Bab 3

Horror & Thriller Completed 5278

Kyra membeli nasi goreng untuk diisi dalam perutnya.Seperti biasa,tiada yang menemaninya. Dirinya hanya akan dipandang sinis oleh pelajar lain kerana takut nasib malangnya akan dijangkiti.

Ketika Kyra berjalan menuju ke arah sebuah meja yang tiada pelajar,seseorang melanggarnya dengan kuat sehingga nasi gorengnya jatuh ke atas bajunya.Habis kotor baju sekolahnya.

"Sorry,aku tak nampak kau kat situ tadi.Yelah, hidup kau kan umpama bayang bayang.Tulah aku tak nampak."sinis setiap butir bicara yang keluar dari mulut Fasha.Kata katanya disambut dengan tawa Arisa dan sesetengah pelajar lain.

"Sekurang kurangnya bagus jadi bayang bayang sebab aku tak mengacau hidup orang lain.Bukan macam kamu dua."balas Kyra.Tanpa dijangka, Arisa menyiram Kyra menggunakan air.Kantin itu riuh dengan suara tawa para pelajar.

Kyra berasa amat malu lalu meninggalkan kawasan kantin dengan perasaan yang sedih.

Zarif yang menjadi pemerhati sedari tadi dari suatu sudut kantin berasa amat kesian dengan Kyra.

"Aku nak tanya sesuatu boleh?"tanya Zarif kepada rakan rakan barunya yang lain.

"Tanyalah."jawab Hariz iaitu rakan sekelas Zarif.

"Kau tahu pasal Kyra?"tanya Zarif lagi.

"Oh! Kyra tu budak pandai tau.Selalu score ujian. tapi tulah,kesian dia."kata Hariz.

"Apa yang kesiannya?"Zarif betul betul ingin tahu.

"Ibu bapa dia meninggal dunia akibat satu kebakaran besar di sebuah rumah yang agak terpencil.Masa tu Kyra baru masuk darjah satu. Tapi yang peliknya,mayat ibu bapa Kyra pelik keadaannya.Kalau terbakar mesti rentung je kan. Tapi mereka lain,ada kesan luka yang dalam pada bahagian tubuh badan bagai dilibas menggunakan besi.Macam diseksa dengan teruk.Habis keluar isi isi.."belum sempat Hariz menghabiskan ayatnya Arif menyuruh agar dia berhenti.Dia berasa amat loya.

"Kesiannya."kata Zarif.

"Belum habis lagi.Selepas kejadian tragis itu,Kyra dapat melihat makhluk ghaib.Pernah satu hari tu, Kyra berteriak di dalam tandas.Dia cakap,dia nampak sesuatu."jelas Hariz lagi.

Rasa simpati Zarif menggunung dalam hatinya.

Kyra memeluk lututnya.Dia kekeringan air mata. Terlalu banyak sudah dia habiskan air matanya kerana dua gadis jahat itu.

"Kyra!"panggil Zarif.Dia sudah duduk mencangkung di hadapan Kyra.

"Apa kau mahu?"tanya Kyra agak kasar.

"Kalau kau tak kisah,aku mahu berkawan dengan kau."kata Zarif.

"Tak payahlah.Kalau kau tahu tentang diri aku, mesti kau takut mahu berkawan dengan aku." balas Kyra.

"Aku tahu pasal kau dan aku tak kisah pun.Aku ikhlas nak kawan dengan kau.Aku tahu kau orang yang baik."jelas Zarif.

"Maksudnya kau tak kisah dengan mata aku yang dapat lihat hantu ni.Sedangkan aku sendiri rasa mata aku ni satu musibah buat aku."kata Kyra lagi.

"Kyra,mata kau tu bukan satu musibah tapi satu anugerah.Tiada siapa antara kami yang dapat melihat apa yang kau lihat.Oleh itu,kau ada satu kelebihan yang kami tiada.Salahkah aku kawan dengan orang macam kau?"jelas Zarif sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

Kyra terdiam.Tidak pernah orang berkata sebegitu kepadanya.Yang dia pernah dengar ialah kata kata cacian dari orang lain selain Datin Munirah dan keluarganya.Itupun anak kepada Datin Munirah juga tidak sukakannya.Kyra merenung Zarif yang juga sedang merenungnya.

'Betulkah dia ikhlas kawan dengan aku?'tanya Kyra dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience