11

Drama Series 12250

"Macam mana kerja okay ke?" Datin Elmia bertanya kepada Aina.

"Okay je Datin."

"Ohh..lupa jangan panggil datin panggil je bonda, semua kat dalam butik nie panggil bonda."

"Okay bonda."

"Intan! sini jap."

"Ya bonda, kenapa adik saya ada buat salah ke?"

"Ehh taklah.adik awak kerja elok je. kenapa awak tak beritahu yang dekat butik nie korang panggil saya bonda."

"Saya lupa la bonda."

"Ishh muda2 pon dah lupa ye."

"Dah kenalkan dekat semua staff ke?"

"Belum lagi. awak pergi panggil semua staff datang sini."

"Baik bonda."

Tak lama kemudian semua staff datang ke arah Datin Elmia dan Aina.

"Assalamualaikum..semua hari nie saya nak kenalkan kepada semua staff baru kita iaitu Nur Aina Maisara binti yusuf panggil Aina je. Bonda harap korang semua boleh berkerjasama dalam buat kerja."

"Baik bonda."

"Dan satu lagi, Intan saya naikkan dia dari supervisor ke manager dia akan pantau semua kerja korang.If ada yang tak kena terus beritahu pada Intan.faham!"

"Faham bonda."

"Okay semua dah boleh bersurai dan buat kerja masing2."

"Intan nanti beri tunjuk ajar kepada Aina ye."

"Baik bonda."

"Aina semoga awak berkerja dengan baik dan selesa ye.Apa2 masalah awak beritahu je pada Intan."

"Baik bonda."

Aina pon kembali kerja macam biasa. Bonda semua staff dengan baik dan adil.Bonda tak selalu ada dekat butik, bonda busy dengan projek chairity dia.

Sebelum Intan naik jadi manager, ada staff lain yang jadi manager tapi minggu lepas staff tersebut berhenti kerja sebab ada masalah peribadi.

"Aina okay ke?"

"Aina okay je kak Intan."

"Apa2 Aina tanya kak Intan atau dieorang ye."

"Baik kak."

Tengah2 Aina susun baju tiba ada suara lelaki tegur Aina.

"Cik boleh tolong saya tak? saya nak belikan baju untuk mak saya, tapi saya tak tahu yang mana sesuai."

"Kejap ye."

Aina pusing je badan dia terkejut yang di depan dia sekarang adalah Zaki.

"Abang Zaki buat apa dekat sini."

"Abang nak jumpa buah hati abang lah."

"Yang mana buah hati abang?"Aina tercari2.

"Yang depan abang nie la."

"Ishhh..main2 lah abang nie."

"Hahahahaha..Aina dah masuk waktu lunch jom pergi lunch dengan abang."

"Aina dah janji dengan kak Intan nak keluar de ngan dia."

"Intan dah tunggu kat depan dah tinggal tuan puteri abang nie je lagi tak sampai2."

"Hermm..main2 lah abang nie."

"Jom kita."

"Jom lah dah orang tue beria sangat ajak kita kannn."

"Hahahaha..tunggu dalam kereta abang ye, abang nak jumpa bonda jap.Dah sampai sini abang kena punch card dekat bonda."

"Okay" jawab Intan dan Aina serentak.

Zaki masuk office bondanya.

"Bonda."

"Nie kenapa datang butik bonda nie? nak bawa lari staff bonda ke?"

"Bukan nak bawa lari tapi nak pinjam 2 staff bonda pergi makan lunch."

"Mungkin lewat sikit Zaki hantar dieorang."

"Jangan la lewat tue sampai nak tutup kedai baru hantar."

"Ishh..bonda nie takkan lah Zaki nak buat macam tue."

"Zaki pergi dulu ye bonda, bonda ada nak pesan apa2?"

"Tak ada apa..cuma nak pesan bawa anak dara orang tue elok2."

"Baik bos bonda."

"Ada2 je la budak nie."

Zaki pon keluar ada je staff yang tengok Zaki tapi dia hanya tersenyum saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience