Series
12250
"Thank you Aina tolong abang buatkan serawa durian. sedap sangat."
"Sama2 abang Man."
"Aina nie kamu cakap je dengan dia nak makan apa mesti dia masakkan pastu sedap pula tue."kata mak Som.
"Untung la Intan nanti mak, ada tukang masak duduk dengan Intan tak ada lah hari2 kena makan luar."
"Jangan kamu buli pula adik kamu nie Intan."
"Takkan lah Intan nak buli adik kesayangan Intan nie mak."
"Bagus lah macam tue."
"Abang esok nak balik pukul berapa? boleh intan join sekali."
"Abang ingat lepas zohor kot. okay tak Zaki ke kau nak cepat. Kau kan bos takut lah nanti ada meeting pula." kata Abang Man.
"Aku okay je."
Siap je mereka makan Intan ajak abang dan Aina ke bandar untuk beli barang dapur sebelum mereka balik ke Kuala Lumpur.
Mak Som dan Pak Daud tak ikut mereka ke bandar. Di bandar Aina terserempak dengan pakcik nya Jalil.
Aina mahu salam tapi pakciknya terus pergi tanpa sambut salam Aina. Zaki, Azman dan Intan terkejut dengan tindakan pakcik Aina yang langsung tak tegur Aina.
"Sabar lah Aina."kata Intan sambil peluk bahu Aina. Aina hanya tersenyum melihat Intan.
Mereka berempat berjalan lagi mencari barang. Aina ternampak baju yang sangat cantik tapi dia tak ada duit untuk beli.
"Aina nak ke?"tanya Intan.
"Tak apalah kak. Aina tengok je."
"Jom abang Man kita pergi sana." Intan tunjuk satu kedai makan sushi.
"Akak Aina tak nak masuk boleh?"
"Mana boleh kita datang berempat so empat2 dari kita kena masuk."
"Aina tak ada duit nak makan kat kedai mahal nie."
"Aina jangan risau, akak ada abang Man ada tolong bayarkan nanti."
"Abang Zaki pon ada." tiba Zaki menyampuk, dia ada dibelakang Aina dan Intan. dia dengar semua perbualan antara Aina dan Intan.
"Tengok ramai je nak tolong bayarkan untuk Aina."
Aina tersenyum malu bila dia pandang ke arah Zaki. Dia rasa bertuah punya abang dan kakak angkat yang sayangkan dia seperti adik beradik sendiri.
Share this novel