Bab 8

Horror & Thriller Completed 5278

Kyra termenung sendiri di dalam kelas.Dia mengimbas kembali perbualannya bersama Datin Munirah semalam.

'Siapa mak cik tu?'itulah soalan yang berada dalam minda Kyra semenjak keluar dari banglo itu.

"Woi Kyra"sergah Fasha tiba tiba.

"Apa ni?bisinglah.Kau tak pandai kecilkan volume kau ke atau volume kau dah rosak."Kyra sempat lagi memerli Fasha.

"Aku nak bagi amaran kat kau.Kau jangan nak dekat dengan Zarif aku."kata Fasha dengan lagaknya.

Berdesing telinga Kyra mendengar perkataan 'Zarif aku' yang keluar dari mulut Fasha tak sedar diri tu.

"Takde angin,takde ribut,tiba tiba bagi amaran macam tu.Kau siapa nak suruh suruh aku?" Kyra naik hantu dibuatnya.

"Well,seperti yang kau tahu aku ni anak kepada orang yang paling kaya di negeri ni.Apa yang aku nak,mesti aku akan dapat.Kalau kau dekati Zarif lagi,habis kau."kata Fasha.

"I'm so scared.."sengaja Kyra mahu memanaskan hati Fasha.

"You better be."balas Fasha.

Fasha terus duduk di tempat duduknya di sebelah Arisa.Hatinya begitu panas dengan perangai Kyra.

Kyra hanya mendiamkan diri.Dia malas mahu memikirkan masalahnya bersama Fasha sedangkan masalah tentang orang tuanya masih belum selesai.

Waktu pulang...

"Kyra!"panggil Zarif.Kyra berhenti melangkah.

"Kenapa?"tanya Kyra pendek.

"Jom balik sama sama."jawab Zarif yang masih tercungap cungap akibat berlari tadi.

"Kenapa kau tercungap cungap ni?Kau dari mana tadi?Sepanjang kelas bermula aku langsung tak nampak kau."tanya Kyra.

"Aku ada latihan menyanyi.Cikgu Danial pilih aku untuk menyanyi di pentas nanti.Esok pun aku ada latihan."jelas Zarif.

"Oh!!"Kyra menganggukkan kepalanya.

"Kenapa kau cari aku?Rindu ke?"usik Zarif sambil tersengih.

"Tak kuasa aku.Dah tempat duduk sebelah aku tu kosong,mestilah aku cari tuannya."balas Kyra.

"Dahlah,kau tak nak balik ke?"tanya Zarif.

"Nak baliklah ni."jawab Kyra lalu melangkah ke arah basikalnya.

"Aku mahu ikut kau."kata Zarif.

"Mimpilah.Balik sendiri."balas Kyra kemudian mula mengayuh basikalnya.

Kyra sengaja tidak membenarkan Zarif mengikutnya kerana dia ingin ke sesuatu tempat sebelum balik.

Selepas lebih kurang 25 minit,Kyra tiba di destinasinya.Sebuah rumah yang hangus dijilat api tersergam di hadapannya.Kyra tekad bahawa dia akan masuk ke dalam rumah itu walau apa pun yang terjadi.

Rumah itu tidak rentung sepenuhnya kerana sempat dipadamkan oleh pihak bomba.Tapi sayangnya,dua orang menjadi mangsa kebakaran.Mereka ialah kedua orang tua Kyra.

Semasa Kyra ingin masuk ke perkarangan rumah itu,tangannya di tarik oleh seseorang.Kyra terkejut lalu menjerit kecil.

"Zarif!!kau buat apa di sini?"tanya Kyra.

"Aku ikut kaulah.Apa kau buat sini pula?"tanya Zarif.

"First thing,kenapa kau ikut aku?and secondly, aku ada hal di sini dan kau tak payah sibuk." balas Kyra.

"Firstly,aku saja nak ikut kau and secondly, aku takkan benarkan kau masuk kawasan ni."kata Zarif dengan tegas.

"Kenapa pula kau tak benarkan aku masuk?" tanya Kyra.

"Kau ingat aku pindah negara ke apa?Aku pun tinggal dikawasan ni jadi aku tahu pasal rumah yang rentung ni."jawab Zarif.

"So?Aku tetap nak masuk ke rumah ni.Kalau kau halang,aku tak nak kawan dengan kau."balas Kyra lalu melangkah ke arah rumah itu.

"Ish dia ni.Otak ke batu dalam kepala dia tu."omel Zarif sendirian.

Kyra berjalan masuk ke rumah tersebut.Dia memeriksa bahagian dapur yang mempunyai beberapa alat memasak yang hangus.Keadaan dapur itu macam biasa sahaja.

"Eh!"Baru Kyra perasaan bahawa Rumah itu tiada gas api."Orang lain dah ambil kut."teka Kyra.

Tiba tiba,ada kelibat melintas laju di belakang Kyra.Dia tersentak lalu pusing ke belakang.Tetapi tiada siapa siapa di situ.

"Kyra!"sergah seseorang tiba tiba.

"Arghh."Kyra menjerit kecil.

"Ini akulah.Nampak macam berani,tapi rupa rupanya takut."kata Zarif sambil tersengih sengih.

"Terkejut lah aku.Kau ke yang limpas belakang aku tadi?Kau jangan buat cerita seram sini bolehkah."kata Kyra.

"Bila masa pula aku limpas belakang kau ni?Aku limpas dari bilik depan tu.Bilik tu tembus ke sini." balas Zarif sambil mengarahkan jari telunjuknya ke arah sebuah bilik berdekatan dapur.

Bulu roma Kyra menegak.Kyra tidak mempedulikannya lalu masuk ke bilik yang ditunjukkan oleh Zarif.

Bilik itu sangat berhabuk.Separuh bumbung di bilik itu terbuka menampakkan langit yang mula gelap di luar rumah.Agaknya bahagian bumbung itu jatuh akibat terbakar.

Sekeping gambar di atas lantai menarik minat Kyra.Dia mengambil lalu menatap gambar itu. Ada seorang bayi lelaki sedang didukung oleh seorang wanita.Tetapi,wajah wanita pada gambar itu bagai di cakar cakar oleh benda tajam.

"Gambar apa tu?"tanya Zarif tiba tiba.

Kyra menunjukkan gambar itu kepada Zarif.Zarif meneliti gambar itu dengan teliti.

"Kenapa gambar ni macam aku pernah nampak?" tanya Zarif.

"Kau tanya aku ke?"tanya Kyra pula.

"Aku cakap dengan diri sendiri.Lesung pipitnya sama macam akulah."kata Zarif sambil menekan nekan pipinya.

"Cuba kau senyum."suruh Kyra.

Zarif senyum bagi menampakkan lesung pipitnya.

"Iyalah..sama senyuman kau dengan budak ni." kata Kyra.Zarif kelihatan bingung.

"Mana tandas ye?"tanya Kyra sambil melilau lilau mencari tandas.

"Kat luar."jawab Zarif selamba.

"Oh! Okey,jom ki.."belum sempat Kyra mahu menghabiskan ayatnya,dia seakan tersedar sesuatu.Dia memandang Zarif yang tekun meneliti gambar itu.

"Kau cakap apa tadi?"tanya Kyra semula.

"Kat luar.Kau tak dengar ke?"tanya Zarif pula.

"Ma..macam mana kau tahu?"meremang bulu roma Kyra disebabkan oleh Zarif.

"A..aku..aku cuma rasa macam terbiasa dengan tempat ni.Bila kau cakap tandas,aku terus fikir di luar."balas Zarif.Dia pun hairan macam mana dia boleh tahu tandas ada di luar.

Kyra terus meluru ke luar rumah.Dia mencari cari tandas.Akhirnya,dia jumpa sebuah tandas yang diperbuat daripada kayu.Dia berdiri tegak di hadapan tandas itu.

'Macam mana dia tahu?Entah entah dia..'Kyra mentafsir jawapannya sendiri.Dia betul betul bingung.

Zarif berdiri di sebelah Kyra.Dia juga terkejut dengan apa yang dilihatnya.'Tandas memang betul betul ada di luarlah.'bisik hati kecil Zarif.

Kyra dan Zarif berpandang antara satu sama lain.Masing masing tergamam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience