24

Drama Series 12250

Sebaik saja Habis belajar Aina ditawarkan berkerja di syarikat daddy Zaki dan dia dapat jawatan sebagai manager pemasaran.

Aina seorang pekerja yang rajin dan bos paling baik, walaupon ada staff bawahnya yang buat salah tapi Aina tak pernah marah atau tengking staff.Tak sama dengan bos sebelum nie.

"Sayang jom pergi lunch."

"Ala Aina tak siapkan lagi laporan nie. Abang pergi la ajak PA abang tue makan dulu."

"Dah2 kerja nie sampai bila2 takkan habis, time makan jom makan okay."Zaki tutup fail yang ada di depan Aina.

"Baiklah cik abang."Aina nak tak nak kena ikut cakap Zaki.

"Kita nak makan dekat mana hari nie?"

"Hari nie sayang tentukan..selalu abang yang pilih hari nie sayang yang pilih."

"Aina rasa hari nie nak makan western food lah."Kata Aina.

"Okay juga abang pon dah lama tak makan western."kata Zaki.

Dalam perjalanan mereka menuju restoran western tiba telifon Zaki berbunyi.

"Assalamualaikum..Zaki ada mana tue? Aina ada dengan Zaki ke?"

"Waalaikumussalam..Zaki baru nak pergi lunch nie dengan Aina, kenapa Bonda?"

"Bawa Aina datang rumah lah bonda ada masak chicken chop nie."

"Woww..bonda nie tau2 je kami nak makan western hari nie."

"La ye ke..bagus lah tue terus balik rumah je ye."

"Okay bonda."

"Sayang bonda ajak kita lunch dekat rumah, bonda masak chicken chop."

"Ye ke..Tapi Aina seganlah datang2 terus makan je, tak tolong bonda masak."

"Tak ada apa lah..bonda tak kisah pon."

"Okay lah kalau macam tue.Aina pon dah lama tak rasa air tangan bonda."

Zaki memandu menghala ke rumah nya. Sebaik saja sampai di rumah mereka berdua memberi salam dan masuk ke dalam rumah.

"Aina pergi dapur ye tolong bonda."

"Pergilah abang nak jumpa bigbos jap."

Aina menuju ke dapur dan dia menolong apa yang patut. Bonda suruh Aina duduk diruang tamu tapi Aina tak nak.Aina lebih suka tolong didapur dari dia duduk tunggu dan maka.

"Macam mana syarikat sekarang?"

"Alhamdulillah..kita baru menang satu tender besar dekat port dickson. Minggu depan dah start pembinaan."

"Bagus bangga daddy dengan anak daddy nie. Tak sia2 daddy serahkan syarikat kepada kamu."

"Terima kasih daddy atas tunjuk ajar dan kepercayaan daddy kepada Zaki."

"Of course daddy percaya anak tunggal daddy nie. Dah bincang dengan Aina bila nak langsungkan perkahwinan?"

"Belom lagi daddy masing2 busy kerja."

"Jangan lambat2 takut nanti melepas pula, Aina tue cantik ramai aje lelaki yang nak cuba cucuk jarum tue."

"Aina tue Zaki punya, siapa nak ambil Aina kena langkah mayat Zaki dulu."

"Ishhh apa cakap macam tue, tak elok lah. So kena cepat2, daddy dengan bonda dah tak sabar nak timang cucu nie."

"InsyaAllah nanti Zaki pujuk Aina."

"Bagus."

"Amboi kemain borak sakan nampak anak beranak nie, jom makan Dah siap hidang tue."

"Hah..jom2 kang sejuk tak sedap pula."

Zaki berjalan ke dapur dan dia kenyit mata ke arah Aina. Aina balas dengan jelir lidah. Zaki ketawa bila tengok muka Aina.

"Aina bila bagi daddy dengan bonda jumpa keluarga Aina."

"Hahh..keluarga."

"Ye lah keluarga lah daddy nak bincangkan majlis perkahwinan Aina dengan Zaki."

"Sebenarnya..sebenarnya."

"Sebenarnya daddy nenek,pakcik2 Aina nie dah buang dia dari keluarga sejak dari kecik lagi."

"Ye ke..kenapa boleh jadi macam tue."

"Daddy boleh tak kita bincang benda nie sekejap lagi, bagi lah Aina makan dulu."

"Opss..sorry Aina."

"Tak apa Daddy."

Mereka makan bersama2, Aina makan dalam kesedihan tapi dia tahan air mata dari keluar. Aina tak boleh kalau orang nak ambil tahu soal keluarganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience