Bab 12

Horror & Thriller Completed 5278

Zarif melambaikan tangan apabila melihat Kyra sedang mencarinya.

"Sorry lambat."kata Kyra setibanya di hadapan Zarif.

"Tak pa.Aku baru sampai sejam yang lalu."Balas Zarif selamba.

"Lamanya kau tunggu."kata Kyra.Rasa kesian pula dengan Zarif.

"Aku guraulah.Baru 10 minit aku tunggu kau." balas Zarif sambil tersengih sengih menampakkan barisan giginya yang putih.

"Ish kau ni.Jom kita pergi taman kat sekolah tu.Ada sesuatu aku nak cakap pasal kau."kata Kyra.

Zarif mengangguk kepalanya lalu mengayuh basikalnya mengikuti Kyra dari belakang.

Mereka duduk di buaian berdekatan dengan taman.

"Apa kau nak cakap?"tanya Zarif.

"Aku rasa aku tahu siapa ibu dan ayah kau."kata Kyra.

"Siapa?dari mana kau tahu?macam mana kau tahu?"bertubi tubi soalan keluar dari mulut Zarif.

"Aku tahu dari mimpi yang menunjukkan kisah seorang wanita yang malang."

"Mimpi?"tanya Zarif.

"Ya.Mimpi tu macam realiti.Aku berada di tempat tu tapi kehadiran aku tidak dapat dihidu oleh orang orang di situ.Aku nampak seorang wanita dan seorang lelaki sedang bertikam lidah di rumah lama aku.Dalam sebuah bilik yang papa dan mama aku rahsiakan dari aku."jelas Kyra.Dia mengambil nafas panjang sebelum memulakan ceritanya semula.

"Wanita itu di tengking oleh suaminya sendiri. Lelaki itu menyuruh agar bayi lelaki yang merangkap anaknya dan anak wanita itu dibuang kerana lelaki itu tidak suka anak lelaki.Tapi wanita itu tidak bersetuju sebab dia sayang anaknya.Lelaki itu mahu menceraikan wanita itu tapi wanita itu menghalangnya.Malangnya, lelaki itu menendang dan memukul wanita itu dengan kejam.Bayi lelaki itu menangis.Hiba bunyinya." jelas Kyra panjang lebar.Masih jelas kejadian itu di kotak ingatannya.

"Apa kena mengena dengan aku?"tanya Zarif.

"Aku dengar wanita itu sebut nama kau.Dia suruh kau maafkan dia sebab kau tak bahagia.Wanita itu bernama Kyra.Sama dengan aku kan."kata Kyra.

Zarif hanya mendiamkan diri.Dia sedikit sebanyak berasa sedih dengan cerita Kyra.Kalau betul wanita itu ialah ibu kandungnya,bertapa menderitanya hidupnya dahulu.

"Tapi yang lebih mengejutkan aku ialah lelaki yang sangat kejam itu rapat dengan aku.Aku anggap dia ialah orang kedua yang sayang aku selain Datin Munirah."kata Kyra.Tanpa disedari air matanya mengalir di pipi.Zarif berasa kasihan dengan Kyra.

"Siapa lelaki tu?"tanya Zarif ingin tahu.

"Pak cik aku.Suami kepada mak cik aku,Datin Munirah."jawab Kyra sambil menyeka air matanya.

Zarif terkejut beruk jadinya.'Pak cik Kyra ialah ayah aku.'bisik Kyra.

"Patutlah dia bertahan dengan mak cik aku. Sebab dia ada anak perempuan,Shasha." sambung Kyra.

"Oh!"Zarif mengangguk tanda bahawa dia faham.

"Wanita itu di mana sekarang?"tanya Zarif. Alangkah bagusnya kalau dia boleh bertemu ibu kandungnya.

"Wanita itu cakap dia mati bersama mama dan papa aku."kata Kyra.

Zarif menjadi hampa.

"Boleh tak kau teman aku?"tanya Kyra.

"Pergi mana?"tanya Zarif.

"Rumah tu."kata kata ringkas itu cukup membuatkan Zarif menggeleng dengan laju.

"Takpalah kalau kau tak mahu.Aku pergi sendiri."kata Kyra.

"Kenapa Kau nak sana?"tanya Zarif.

"Sebab wanita tu..eh bukan,mama kau tu minta tolong aku carikan mayatnya di rumah tu.Kau tahukan berita tu cuma ada dua mayat iaitu mayat mama dan papa aku."jawab Kyra.

Kyra menapak ke arah basikalnya.Lengannya di tarik oleh Zarif.Kyra menoleh.

"Aku ikut kau."kata Zarif.

"Eleh..tadi taknak.Mana hilangnya ketakutan kau tu?"usik Kyra.

"Siapa cakap aku takut.Aku lebih rasa mahu pergi.Tapi aku takut kau tercedera."balas Zarif sambil tersenyum.

Kyra tersentuh kemudian turut tersenyum...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience