Series
12250
Aina dan Zaki sibuk siap kan barang hantaran, Aina dah bincang dengan mak Som dan pak Daud yang dia mahu buat kenduri di Kuala Lumpur.
Aina balik kampung jumpa pakciknya untuk minta tandatangan borang nikah.
"Pakcik Jalil Aina nak minta sign borang nikah nie."
"Ohh..kau nak kahwin dah ye, sebelum aku sign aku nak kau bagi aku duit kalau tak aku tak nak sign."
"Duit apa pula?tak puas lagi ke pakcik nenek habiskan semua duit arwah ibu ayah Aina."
"Tue duit lain..sekarang aku nak duit untuk aku sign borang nie."
"Pak cik berjudi lagi ke? kesian lah kat mak cik Lin dengan anak2."
"Ahh..tak payah bising boleh tak? tahu lah aku nak jaga anak isteri aku. Kau nak bagi ke tak nie?"
"Pakcik nak berapa?"
"Aku nak rm2000 tok aku sign nie.Kalau tak pandai2 kau lah."
"Saya Ada rm 1000 je sekarang. Boleh la ye. saya nak pakai banyak duit."
"Boleh lah bak sini duit tue."
"Pakcik signlah dulu."
"Ahh..kau nie."Jalil pon sign borang tue.
"Nah..bak sini duit aku."
"Sekarang dalam beg saya ada rm500 je."
"Tadi kau cakap ada rm1000, penipu lah kau nie."
"Dalam beg ada rm500 dalam bank ada rm500 saya kena keluarkan dulu lah duit tue."
"Esok pagi aku nak duit tue."
"Mana sempat pagi tengahari bolehkan."
"Boleh lah janji kau bagi duit tue."
Aina ambil borang dan die bagi rm 500 pada Jalil lagi rm 500 dia bagi pada mak cik Lin senyap2 pagi sebelum dia gerak balik KL.
Dalam perjalanan balik KL banyak kali pakcik Jalil telefon tapi Aina tak angkat.
'Padan muka pakcik, ingat saya bodoh nak bagi semua duit pada pakcik. Pakcik bila dapat duit bukan nak bagi pada makcik Lin sikit semua pakcik buat berjudikan.Macam tue je cara nak ajar orang macam pakcik.' bebel Aina sambil memandu kereta.
Sampai saja di Kuala Lumpur Aina terus jumpa Zaki. Mereka berdua pergi ke pejabat agama untuk serahkan borang nikah.
"Macam mana boleh dapat sign pakcik sayang."
"Dia tukar dengan duit abang. Dia minta dekat sayang rm1000 tapi sayang bagi rm500 je rm500 lg sayang bagi kat mak cik Lin."
"Duit je pakcik Jalil tahu tapi bagus juga sayang buat macam tue. Sayang kalau tak cukup duit nanti beritahu je abang ye."
"InsyaAllah cukup tue, Bukan nak buat besar sangat kan."
"Of course la kena buat besar besaran kita kahwin kan sekali seumur hidup."
"Ala kecil2 dah ler..boleh jimat."
"Bab duit sayang jangan lah risau, kalau tak cukup cakap je."
"Bonda dah tempah kan homestay 2 biji untuk family sayang."
"La ye ke.. Sayang baru nak cari homestay."
"Tak yah...bonda awal2 dag tempah, sekarang tinggal nak try baju nikah dengan baju sanding je, dewan nikah dan sanding bonda dah tempah dekat hotel."
"Ala susahkan bonda je. Sepatutnya kita yang kena cari bukan susahkan bonda."
"Ala sayang nie bukan tak tahu bonda tue, kalau boleh semua nak buat. Bonda cakap nanti kita pilih tema untuk pelamin sanding dan nikah je."
"Kalau sempat kita cari hari nie nak?"
"Sempat je abang pon dah free tak ada appoiment hari nie."
"Okay cantik."
Aina dan Zaki sibuk uruskan majlis perkahwinan mereka, bonda Zaki banyak membantu mereka.
Share this novel