Bab 11

Horror & Thriller Completed 5278

Kyra mencapai telefon bimbitnya lalu mendail seseorang.

"Zarif!Kau sibuk tak sekarang?"tanya Kyra.

"Oh yeke!Boleh kita berjumpa?"Kyra menunggu jawapan dari Zarif.

"Yes!Thank you Zarif."kata Kyra dengan ceria. Kyra mengambil beg sandang yang dia sediakan tadi.Beberapa barang kecemasan ada dalam beg itu.Mana tahu ada sesuatu yang akan berlaku..

Sebelum keluar dari rumah,Kyra pergi ke bilik sepupunya.

"Shasha!"panggil Kyra perlahan kemudian masuk dan mengunci bilik sepupunya.

"Apa kunci kunci ni?Siapa benarkan kau masuk?" marah Shasha.Dia tidak berani mahu halau Kyra keluar kerana Datin Munirah akan memarahinya.

"Shasha,kau boleh tolong aku tak?"tanya Kyra selepas duduk di birai katil Shasha.

"Kenapa aku perlu tolong kau?"tanya Shasha sinis.

"Kau jak yang boleh tolong aku.Aku merayu dekat kau."rayu Kyra.

Shasha jadi kasihan pula dengan sepupunya itu. Tipulah kalau dia tidak sedih dengan kisah hidup Kyra.Dia hanya iri hati kerana mamanya terlalu ambil berat tentang Kyra.

"Tolong apa?"tanya Shasha kalah dengan tembok keegoannya.

"Boleh tak kau...."Kyra menjelaskan dengan terperinci apa yang Shasha perlu buat.

"Okey."Shasha bersetuju dengan permintaan Kyra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience