25

Drama Series 12245

Aina tidak tahu nak mula dari mana cerita tentang keluarganya.

"Kalau Aina tak selesa nak cerita tak apa daddy tak paksa."

"Dulu masa arwah ibu dan ayah kawen, nenek Aina tak restu. Arwah ibu dia cuba ambil hati nenek dengan macam2 cara."

"Sampai arwah ibu mengandung dan melahirkan Aina, nenek tak boleh terima Ibu. Sampai lah satu hari tanah yang nenek duduk sekarang pakcik Aina pajak dekat orang kaya dekat kampung."

"Nenek dapat tahu, nenek menangis minta tolong ayah, masa tue arwah ayah tak ada duit. Bila arwah ibu dapat tahu dia yang keluarkan duit untuk tebus tanah tue."

"Sepanjang umur Aina dari 2 bulan hingga lah 7tahun arwah ibu ayah duduk dengan nenek. Masa Aina umur 6 tahun bila ibu ayah keluar pergi kerja nenek suruh Aina hantar nasi lemak pergi warung2 kecik dekat kampung, naik pergi jalan kaki basikal nenek pancitkan tayar."

"Sampai lah satu hari ibu ayah kemalangan dan meninggal ditempat kejadian nenek pukul Aina dengan tali pinggang dia cakap Aina punca kematian ibu dan ayah. Jadi dia dah tak ada punca pendapatan. Sebelum nie ayah dan ibu akan beri duit dekat nenek setiap bulan."

"Arwah ibu ayah ada wasiatkan duit insurans atas nama Aina tapi duit tue habis, pakcik2 dan nenek Aina guna. Duit insuran tue untuk masa depan Aina. Lepas saja Arwah ibu dan ayah dikebumikan mereka terus hantar Aina ke rumah anak2 yatim, lepas dari tue mereka langsung tak datang tengok Aina sampai lah Aian habis belajar tingkatan 5."

"Sampai macam tue sekali ye perangai mereka. Aina nak daddy tolong dapatkan balik ke duit insuran tue?"

"Macam mana? Aina tak tahu nak buat macam mana."

"Tak apa nanti daddy bincang dengan lawyer daddy."

"Kesian bakal menantu bonda, tapi lah Aina nie matang dari usia bonda tengok."

"Aina dah biasa hidup susah dan tanpa ibu ayah. Kadang Aina fikir kenapa Aina masih perlu hidup lagi bila keluarga nenek buang Aina, tapi Allah maha kuasa dia bagi Aina family angkat yang baik, banyak nasihatkan Aina."

"Aina cepatlah kawen dengan Zaki, nanti Aina tambah satu lagi family yang sayangkan Aina."Bonda cuba pujuk Aina.

"Kalau Aina nak kawen siapa nak jadi wali Aina? Aina takut pakcik2 Aina tak nak beri kerjasama."

"Tak apa pandailah daddy nak buat macam mana nanti, Aina dan Zaki settlekan dulu borang nikah tue."Kata daddy Zaki.

"Kalau macam tue esok kita ambil cuti dah pergi ke pejabat agama ambil borang nikah."

"Majlis pertunangan dan pernikahan kita buat sekali je nanti. Tapi sebelum tue daddy and bonda nak lah jumpa keluarga angkat Aina nak bincang soal majlis." kata daddy

"Boleh nanti Aina call mak dan ayah dekat kampung."

"Lagi cepat lagi bagus."kata Bonda.

"Okay baik."

Selepas saja Zaki hantar Aina balik ke rumah, Aina jumpa dengan Intan di dalam bilik Intan.

"Akak Aina ada nak beritahu sesuatu nie."

"Apa dia cakap lah macam penting je."

"Abang Zaki ajak Aina kawen tahun nie, daddy dan bonda nak jumpa ayah dan mak."

"Betul ke?Alhamdulillah nanti bertambah lah anak saudara akak."

"Ishh..kesitu pula dia."

"Bila daddy and bonda abang Zaki nak jumpa ayah dan mak?"

"Kalau boleh dalam masa terdekat."

"Kalau macam tue Aina call je mak sekarang beritahu, nanti kita boleh balik kampung sekali."

"Okay jugakan rindu kat mak ayah."

Aina masuk ke bilik selesai saja dia mandi dan solat, dia telefon mak Som.

"Assalamualaikum..mak sihat?"

"Waalaikumussalam..Alhamdulillah sihat."

"Mak nanti keluarga Abang Zaki nak datang jumpa mak nak bincang sesuatu."

"Bincang apa? Aina dah setuju nak kahwin ke dengan Zaki."

"Haah mak..bonda abang Zaki minta dipercepatkan."

"Bila dieorang nak datang? Boleh mak stanby beli barang2."

"Katanya dalam masa terdekat nanti dieorang dah bertahu tarikh Aina beritahu mak ye."

"Okay...Alhamdulillah sorang lagi anak mak nak kawen."

"Hihihihi..tinggal kak Intan je lagikan mak."

"Itulah...Dianya tak cukup2 lagi duit nak simpan, katanya bila dah cukup baru nak kawen."

Aina gembira bila mak Som pon setuju yang Aina nak kawen dalam tahun nie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience