Bab 13

Horror & Thriller Completed 5278

Rumah yang hangus rentung itu berada di hadapan Kyra dan Zarif.Kyra memegang dadanya yang berombak kencang.Memikirkan perkara yang bakal berlaku membuatkan nafasnya tersekat sekat.

"Jangan takut.Buat apa ada hero di sini kalau tidak menjaga orang."Zarif sempat lagi melawak sedangkan hatinya juga gusar.

"Jom masuk."ajak Kyra lalu mula melangkah ke dalam rumah.Zarif melihat jam tangannya. 'Sekarang dah pukul 6 petang,sekejap lagi nak gelap.'bisik hati Zarif.

Mereka melangkah dengan penuh hati hati. Papan papan kayu yang berada di lantai menyukarkan mereka untuk berjalan.

"Aku masuk bilik tu kau masuk dapur."pinta Kyra.

"Kau okey ke?"tanya Zarif.Kyra mengangguk bagi menjawab soalan kawannya itu.Mereka berpisah.

Zarif mengangkat batu dan kayu yang ada di situ untuk mencari mayat ibunya.Nampak betul kesungguhan pada wajahnya.

Di bilik yang lain,Kyra sedang mencari cari jika ada mayat.Selepas lebih kurang 15 minit mencari,Kyra bersandar di dinding.Langsung tiada rangka yang dijumpanya.Matanya tertancap pada sebuah almari yang bila bila sahaja boleh runtuh.Dari tadi hatinya rasa semacam dengan almari itu.

Zarif masih gigih mencari.Dia tetap akan mencari tidak kira apa pun yang akan berlaku.Tiba tiba, seseorang memukul Zarif dari belakang membuatkan lelaki itu jatuh meniarap.Matanya tertutup menandakan dia tidak sedarkan diri.

Kyra menepuk nepuk bahagian almari itu. Bahagian itu kelihatan tidak rata selepas di tepuk berkali kali.Kyra membuka bahagian itu.Bau busuk menusuk hidung Kyra.Dengan pantas Kyra menekup hidungnya.Mayat yang telah tinggal rangka itu berada di dalam dinding yang terletak di bahagian belakang almari.Kelihatan ulat ulat keluar masuk pada bahagian hidung dan mulut rangka.

Kyra mendail nombor telefon seseorang.Selepas memeriksa sesuatu dia mengembalikan telefonnya di poket.Tiba tiba kepalanya dihantak pada dinding oleh seseorang membuatkan kepalanya berdarah.Kyra tidak lagi sedarkan diri. Pelaku itu tersenyum puas.

Kyra membuka matanya perlahan lahan. Kepalanya masih sakit bagai disiat siat.Matanya terpaku pada seseorang yang diikat pada kerusi. Orang itu masih tidak sedarkan diri.

"Zarif!"panggil Kyra
Dia tidak dapat bangun kerana kaki dan tangannya diikat.

"Dah bangun ke?"tanya seseorang.

Kyra agak sukar untuk melihat wajah di hadapannya itu kerana lampu agak malap.

"Kyra tak kenal uncle ke?"tanya orang itu lagi.

"Uncle Akmal?"tanya Kyra.

"Ya.Kamu memang pandai.Sama macam Kyra aku."kata Dato Akmal.

"Siapa cakap auntie Kyra tu uncle punya?Uncle yang layan dia dengan jahat tu nak cakap macam tu.Jangan haraplah."kata kata Kyra cukup membuatkan Dato Akmal terkejut.Tak lama kemudian dia ketawa.Entah apa yang lucu.

"Uncle tak tahulah dari mana Kyra boleh dapat cerita tu.Yang penting,semua tu berlaku sebab budak tak guna tu."kata Dato Akmal sambil menunjuk ke arah Zarif.

"Apa salah dia sampai uncle benci dia?Uncle tahu kah bertapa baiknya hatinya.Dia selalu senyum tanpa mengetahui ayah kandungnya membenci dirinya."kata Kyra.

"Kau memang bijak berkata.Begitulah juga dengan Kyra yang dulu membuatkan aku jatuh cinta padanya.Tapi disebabkan budak tu,aku dan dia tidak dapat mengecapi kebahagiaan."kata Dato Akmal.

Zarif kelihatan sudah mula sedarkan diri.Dia terkejut dengan keadaannya yang terikat itu.

"Kyra!Kau takpa pa ke?"tanya Zarif sebaik sahaja ternampak Kyra.

"Aku takpa pa."balas Kyra.

"Zarif dah bagun ke?"tanya Dato Akmal lembut. Dia mendekati Zarif lalu menyentuh wajah anaknya.Tanpa disangka,pipi Zarif merah akibat ditampar oleh Dato Akmal.Zarif mengerang kesakitan.

"Zarif!"Kyra menjadi panik.

"Kau tahu tak?Sebab kau aku dan Kyra berpisah. Bukan saja dari segi hubungan tapi dari segi nyawa.Sebab kau aku terpaksa bunuh Kyra dan orang tua dia."kata Dato Akmal sambil memandang Kyra.

"Jadi betullah uncle yang bunuh mama dan papa Kyra?"tanya Kyra.Air matanya ditahan agar tidak mengalir.

"Ya.Uncle tak nak mama dan papa kamu beritahu orang lain bahawa uncle bunuh ibu kandung Zarif."jawab Dato Akmal sambil memandang Zarif yang terpinga pinga.

"Kenapa uncle bunuh mereka?Diorang tak buat salah pun kan."kata Kyra.Dia tidak dapat mengawal perasaannya.

"Itu salah mama dan papa kamu.Siapa suruh diorang datang sini bersama Kyra.Uncle suruh Kyra datang seorang untuk bertemu ajal tapi dia bawa si Rozanah dan si Ariff tu.Kiranya,orang tua kamu tu pun mahu bertemu ajal bersama sama Kyra.Tapi,satu orang sahaja yang terlepas dari ajalnya."jelas Dato Akmal.

"Zarif?"teka Kyra.

"Kamu memang pandai.Dia dah nampak apa yang terjadi.Uncle ada terjumpa dia di Rumah Anak Yatim Ria tapi uncle tidak dapat masuk sebab tiada hubungan dengan dia.Tapi uncle dapat tahu Zarif mengalami trauma membuatkan dirinya tidak mengingati apa apa.So,Uncle biarkan sahaja dia hidup."kata Dato Akmal.

"Apa yang uncle dah buat dengan mama,papa dan Aunty Kyra?"tanya Kyra.

"Uncle ikat diorang.Susah juga nak ikat papa Kyra tu.Oleh itu,uncle tusuk kakinya menggunakan serpihan kayu yang tajam supaya dia tidak senang berdiri.Lepastu,uncle sebat kaki ketiga tiga rakan karib tu menggunakan rotan kayu sampai terkeluar isi isinya.Akhir cerita, uncle bakar rumah tu.Semua barang barang bukti hangus terbakar."jelas Dato Akmal sambil memegang pisau di tangannya.

"Uncle ni siapa?Kenapa buat semua tu?"tanya Zarif masih tidak tahu lelaki kejam di hadapannya itu.

"Aku ni,bapa kandung kau."kata kata yang cukup membuatkan roh Zarif melayang.

"Ba..bapa?"Zarif betul betul tidak percaya.

"Ya.Mesti kamu hairan kan macam mana uncle boleh tahu kamu datang sini."kata Dato Akmal.

Kyra dan Zarif berpandang antara satu sama lain kemudian memandang Dato Akmal semula.

"Sebelum auntie jumpa Kyra di bilik yang berkunci tu,uncle yang jumpa Kyra dulu.Kyra sebut nama auntie Kyra berulang ulang kali.Uncle dapat rasa bahawa Kyra tahu sesuatu.Oleh itu, uncle tahu kamu akan ke sini apabila kamu keluar dari rumah tadi.Sekarang,uncle terpaksa bunuh Kyra untuk kali kedua..."kata Dato Akmal sambil tersenyum sinis.

Dato Akmal mendekati Kyra perlahan lahan kemudian mula mengangkat pisaunya untuk ditusuk di perut Kyra.Kyra cuba untuk mengengsot ke tempat lain.Tapi gagal apabila Dato Akmal menarik kakinya.Dato Akmal tercucuk Kyra menggunakan pisau di bahagian kaki membuatkan Kyra tidak dapat bergerak.

"Kyra!!"Zarif cuba untuk membuka talinya tapi tidak berhasil.Dia cukup kesal kerana tidak menghalang Kyra dengan tegas tadi.

Dato Akmal menggenggam pisau itu dengan kuat."Kyra memang kuat dan berani."kata Dato Akmal.Kyra hanya berdoa dalam hati.Dato Akmal mula mengangkat pisaunya dengan tinggi untuk melakukan sesuatu yang tertunda tadi.

Tiba tiba beberapa anggota polis masuk ke dalam rumah itu lalu mengepung Dato Akmal. Dato Akmal mengangkat kedua belah tangannya.

"Turunkan senjata encik."arah salah satu anggota polis.Dato Akmal menurut arahan polis itu.

Kelihatan Datin Munirah dan Shasha masuk kedalam rumah dengan tergesa gesa lalu mendapatkan Kyra yang terduduk di lantai dengan kaki yang berdarah.

"Kyra takpa pa ke?"tanya Datin Munirah.

"Ya.Shasha,tolong buka ikatan Zarif."suruh Kyra.Shasha mengangguk.Dia membuka ikatan Zarif.Zarif terus menerpa ke arah Kyra.Dia membuka jaketnya lalu mengikatnya di kaki Kyra.

Kyra memandang Datin Munirah yang sedang memerhati Dato Akmal.Dato Akmal menundukkan kepalanya lalu berkata.

"Awak,awak tahu kan saya tak buat apa apa." Kata Dato Akmal.

"Saya dah tahu semuanya.Lebih baik,awak menceritakan tentang semuanya di balai polis nanti."balas Datin Munirah.Air matanya mengalir.

Dato Akmal di bawa ke balai polis atas kesalahan yang dibuatnya.Mayat yang dijumpa itu dibawa ke hospital untuk disiasat.

Datin Munirah mengusap pipi Kyra.Zarif yang melihatnya berasa sedih kerana dia tidak akan merasa usapan dari seorang ibu lagi.Tiba tiba, sepasang tangan hinggap di pipinya.Kelihatan Datin Munirah tersenyum kearahnya.

"Aun..auntie"Zarif seperti orang yang kebingungan.

"Panggil mama je.Auntie kan ibu angkat Zarif. Apa salahnya?"kata Datin Munirah.Zarif tersenyum bahagia.Begitu juga dengan Kyra.

'Mama,papa.Kyra dah tangkap orang yang bunuh mama dan papa.'bisik Kyra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience