Series
12250
"Sedap tak makanan kat restoran tadi."
"Alhamdulillah sedap, kan adik."
"Haah sedap."
"Abang Zaki ada jumpa abang Man tak?"
"Tak ada kenapa?"
"Intan nak minta tolong abang Man kereta Intan tue ada bunyi enjin tp Intan baru je servis."
"Tak apa nanti abang jumpa Man abang cakap dekat dia."
"Nie nak terus balik butik ke?"
"Haah. banyak kerja yang tak siap lagi tue." serentak mereka berkata 'Haah'.
"Okay lah kalau macam tue."
Sebaik saja sampai di depan butik Intan cepat2 keluar dari kereta.
"Terima kasih abang."
"Sama2, Aina abang ada something nak bagi dekat Aina."
"Apa dia."
"Nah..nie surat tawaran universiti abang dah bincang dengan bonda dan daddy abang dieorang akan sponsor Aina belajar di UM sampai habis belajar.Nanti kalau nak sambung lagi pon boleh."
"Aina malu lah abang, nanti apa orang cakap Aina nak tumpang senang abang dengan bonda pula."
"Tak payah nak heran apa yang orang nak cakap janji Aina dapat sambung belajar."
"Boleh tak Aina fikirkan dulu."
"Boleh, bila Aina dah ready Aina beritahu abang ye."
"Tapi kerja Aina macam mana, Aina baru je kerja dekat sini."
"Tak yah kerja lah Aina tumpu pada pelajaran dulu, semua abang yang akan tanggung."
"Kalau Aina nak kerja sabtu ahad boleh ke?"
"Terpulang pada Aina lah, kalau Aina larat boleh je."
"Okay apa2 nanti Aina beritahu abang ye."
"Macam tue lah buah hati abang."
Aina buat mulut jebik dan terus keluar dari kereta Zaki.
Aina lepas saja siap masak dia duduk di depan tv sambil membaca surat tawaran yang abang zaki beri padanya tengah hari tadi.
"Surat apa tue Aina?"
"Surat tawaran sambung belajar abang Zaki bagi pada Aina."
"Bila tarikh masuk u?"
"Bulan depan kak, tapi Aina kan baru kerja dekat butik rasa sayang pula nak berhenti."
"Aina tak yah berhenti buat la partime kat butik tue. Time tak de class Aina kerja kat situ."
"Betul juga kan, ada juga lah duit tok Aina nak belanja nanti."
"Akak cantik2 nie nak gi dating ye."
"Haah..nanti Aina makan tau."
"Okay kak hati2 tau keluar tue."
"Baik lah adik akak yang cantik nie."
Intan pon keluar, Aina masih lagi dengan surat tawaran tue. Dia ambil telefon dan mendail nombor mak Som.
"Assalamualaikum. mak"
"Waalaikumussalam..mak ingat malam nie Aina tak call mak."
"Mesti hari2 Aina call mak, mak kan buah hati Aina."
"Pandai aje budak nie."
"Mak Aina nak cakap sesuatu nie."
"Apa dia cakap lah buat mak suspen je."
"Mak kenalkan abang Zaki kawan abang Man."
"Ye mak kenal kenapa dengan dia?"
"Dia dengan family dia daftarkan Aina dekat Universiti Malaya, dieorang nak Aina sambung belajar, tapi Aina berat hati la Aina tak nak berhutang budi dengan orang."
"Ye ke..Alhamdulillah mak rasa Aina ambil je peluang tue, pasal berhutang budi ke apa ke Aina letak belakang janji Aina dapat sambung belajar. Peluang bukan selalu datang bila dah datang kita kena cepat2 ambil."
"Mak rasa Aina patut ambil ke peluang nie."
"Ye..Ambil je nak."
"Okay la kalau mak cakap macam tue, esok Aina beritahu abang Zaki."
"Bagus lah..kak Intan kamu mana?"
"Kak Intan keluar jap dengan kawan dia, jap lagi balik la tue."
"La kenapa Aina tak ikut sekali."
"Tak nak lah buat kacau daun je nanti."
"Aye lah..mak ayah nak tidur dah nie.Aina jangan tidur lambat pula."
"Baik lah mak selamat malam bye2."
"Selamat malam anak mak bye2."
Aina berfikir esok dia kena beritahu keputusan yang dia terima tawaran belajar tue kepada Zaki.
Share this novel