13

Drama Series 12250

Aina pergi kerja macam biasa. Sampai saja di butik dia pun mulakan kerja. Semasa dia di dalam stor dia terdengar ada orang sedang bercakap mengenai dia dan Intan.

"Aku tengok si Intan dengan Aina tue mngedik betul dengan anak datin tue."

"Itulah aku pon perasan, asal anak datin tue datang je mesti pergi dekat mereka berdua."

"Yang paling aku nyampah tue minah sorang gedik giler dengan en Zaki tue."

"Biasa lah orang kampungkan.perasan diri tue cantik."

"tue la tak sedar diri,perempuan kampung."

"En.Zaki pon kalau lalu depan aku mesti senyum2. Hari nie kalau dia datang aku nak tegur dia lah."

"Kau kan cantik mesti dia layan punya.Kau makeup la sikit bagi makin cantik muka kau tue."

"Jap aku rasa aku ada bawa barang makeup."

"Okay tak macam nie."

"Dah okay dah. baru lah sepadan dengan en Zaki tue."

Kedua2 mereka pon terus ke luar dari stor, menyirap je Aina dengar mereka mengutuk dia dan kak Intan, kalau ikutkan hati dia mahu je dia sergah mereka berdua tue.

"Eee..sakitnya hati aku, nak kutuk tak main lah kat belakang2 kutuk depan2 aku lah."marah Aina sendiri.

Lepas saja Aina check stok dalam stor dia pon mahu keluar sekali pintu terkunci dari luar.

"Gang..gang.."Aina tarik pintu tapi harapan dia nipis sebab pintu tue dah dilock dari luar.

"Tolong..ada orang kat luar tak?" Aina menjerit dari dalam.

Aina trauma terkurung dalam stor badan dia dah menggigil, masa sekolah dulu dia pernah terkurung dalam stor selama 1hari.Tiada orang yang perasan ketiadaan dia sampai lah waktu makan, ibu yang menjaga Aina perasan yang dia tiada di situ.

"Tolong!! tolong!! buka pintu." Aina ketuk lagi pintu sambil menjerit panggil orang dekat luar.

Dada Aina terasa makin sempit untuk bernafas, dia cuba untuk bernafas tapi tak boleh akhirnya dia jatuh pengsan di dalam stor.

Intan perasan yang Aina tiada di kawasan kerja nya. Dia bertanya kepada staff yang lain sekiranya jumpa Aina ke tidak dieorang semua jawab tak jumpa.

"Intan kenapa nie?"tanya bonda dan Zaki.

"Aina bonda."

"Kenapa dengan Aina?"cepat aje Zaki sampuk.

"Aina hilang, pagi tadi dia datang kerja dengan saya beg tangan dia ada, kasut dia ada tapi dia tak ada."

"Dah cari semua kawasan ke?"

"Dah bonda."

"Dalam stor dah cari?"

"Belum lagi."

"Mana stor?"

"Sana tue."

Mereka semua berlari ke arah stor dan buka pintu stor, mereka ternampak yang Aina dah terbaring di atas lantai tak sedarkan diri.

Zaki cepat2 angkat Aina dan bawa dia pergi ke klinik yang terdekat dengan butik bondanya.

"Alhamdulillah..cik Aina tak ada apa cuma dia panic je tue yang membuatkan penafasan dia jadi begitu."

"Perlu ke saya bawa dia pergi hospital doktor?"

"Tak perlu bagi berehat nanti dia akan okay. saya bagi dia mc 2 hari dan ubat nanti pastikan dia makan ubat2 tue ye."

"Okay doktor terima kasih."

"Aina okay tak nie? boleh jalan tak? kalau tak boleh abang dukung Aina ye."

"Tak yah lah abang, Aina okay boleh jalan lagi."

"Abang risaulah."

"Tak apa, abang jangan lah risau sangat."

"Mana abang tak risau abang datang butik tiba Intan cakap Aina hilang."

"Aina masuk stor tadi dengan siapa?"

"Aina masuk sorang lah, lepas Aina masuk ada 2 orang lagi yang masuk. Bila Aina nak keluar nak buka pintu stor tak boleh buka."

"Aina ingat tak siapa yang masuk stor tue?"

"Tak ingatlah abang."

"Tak apa lah, abang hantar Aina balik ye, Aina dapat mc nie berehat je kat rumah abang dah telifon bonda, bonda pon suruh Aina rehat kat rumah."

"Okay abang."

"Aina nak makan apa2 tak? boleh kita berhenti makan dulu."

"Tak nak lah Aina nak balik nak tidur je nie."

"Okay2..abang terus hantar balik."

Dalam perjalanan balik rumah Aina tertidur, Zaki sekejap2 dia pandang ke arah Aina.Dia dah mula jatuh hati pada Aina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience