Bab 6

Horror & Thriller Completed 5278

Kyra sedang merenung banglo yang ditinggalkan olehnya semasa berumur 7 tahun.Banglo itu meninggalkan seribu satu kenangan kepadanya bersama kedua ibu bapanya.Hatinya diserbu rasa sayu.

Kyra berjalan jalan di halaman banglo tersebut. Suasananya amatlah berbeza dari sebelumnya di mana burung berkicau kicauan dan dipenuhi dengan bunga bunga cantik yang ditanam oleh Kyra dengan ibunya.Tetapi,berbeza dengan apa yang dilihat Kyra sekarang.Kawasan banglo di temani dengan bunyi cengkerik.Bunyi burung berkicauan sudah tiada lagi bagai takut dengan banglo tu.Bunga bunga juga sudah layu.

"Betulkah ini rumah yang aku diami dulu?"tanya Kyra.Matanya tertancap pada sebuah ayunan berdekatan dengan kolam ikan yang kering kontang.Sebuah kenangan lama menyerbu ingatannya.

"Mama,Kenapa Kyra sahaja yang ada mata yang boleh nampak hantu.Kyra benci diri Kyra.Kyra takut bila nampak hantu hantu tu.'Diorang' menakutkan Kyra.Bila Kyra tidur je,mesti ada yang mak cik tua bercakap dengan Kyra."kata Kyra yang berumur 5 tahun.Dia menangis teresak esak di buaian bersama dengan mamanya.

"Kyra,mata Kyra tu bukan satu sebab untuk Kyra membenci diri sendiri.Kyra kena bersyukur sebab Allah masih berikan Kyra mata untuk melihat. Cuba bayangkan kalau Kyra tiada mata,lagi susahkan."balas Puan Rozanah.

"Tapi Kyra takut dengan mak cik dalam mimpi tu." kata Kyra lagi.

"Kenapa dengan mak cik tu?"tanya Puan Rozanah.Dia tidak tahu menahu tentang mak cik yang diceritakan oleh anaknya itu.

"Dia selalu cakap yang dia lama menanti.Siapa yang dia nak jumpa ma."jelas Kyra.Kata kata Kyra mengundang rasa curiga pada Puan Rozanah.

"Kyra jangan ambil tahu sangat pasal tu,itu hanyalah sebuah mainan mimpi."kata Puan Rozanah walaupun dia sedikit sebanyak merasakan sesuatu tentang mimpi anaknya itu.

"Oh!Mama,kenapa orang lain tak nak kawan dengan Kyra?"tanya Kyra.Jelas riak sedih pada mukanya.

"Mana ada.Diorang cuma malu nak berkawan dengan Kyra je tu.Takpe,mama akan selalu menemani Kyra walau apa pun yang terjadi." kata Puan Rozanah bagi menyedapkan hati anaknya. Kyra mengangguk angguk sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

"Sayang anak mama yang comel ni."Puan Rozanah mencium pipi Kyra.

Kyra merindui saat bersama dengan keluarganya.Air matanya mula bergenang.

"Mama tipu.Diorang memang tak nak kawan dengan Kyra sebab Kyra ni boleh nampak hantu." kata Kyra.

Tiba tiba,terdengar bunyi sesuatu barang pecah dari dalam banglo.

'Aik,bukan semua barang sudah dipindahkan ke rumah auntie ke?'tanya Kyra dalam hati.Dia menjadi waswas.

Kyra mula menapak ke dalam banglo.Sunyi.Ya!itu keadaan yang boleh ditafsir dalam banglo itu.

"Mana pula datangnya bunyi tu?"Kyra mencari cari arah datangnya bunyi barang pecah itu.

'Prangg..'Kyra tersentak.Dia memandang ke tingkat atas.Dia menaiki tangga yang menyambung tingkat bawah dan atas. Jantungnya berdegup dengan laju.

'Janganlah benda ngeri muncul depan aku.'getus hati Kyra.Dia membaca ayat kursi dalam hati.

Sebuah bilik menarik perhatiannya.Pintu bilik itu terbuka dengan sendiri.Bunyi keriutan pintu itu meremangkan bulu roma Kyra.Dia masih ingat lagi pesanan tegas ayahnya agar dia tidak masuk ke bilik tu.Sudah lama dia ingin masuk ke bilik tu tapi di paksa kakinya agar tidak melangkah ke dalam.

Kyra melangkah dengan perlahan lahan ke arah bilik tu.Setibanya di hadapan bilik rahsia tu, Kyra menolak pintu itu lalu masuk ke dalam dengan perasaan takut dengan teruja.Sudah lama dia ingin masuk ke situ.

Kyra memandang keadaan bilik itu.'Biasa je,tiada apa apa yang menarik pun dalam ni.'bisik Kyra. Bilik itu hanya kelihatan seperti bilik biasa.Tapi sudah agak berhabuk.Ada sebuah katil di tepi tingkap dan terletak sebuah almari kecil di sebelahnya. Almari pakaian dan almari solek juga ada di situ.Di hujung bilik ada sebuah tandas. Yang menarik perhatian Kyra ialah gambar gambar yang terletak kemas di atas meja solek.

"Ini gambar mama dengan papalah.Siapa mak cik yang berdiri di sebelah mama tu?Kawan mama kut."Kyra merasakan orang itu ialah kawan mamanya kerana mereka nampak mesra dalam gambar tu.Mama Kyra memeluk bahu wanita di sebelahnya.Sebuah gambar di sebelah gambar tadi lebih memeranjatkan Kyra.Wanita yang dianggap kawan mamanya itu sedang mendukung sebuah bayi.

"Ini bukan gambar aku masa bayi ke?"terlampau banyak persoalan dalam mindanya.Dia mengangkat bingkai gambar tu.Kelihatan gambarnya sedang ketawa bersama wanita itu.

"Apa hubungan kami sekeluarga dengan mak cik ni?"soalan Kyra yang tidak tahu siapa yang boleh jawab.

Kyra bercadang untuk bertanya dengan Datin Munirah.Mungkin wanita itu tahu jawapannya. Dia beredar dari bilik itu.Pintu ditutup dengan rapat.

Sejurus selepas Kyra keluar,sebuah bingkai gambar jatuh lalu pecah berderai.Gambar itu terdapat gambar Kedua ibu bapa Kyra yang sedang mendukung Kyra yang berumur 1 tahun bersama wanita tadi.Wanita itu sedang mendukung seorang budak lelaki.Jelas riak murung pada wajah wanita itu.Malam itu, kedengaran suara tangisan yang sangat hiba bunyinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience