Bab 2

Horror & Thriller Completed 5278

Kyra membuang pandangannya ke luar tingkap memandangkan dia duduk disebelah tingkap. Kekecohan dalam kelas tidak menarik perhatiannya.Dia sibuk melayani fikirannya sendiri.

"Kyra,kau tengok apa tu?"tanya Fasha yang merupakan rakan sekelas Kyra atau yang lebih tepat,musuh sekelas Kyra.

"Mestilah tengok hantu."sindir Arisa pula.

"Taklah.Aku tengok luar tingkap supaya aku tidak nampak hantu berdekatan dengan kamu tu." balas Kyra selamba.

Apa lagi?riuh satu kelas sebab suara Fasha dan Arisa yang mengalahkan hantu tertelan pen.

"Diam!Apa bising bising ni?"tegur Cikgu Faizul yang baru masuk ke dalam kelas bersama seorang pelajar lelaki yang tidak dikenali.

Fisha dan Arisa yang bising itu segera duduk di tempat masing masing.Mata mereka tertancap pada pelajar di sebelah Cikgu Faizul itu.Dasar perempuan mata keranjang!

"Ini kah contoh yang akan kamu beri pada kawan baru kamu ni?"tanya Cikgu Faizul.

Para pelajar kelas cekap berbisik sesama sendiri. Mungkin sibuk bercakap tentang pelajar baru itu.

"Kelas!Kamu tu pelajar tingkatan 4,bukan darjah 4."Marah Cikgu Faizul.

Kesemua pelajar diam serta merta.Takut Encik Singa menyinga di siang hari.

"Kenalkan diri kamu."tutur Cikgu Faizul.

"Hai semua!Nama saya Mohd.Zarif.You can call me Zarif."ketara sikap peramah pada dirinya.Dia tersenyum.Tampak jelas lesung pipitnya.

"Hensem kan."bisik Farsha.

"Eh jap.Sharul nak letak mana?"tanya Arisa.

"Letak dalam poketlah."balas Fasha sambil tersengih sengih minta penampar.

Kyra hanya mendiamkan diri.Dia malas mahu mengenali pelajar itu kerana dia tahu dirinya tetap akan dijauhi oleh sesiapa pun.Dia cuba untuk memandang sekilas tapi lain yang menarik perhatiannya.Ada kelibat hitam berambut panjang di belakang Zarif.Kelibat itu menyeringai menunjukkan barisan giginya yang tajam seperti parang yang diasah.

'Aku tak nampak,aku tak nampak."bisik hati Kyra. Dia memejamkan matanya dengan rapat.Tidak sanggup rasanya dia mahu melihat kehadapan.

Zarif memandang Kyra.'Kenapa dia pejam mata?' tanya Zarif dalam hati.

"Zarif!Kamu boleh duduk di sebelah Kyra."kata Cikgu Faizul sambil menunjukkan tempat duduk di sebelah Kyra.Tempat itu kosong kerana tiada yang berani duduk dengan Kyra.Sebab tulah dia tiada kawan.

Kyra tersentak kerana dia tidak pernah duduk bersebelahan dengan sesiapa pun selama ni. Dia agak kekok dengan pengalaman baru itu.Tanpa membuang masa,Faizul terus mengangkat kaki ke arah Kyra.

"Cikgu!Apa kata dia duduk sebelah saya?Yelah, nanti kena rasuk dengan hantu Kyra tu."sindir Fasha tiba tiba.Arisa yang duduk di sebelahnya terlopong.

"Eh.Takpe takpe,saya boleh duduk sebelah Kyra." balas Zarif.Sebenarnya dia agak pelik dengan perkataan 'hantu Kyra' itu.

"Hai!"sapa Zarif mesra namun tidak diendahkan oleh Kyra.Cikgu Faizul mula mengajar Subjek Matematiknya.

"Selamat berkenalan!"bisik Zarif.

Kyra terpana.Dia masih takut mahu memandang Zarif akibat kelibat yang di nampaknya tadi.Dia beristighfar dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience