Bab 10

Horror & Thriller Completed 5278

Kyra termenung sendiri di halaman rumah banglo Datin Munirah.Sedikit sebanyak dia dapat tahu sesuatu.

"Zarif tu anak kepada kawan mama kut."teka Kyra.

"Kyra.."tiba tiba,suara halus menerpa telinganya.

Kyra menoleh ke kiri dengan spontan.Satu kelibat yang berpakaian putih kelihatan sedang masuk ke banglo itu.Kyra berdiri lalu mengikuti kelibat itu.Kelibat itu naik ke tingkat 3 banglo tersebut. Kyra betul betul ingin tahu siapa kelibat itu membuatkan rasa takutnya hilang di bawa angin.

Kyra melihat kelibat itu masuk ke sebuah bilik.Dia menuruti langkah kelibat itu.Sampai sahaja di bilik itu suasana menjadi dingin.

Bilik itu dipenuhi dengan barang barang lukisan dan lukisan Dato Akmal.Dato Akmal memang gemar melukis.

Kyra tersentak apabila salah satu hasil lukisan Dato Akmal di penuhi dengan warna merah.Kyra mengamati lukisan itu.Tangannya menggeletar apabila lukisan itu gambar Dato Akmal dengan seorang wanita yang tidak asing baginya.Dia menapak ke belakang apabila bau busuk masuk ke rongga hidungnya.Warna merah itu ialah darah.Loya tekak Kyra jadinya.Pintu bilik itu tertutup sendiri lalu terkunci.Kyra cuba untuk memulas tombol pintu tapi tidak berjaya.

Kyra berpusing ke belakang apabila terdengar bunyi sayup sayup suara orang menangis.

"Le..lelaki tu."kelibat wanita itu menunjuk gambar yang ada Dato Akmal.

"Kenapa de..dengan lelaki tu?"tergagap gagap Kyra menanya.

"Ja..jahat.Dia jahat.."ayat itu cukup membuatkan Kyra terkejut.

"Dia baik lah.Mak cik siapa nak cakap dia jahat." kata Kyra.Tiba tiba dia jadi berani.

Kelibat itu menerkam ke arah Kyra.Kyra dicengkam dengan kuat.Tidak sampai satu minit, dunia Kyra bertukar jadi hitam.

Kyra terbangun dari perbaringannya.Dia berada di dalam rumah peninggalan arwah mama dan papanya.Dia terbaring di atas sofa di dalam banglo.

"Kenapa aku di sini?"tanya Kyra kebingungan.

Tiba tiba kedengaran suara orang bergaduh dari tingkat atas.Kyra terus menuju ke arah bunyi perbalahan tersebut.Bunyi itu datang dari bilik yang dimasuki oleh Kyra pada hari yang lepas.

Kyra melihat seorang wanita dan seorang lelaki yang membelakanginya sedang bertengkar tentang sesuatu.Kyra memasang telinganya. Kelibatnya di situ tidak boleh di nampak oleh kedua dua orang itu.

"Aku dah cakap kan,buang bayi ni kalau kau nak tinggal dengan aku."kata lelaki itu.Agak kasar bunyinya dari pendengaran Kyra.

"Ini anak kita.Saya tak kan buang anak ni sebab saya perlukan dia."balas wanita itu.

"Aku tak suka anak lelaki,aku lebih suka anak perempuan.Kau tak faham bahasa kah?"jerit lelaki itu dengan lantang.

"Saya tak kisah.Saya akan jaga budak ni sampai mati."kata wanita itu pula.Kyra kenal dengan wanita itu.Itulah kawan kepada mama dan papanya.

"Bila kau dah mula tak dengar cakap aku ni?Aku tak kisah!Kau tak nak buang budak tu kan.Kalau macam tu,kau yang aku buang.Aku akan ceraikan kau."kata lelaki itu lalu berpusing untuk meninggalkan bilik itu.

Kyra menekup mulutnya.Lelaki itu tidak asing lagi baginya.

"Uncle Akmal!!"Kyra betul betul tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang.

"Jangan!jangan tinggalkan saya.Saya perlukan awak."jerit wanita itu sambil memeluk kaki kiri Dato Akmal.

"Kau ni memang tak reti bahasa kan Kyra!"jerit Dato Akmal lantang.

Bagai Petir menyambar badan Kyra.Kyra betul betul terkejut kerana nama wanita itu sama dengannya.

Dato Akmal menendang perut wanita malang itu bagai wanita itu langsung tidak bernilai pada matanya.Kyra ingin menolong tapi tidak terdaya kerana dia takut akan jadi sesuatu yang lebih teruk.

Wanita malang itu tidak mengalah.Dia masih memeluk kaki Dato Akmal walaupun dia diperlakukan seperti haiwan.Sedangkan haiwan pun dibelai dan di jaga dengan baik.Bayi malang yang dibenci ayah sendiri itu menangis teresak esak di atas katil.

Kali ini Dato Akmal memijak tangan wanita yang dipanggil Kyra itu.Wanita itu meraung kesakitan.

"Tu lah,aku dah suruh buang budak tu kau tak nak.Sekarang kau rasalah kau dibuang oleh
aku."kata Dato Akmal sambil tersenyum sinis. Dato Akmal keluar dari rumah itu dengan hati yang puas.

Kyra memandang wanita itu dengan perasaan yang sayu.Kelihatan wanita itu cuba mendukung anaknya dengan tangannya yang luka teruk. Wajahnya sudah basah lencun dengan air mata.

"Maafkan mama ya.Mama tidak dapat berikan kehidupan yang baik untuk anak mama.Maafkan mama ya Zarif."kata wanita itu sambil tersenyum pahit.Kelihatan anak itu tergapai gapai untuk menyentuh wajah mamanya.Kyra tersentuh melihat kasih sayang wanita itu terhadap anaknya.

'Eh!Bukan mak cik tu ke yang bunuh mama dan papa?'tanya Kyra dalam hati.Tiba tiba wanita itu berdiri lalu menghadap Kyra.

"Bukan mak cik yang bunuh.Yang kamu nampak selama ni hanya mainan mimpi.Mak cik dan kedua ibu bapa kamu mati bersama sama di rumah yang terbakar tu.Kamu kena tolong cari mayat mak cik berdekatan dengan rumah itu. Jangan percaya dengan pak cik kamu tu."jelas Wanita itu.

Kyra berpusing kebelakang untuk lari tapi seseorang berada di belakangnya.

"Uncle Ak..akmal."Dato Akmal sedang berdiri di hadapannya sambil menyeringai.Kyra dicekik oleh Dato Akmal.Nafas Kyra terputus putus...

"Kyra!"Kyra terbangun dari perbaringannya apabila pipinya di tampar tampar oleh Datin Munirah.Kyra tercungap cungap bagai orang yang baru lepas berlari dengan jarak yang jauh. Dia memegang lehernya.

"Kenapa Kyra baring di bilik ni?"tanya Datin Munirah.Kyra memandang Datin Munirah. Kalau betul apa yang di nampaknya tadi terjadi di hadapan mak ciknya itu,apalah perasaan wanita itu nanti.

"Bilik ni berkunci,macam mana Kyra boleh masuk?"tanya Datin Munirah.

"Kyra okey ke?apa dah jadi ni?"tanya Dato Akmal pula.Tiba tiba perasaan meluat dan marah bertandang dalam hati Kyra.Bertapa kejamnya lelaki itu sanggup memukul isteri sendiri. Kyra percaya kelibat tadi cuba menunjukkan pada dirinya apa yang berlaku dahulu.

Kyra memandang lukisan yang ada Dato Akmal dan wanita itu.Lukisan itu ditutup dengan sehelai kain seperti ingin di rahsiakan.

"Ki..kita keluar dulu lah."ajak Dato Akmal tergagap gapap sambil matanya melihat ke arah lukisan yang ditutup itu.

"Jom Kyra."ajak Datin Munirah lembut.

Semua orang keluar dari bilik itu kecuali Dato Akmal.Dia menhampiri lukisan yang ada kain putih itu.Dato Akmal menyelak kain itu...

"Itulah nasib kau Kyra."Dato Akmal mengeluh kemudian tersenyum sinis.

Sepasang mata merah memandang Dato Akmal dengan perasaan yang membara.

'Lama aku menanti...'suara itu diselang seli dengan bunyi rengusan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience