Bab 9

Horror & Thriller Completed 5278

Kyra tidak dapat tidur pada malam tu.Terlalu banyak soalan di mindanya membuatkan dia tidak dapat tidur.

'Siapa wanita dalam gambar tu?Siapa Zarif sebenarnya?Apa hubungan Zarif dengan wanita tu?Kenapa mama dengan papa pergi ke rumah tu?'serabut fikiran Kyra di buatnya.Dia meraup wajahnya.

Dia cuba melelapkan mata.Malam itu Kyra bermimpi tentang wanita yang selalu muncul dalam mimpinya.Seperti biasa,wanita itu akan bercakap bahawa dia sudah lama menanti...

Pada pagi sabtu itu,Kyra bercadang untuk bertemu dengan Zarif.Zarif menyatakan bahawa dia ada latihan menyanyi pada hari itu.

Selepas bersarapan,Kyra meminta diri untuk bertemu dengan Zarif.Dia mengayuh basikalnya dengan laju.Dia betul betul tidak sabar untuk berjumpa dengan Zarif.

Kyra menunggu Zarif di hadapan sekolah. Selepas 30 minit berlalu,Zarif keluar dari kawasan sekolah.

"Kyra,kau buat apa di sini?"tanya Zarif sambil memandang Kyra yang basah lencun dengan peluh akibat panas matahari.

"Aku nak jumpa kau.Ada sesuatu yang aku nak bincangkan."jawab Kyra dengan serious.

"Jomlah kita ke bangku tu."ajak Zarif.Kyra menuruti langkah Zarif.

Mereka duduk di sebuah bangku yang terletak di bawah sebatang pokok yang redup.

"Apa nama penuh kau?"tanya Kyra.

"Mohd.Zarif."jawab Zarif.

"Nama bapa?"Kyra mengerutkan dahinya.

"Aku takde nama bapa.Aku tinggal di rumah anak yatim dari umur aku 7 tahun dan aku tak tahu pun siapa nama mak dan ayah aku."jawab Zarif lagi.

"Oh!"Kyra berasa kasihan pula apabila mendengar cerita Zarif.Sekurang kurangnya Kyra sempat membuat kenangan indah bersama orang tuanya walaupun sekejap.Tapi,Zarif...

"Kau nak tahu tak,aku selalu dapat mimpi pelik." kata Zarif tiba tiba.

"Mimpi apa?"Kyra berminat nak tahu apa yang dimimpikan oleh lelaki di hadapannya itu.

"Aku mimpi,aku sedang bertapuk di belakang dinding.Lepastu ada seorang wanita menarik dua orang yang nampak seusia dengannya ke dalam sebuah bilik.Aku dengar suara orang menjerit lepastu ada suara orang ketawa.Aku datang dekat pintu tu lalu buka sedikit untuk aku melihat ke dalam.Dua orang yang kena heret tu, menggelupur di lantai.Kaki mereka berbirat birat bagai disebat dengan besi.Wanita itu berhenti ketawa lalu memusingkan kepalanya seperti tahu aku sedang menyaksikan kejadian itu.Lepastu aku terbangun."jelas Zarif dengan panjang lebar.

"Satu perempuan dan satu lelaki ke?"tanya Kyra.

"Ya.Tangan diorang kena ikat.Aku rasa benda tu macam betul betul terjadi tapi mungkin perasaan aku je."kata Zarif.

"Kau tak rasa ke yang itu mungkin memori kau." Kyra memberi pendapatnya.

"Memori aku?"tanya Zarif kebingungan.

"Ya.Mana tahu pernah terjadi dalam hidup kau masa kecil."jelas Kyra lagi.

"Entahlah.Aku langsung tak ingat memori masa aku kecil.Yang aku ingat aku ada seorang kawan perempuan yang mungkin sebaya aku masa kecil dulu."kata Zarif.

"Mungkin kawan kau tu aku kut.Yelah,kau cakap kawan kau tu boleh nampak hantu macam aku. Lepas tu,aku pula ada kawan yang sama macam kau.Budak tu langsung tak takut nak kawan dengan aku."kata Kyra.

"Ye tak ye juga.Tapi,macam mana kau boleh terfikir macam tu?"tanya Zarif.

"Mimpi kau tu lebih kurang macam aku punya. Aku nampak seorang wanita dan seorang lelaki di heret masuk ke sebuah bilik sambil kaki dan tangannya terikat oleh seorang wanita. Lepastu terdengar bunyi teriakan lepastu bunyi ketawa." jelas Kyra.

"Wow!Lebih kurang samalah."kata Zarif.

"Kau tahukah siapa dua orang yang kena heret dalam mimpi tu?"tanya Kyra.

"Siapa?"Zarif mengerutkan dahinya.

"Mama dan papa aku."jawab Kyra tanpa memandang ke arah Zarif.Zarif jatuh simpati pada Kyra.

"Kau tinggal di mana sekarang?"tanya Kyra.

"Di rumah anak yatim tu.Aku malu juga mahu tinggal sana lagi sebab aku besar sudah.Jadi aku tukang jaga budak budak di sanalah.Kadang kadang aku mengajar diorang jugalah."jelas Zarif.

"Aku tanya satu,kau jawab sepuluh."omel Kyra.

"Hehe."

"Apa nama rumah anak yatim tu?"tanya Kyra.

"Rumah Anak Yatim Ria.Kenapa kau tanya?"Zarif mengerutkan dahinya.

"Oh!Jom ke sana."ajak Kyra lalu mencapai basikalnya.

"Kenapa pula?"tanya Zarif lagi.

"Tak payah banyak tanya.Tunjuk je arahnya."kata Kyra.

Zarif menuruti kehendak Kyra walaupun dia masih kebingungan.Mereka mengayuh basikal ke rumah anak yatim.

Setibanya di destinasi,Zarif menunjukkan arah ke kaunter utama.

"Eh!Masuklah Zarif.Dah habis latihan ke?"tanya seorang wanita yang agak berumur dari mereka. Tampak jelas keramahannya.

"Ya ibu.Rif dah habis latihan dah."balas Zarif.Kyra menoleh ke arah Zarif.

"Semua anak anak yatim disini panggil wanita cantik ni ibu.Nama betul ibu Leha ialah Puan Saleha."sempat lagi Zarif memuji wanita itu.

Kyra menganggukkan kepalanya menandakan bahawa dia faham.Puan Saleha memerhati Kyra dari tadi.Terukir senyuman manis di bibirnya.Kyra menjadi malu apabila diperhati sebegitu.

"Rif bawa kawan ke?tak nak kenalkan dengan ibu?"tanya Puan Saleha.

"Tak payahlah."Zarif paling tak suka saling kenal mengenal ni.Leceh baginya.

"Nama saya Kyra Lea binti Ariff.Saya di sini sebab nak tanya soalan."jelas Kyra.

"Aku tidak tahu pun nama kau ada Lea."sampuk Zarif.

"Kamu nak tanya apa?"tanya Puan Saleha.

"Kalau boleh saya mahu tanya berdua dengan Puan Saleha je."kata Kyra.

"Oh..aku bawa kau sini,kau tak mahu kongsi dengan aku."rajuk Zarif.

"Zarif..masuk bilik kamu."tegur Puan Saleha.

"Okey ibu."balas Zarif lalu masuk ke biliknya di tingkat 2.

"Jom kita duduk di sana."Puan Saleha menunjuk ke arah sebuah sofa dalam sebuah bilik kaca.

"Apa kamu nak tanya?"tanya Puan Saleha setelah duduk di sofa bersama Kyra.

"Macam mana Zarif boleh masuk ke rumah anak yatim ni?"tanya Kyra.

"Masa Zarif berumur 7 tahun,salah seorang penjaga di sini terserempak dengan Zarif di sebuah perhentian bas.Zarif menangis di situ. Tempatnya betul betul terpencil.Jarang ada kereta lalu di situ.Mungkin nasib Zarif baik sebab bertemu dengan si Mawar tu."jelas Puan Saleha.

"Oh!Puan ada perasan benda pelik pelik ke masa bertemu dengan Zarif?"tanya Kyra.

"Ada.Dia selalu cakap perkataan Azra dan Aira. Masa dia tidur,dia akan sebut perkataan Aira sahaja.Bila dia dah besar sikit,dia tak sebut dah. Doktor yang rawat Zarif dulu menyatakan bahawa Zarif mengalami trauma sesuatu benda." terang Puan Saleha lagi.

Bibir Kyra menguntum senyuman kecil.Dia dah tahu apa hubungan Zarif dengan dia.Memori semasa kecil berlegar dalam ingatannya....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience