Bab 5

Horror & Thriller Completed 5278

Kyra duduk di sebuah bangku tidak jauh dari sekolahnya.Dia merehatkan kakinya sebelum mula mengayuh basikalnya.Kelas Kyra ada mata pelajaran Pendidikan Jasmani pada hari itu.

"Sendiri je ke?"tanya Zarif yang baru sampai di sebelah Kyra.Dia meletakkan basikalnya di sebelah basikal Kyra.

"Kau ada nampak aku berdua ke?"tanya Kyra balik.

"Takdelah.Mana tahu ada sesua.."Zarif tidak jadi meneruskan ayatnya apabila terpandang Kyra yang merenungnya dengan tajam.

"Kau tak balik ke?"tanya Kyra.Dia malas mahu menegur Zarif.

"Memang aku nak balik tapi aku nampak kau sendiri di sini jadi aku nak temankan kaulah." jawab Zarif.

"Kau baliklah.Aku dah biasa rehat sini sekejap sebelum balik."kata Kyra.

"Oh!jadi kau halau aku lah ni.Takpe.."balas Zarif lalu berdiri untuk meninggalkan Kyra sendiri. Kononnya merajuk.

"Eh!bukan macam tu."nafi Kyra lalu memegang lengan Zarif.Zarif memandang lengannya yang di pegang oleh Kyra.

"Aku bukan halau kau.Aku cuma taknak menyusahkan kau je.Janganlah marah"jelas Kyra.

"Hehe.Aku tak marahlah.Aku pura pura je."kata Zarif lalu duduk semula dibangku.Kyra juga turut duduk di sebelah Zarif.

"Kenapa kau tak takut dengan aku macam orang lain?"tanya Kyra.

"Aku cuma bayangkan kalau aku berada di tempat kau.Aku tahu yang kau banyak menderita.Kalau kau nak tahu,aku kenal seseorang yang sama macam kau.Dia boleh nampak hantu."jelas Zarif panjang lebar.

"Ye ke?"Kyra berminat dengan cerita Zarif.Zarif tersenyum.

"Betullah.Tapi,aku dengan dia terpisah masa umur 7 tahun."cerita Zarif.Dia teringatkan gadis kecil yang menjadi sahabatnya ketika kecil.Gadis itu selalu murung kerana 'keistimewaan'yang ada pada dirinya.

"Oh.Kalau kau nak tahu juga,aku kenal seseorang yang sama macam kau.Masa aku kecil dulu"kata Kyra pula.

"Mesti orangnya hensem kan."kata Zarif.

"Bolehlah.Dia pun cakap yang mata aku ni satu anugerah.Aku suka kawan dengan dia sebab dia layan aku dengan baik.Lepas tragedi lama tu,aku tak pernah jumpa dia."mengendur sedikit suara Kyra.

"Kau jangan risau aku boleh jadi kawan baru kau."kata Zarif tiba tiba.

Kyra tersenyum dengan pengakuan Zarif.Kali pertama dapat kawan yang baik macam tu.Kali kedua sebenarnya...

Zarif merenung Kyra.'Dia pun ada lesung pipit macam akulah.'getus hati Zarif.Dia turut tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience