak mummy dan daddy dia kecewa,tetapi dia ambil semula subjek tu,dia bertungkus-lumus walaupun itu subjek yang dia tak berapa minat,dan Alhamdulillah dia dapat apa yang dia nak,begitu jugak dengan hati seorang gadis dia terlalu cintakan airis,mummy harap sangat airis akan menerima dia dalam hidup airis."kata dato aishah sebak.airis sudah mengalirkan air mata.
"maafkan airis mummy,airis tak ada niat nak tipu semua orang,tapi airis terlalu takut untuk hadapi apa yang bakal terjadi.sampaikan airis buat cadangan untuk merahsiakan"kata airis.
"mummy tak salahkan airis,mummy yakin mama dan papa airis boleh terima semua ni macam mana waktu arash ceritakan pada mummy dulu,mummy tak salahkan korang,mummy tahu korang tak akan sengaja jatuhkan maruah diri,"kata dato aishah.airis terus memeluk dato aishah.mereka berpelukan dengan hati yang tenang.arash tersenyum sendiri setelah lama memerhati adegan sedih itu di tangga besar itu.
"mummy boleh terima airis"soal airis.dia memandang dato aishah.
"mummy memang dah lama berkenankan airis untuk jadi menantu"kata dato aishah airis tersenyum.
"terima kasih,tapi..."kata airis terputus
"tapi apa?"soal dato aishah.
"airis perlukan masa untuk terima semua ni,airis masih lagi takut untuk mulakan balik"kata airis.
"mummy faham,mummy dah tahu cerita sebenar,sekarang jangan sedih lagi,pergi bercuti tenangkan fikiran,mummy yakin walau airis masih belum terima arash,akan ada satu waktu dan ketika korang akan bahagia."kata dato aishah.airis tersenyum.
"sayang..jom"Kata arash.airis dan dato aishah memandangnya.
"airis pergi dulu mummy"kata airis.menyalami tangan itu.dato aishah mengangguk dan mencium pipi menantunya.

masing-masing diam membisu di dalam kereta.airis memandang ke luar cermin kereta.melihat kereta berpusu-pusu menuju ke arah Lebuhraya Utara Selatan.
arash pula sesekali memandang isterinya yang diam membisu.
"ehemm"
"kita mungkin akan sampai dua atau tiga jam lagi,kalau nak tidur,tidurlah"kata arash
"takpe"jawab airis sepatah.
"kita singgah makan dulu erk?"soal arash
"taknak tak lapar"kata airis.arash mengangkat bahu.
arash kembali diam.airis lagilah.diam tanpa sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya.tiba-tiba telefonnya berbunyi.
airis menjawab panggilan tanpa melihat no yang tertera.
"hello"kata airis.arash hanya mejeling mencuri dengar
"hai..sayang"sapa kamal dari talian.airis terkejut tetapi disabarkan hati.
"you nak apa?"soalnya
"I miss you lah,takkan itupun nak cakap?"soal kamal ketawa senang hati.
"I sibuk sorry"kata airis geram.
kamal ketawa puas.airis terkejut melihat arash menghentikan kereta dibahu jalan.arash merampas telefon airis.airis hanya membiarkan
"sayang..are you still there?"soal kamal
"yup..dia masih di sini dengan suami dia,kau siapa?"soal arash geram.api cemburunya sudah mendidih.
"oh..ini suami airis ke?"soal kamal beserta ketawa.
"aku tanya,buat apa kau kacau bini aku?"dah tak ada keje sangat?"soal arash kasar.airis menggaru kulit kepala yang tidak gatal.bingung mahu lakukan apa.
"saya kamal,kekasih airis,saya minta maaf encik"kata kamal.
"kekasih?"sorry lah..dia dah jadi kekasih hati aku untuk selamanya,aku ingatkan kau,sekali lagi aku dengar kau panghil bini aku sayang-sayang,call dia lagi,aku laporkan benda ni dekat pihak polis!!"kata arash terus mematikan talian.lalu menyerah telefon itu pada airis.dia meneruskan pemanduan.
kamal ketawa kuat di atas katil biliknya yang berselerakan.dengan senyuman penuh makna dia mencapai pistol di atas meja kecil itu.

"sekali lagi kalau jantan tu call awak jangan cuba angkat call dia"kata arash.airis diam tiada jawapan.
"dengar tak?"soal arash agak kuat.airis terkejut.
"awak ni dah kenapa?"awak marahkan dia tapi lepaskan pada saya?"soal airis geram.dia memandang arash.
"saya tak nak dia kacau awak lagi,awak tahukan kamal tu psiko,dia boleh buat apa sahaja benda yang dia suka"kata arash.
"yelah..tapi kenapa sampai nak marah-marah saya,lain kali kalau nak marah tu tengok kiri-kanan dulu."kata airis.arash diam.airis memandang luar tingkap.terasa tangannya digenggam kuat oleh arash.dia berpusing memandang arash.
"saya minta maaf,saya terlalu takut apa-apa yang terjadi dekat awak"kata arash perlahan tanpa memandang airis.airis diam.ingin menarik tangannya kembali tetapi terlalu kemas.
"lepas kan tangan saya arash"kata airis.
"suka hati saya lah"kata arash.
"habis hati awak je nak fikir?"hati saya?"soal airis geram.
"hati kita kan sama"kata arash tersenyum manis.
"huhh!!"keluh airis hanya membiarkan tangannya digenggam arash.
setelah berapa lama di dalam kereta kini waktu sudah berlalu,tepat pukul 5 petang mereka tiba di jeti Kuala Kedah untuk menaikki feri menuju ke pulau peloncongan iaitu Langkawi.airis yang sudah lama tertidur masih lagi selesa sambil menyandar tubuhnya di kerusi empuk kereta arash itu.arash tersenyum memandang airis tertidur dengan rambut serabai.
"sayang awak airis"kata arash dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience