Bab 7

Horror & Thriller Completed 5278

Kyra sedang makan malam bersama keluarganya.Hati Kyra betul betul ingin tahu tentang wanita dalam gambar itu.Dia bercadang untuk bertanya tapi dia membatalkan niatnya apabila Datin Munirah terlebih dahulu menanyakan soalan kepadanya.

"Lambat Kyra pulang tadi.Kyra pergi mana?" tanya Datin Munirah sambil merenung wajah Kyra.

"Err..Kyra.Err..Kyra pergi rumah kawan tadi." bohong Kyra.Dia melarikan anak matanya daripada memandang Datin Munirah.

"Oh!"Datin Munirah menyambung menjamah nasi goreng tomato yang di masak olehnya.Dia lebih suka jika keluarganya makan makanan air tangannya sendiri.

Kyra menghela nafas lega...

Kyra sedang membaca buku novelnya di dalam bilik.Biliknya diketuk ketuk dari luar.Kyra berasa lega apabila suara Datin Munirah memecah gegendang telinganya."Boleh auntie masuk?" tanya Datin Munirah.

"Boleh!Masuklah auntie."balas Kyra.

"Kyra sedang baca buku ke?Auntie kacau?" tanya Datin Munirah lembut.

"Taklah auntie.Kyra lagi suka kalau ada auntie. Ada kawan gosip."Kyra tersengih sengih memandang Datin Munirah.

"Jadi auntie ni kawan gosip je lah ni."kedua duanya ketawa dengan pernyataan Datin Munirah.

Tawa Kyra termati apabila tangannya di pegang oleh Datin Munirah.

"Kyra,auntie tahu Kyra ada nak tanya auntie kan." kata Datin Munirah membuatkan Kyra tersentak.

"Ma..macam mana auntie tahu?"tanya Kyra.

"Macam manalah auntie tak tahu kalau Kyra balik balik tengok auntie masa makan.Auntie belek belek wajah auntie di cermin bilik tadi."kata kata Datin Munirah mengundang tawa pada Kyra.

"Oh ye."kata Kyra tiba tiba.

"Auntie kenal tak dengan kawan rapat mama?Yang mungkin kelihatan seperti adik beradik." tanya Kyra.

"Entahlah,tapi setahu auntie mama dan papa Kyra ada seorang kawan yang rapat dengan mereka.Ke mana mereka pergi,mesti ada perempuan tu.Mama dan papa Kyra tak pula rasa rimas.Mereka lagi suka."jelas Datin Munirah.

Kyra bertambah pasti orang itu ialah wanita yang ada dalam gambar itu selepas Datin Munirah menyebut perkataan perempuan."Itu je ke yang auntie tahu?"tanya Kyra lagi.

"Auntie dengar dengar,perempuan tu tidak lagi berkawan dengan mama dan papa Kyra selepas perempuan tu ditinggalkan suaminya."jelas Datin Munirah lagi.

"Itu je lah yang auntie tahu.Kenapa Kyra tanya tiba tiba ni?"tanya Datin Munirah pula.

"Tiada apa apa lah auntie."balas Kyra lalu menguap.

"Tak pelah.Kyra rehatlah dulu.Nanti kita sembang lagi."Kyra hanya menganggukkan kepala.Datin Munirah keluar dari bilik Kyra.

Kyra mengeluarkan sebingkai gambar dari bawah tilamnya.Gambar itu di bawanya dari banglo tadi. Dia merenung wanita yang sedang mendukungnya itu.Sedikit sebanyak dia suka melihat wanita itu.Wanita itu sangat cantik dengan berpakaian baju kebaya.Dia menyimpan gambar itu semula.

"Awak dari mana tadi?"tanya Dato Akmal apabila melihat isterinya yang baru masuk ke dalam bilik.

"Saya ke bilik Kyra.Dia tanya saya satu soalan." jawab Datin Munirah.

"Tanya apa?"Dato Akmal mengerutkan dahinya.

"Dia tanya pasal kawan si Rozanah dengan Ariff. Saya ceritalah pasal perempuan yang rapat dengan kedua orang tuanya tu."balas Datin Munirah.

"Kenapa awak tak rahsiakan?"tanya Dato Akmal lagi.

"Kyra dah besar untuk tahu tentang mama dengan papanya.Tapi kenapa si Rozanah dengan Ariff tu suruh rahsiakan pasal perempuan tu ye?" tanya Datin Munirah.

"Manalah saya tahu."balas Dato Akmal lalu menyelimuti dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience