Bab 1

Horror & Thriller Completed 5278

"Kyra,tolong mama."kedengaran sayup-sayup suara seorang wanita pertengahan umur meminta tolong sambil tangannya terikat kemas dengan seutas tali.

"Tolong papa Kyra."kemudian kedengaran pula suara seorang lelaki yang kelihatan lebih tua dari wanita tadi.Keadaannya sama macam wanita tadi.

Tiba-tiba kedua dua orang tua Kyra ditarik ke dalam sebuah bilik di hadapannya oleh seorang wanita yang agak berumur.Wanita itu berhenti melangkah kemudian berkata"Lama aku menanti."kemudian dia masuk ke bilik itu.

Kedengaran suara teriakan penuh kesengsaraan dari dalam bilik itu.Suara rayuan dan ketawa kedengaran silih berganti.

"Arghh!!"Kyra terbangun dari tidurnya.Dia mengelap peluh yang menitik di wajahnya.

"Kyra!kenapa kamu teriak?"tanya Datin Munirah yang baru masuk ke dalam bilik Kyra.

"Tiada apa apalah auntie."Dia lebih suka memendamkan apa yang dialaminya daripada berkongsi dengan orang lain.

"Mimpi buruk lagi ke?"tanya Datin Munirah.Jelas riak risau pada wajah wanita itu.

"Ya."balas Kyra perlahan.Pucat saja wajahnya.

Datin Munirah menggenggam tangan anak buahnya yang malang itu.Kasihnya pada gadis dihadapannya itu melimpah ruah.

"Kyra,auntie cuma nak ingatkan bahawa auntie takkan biar Kyra dikelilingi dengan kemurungan. Auntie dah anggap Kyra macam anak auntie sendiri.Kalau Kyra perlukan sokongan,auntie akan selalu berada di sisi Kyra."Datin Munirah memandang Kyra penuh kasih.Dia memeluk anak buahnya.

Kyra membalas pelukan Datin Munirah.Datin Munirah merupakan adik kepada mamanya.Dia menganggap beliau sebagai ibu sebenarnya kerana layanan orang tua itu persis ibu kandungnya.Tiada mak cik atau pakciknya yang sanggup menjaganya kerana 'keistimewaan' yang ada pada dirinya itu. Orang menganggap dirinya itu pembawa malang kecuali Datin Munirah. Apabila teringatkan kedua mama dan papanya,hatinya menjadi sayu.

'Aku mesti tahu apa yang terjadi kepada mama dan papa.'getus hati kecil Kyra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience